Monday, August 8

Kuih Cecemek

Assalammualaikum..

Korang pernah dengar tak kuih cecemek? Haaa aku rasa ramai yang tak tau / tak pernah makan kuih ni.Ala korang ni kalau macarons & pavlova tu tau aje kan. HEHE. Kalau tak silap aku nama lain bagi kuih ni ialah bunga durian. Ni kuih tradisional negeri Perak kot. Aku pun kalau opah aku tak buat, tak tau kewujudan kuih ni.

Dulu tiap kali bulan puasa, kalau opah datang mesti bawak kuih cecemek ni. So kitorg adik beradik memang suka la. Since tahun ni opah memang berpuasa dengan kitorg jadi semalam opah aku buat la kuih kegemaran kami ni. 

So inilah masanya untuk aku belajar cara-cara masak kuih ni. Senang je you all ~ hehe. Jadi mari kita mula kelas memasak hari ni.

Mula-mula jom tengok apa yang diperlukan untuk masak kuih cecemek ni..



Tak banyak pun... apa yang perlu macam dalam gambar tu..

Daun pisang
Santan (guna yang asli punya. Kotak tu saja sebagai hiasan)
Tepung pulut
Gula
Dan garam secukup rasa...



Okay mari kita tengok camna pulak nak buat kuih ni. 

  1. campurkan sikit tepung & garam dalam santan tu ya
  2. Uli tepung tu
  3. letak santan yang dah campur dgn tepung dan garam tu tadi atas daun pisang supaya tak melekat kuih tu nanti
  4. then tempa la tepung tu.. bulat-bulat then lubangkan tengah tu..
  5. tabur gula dalam lubang dan keliling. Make sure banyak sikit sebab kalau tak manis tak sedap nanti
  6. Then letak santan. 
  7. last but not least, bila dah siap, KUKUS ! Sekejap je dalam 10 minit je dah masak...


Taraaaa ! ni yg dah siap punya... Nyum nyum.... sedap... aku suka sebab rasa manis & kental-kental gitu... 

Nota kaki : mak aku nak buat blog katanya. nak share resepi buat kuih cecemek ni la. Sorry mama, I dah share dulu. HAHAHA

- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone
Thank you for reading ~!

10 thought(s):

::me:: said... Reply To This Comment

wahh harus cube..mcm kuih pena jek tp xltk gula n shape bintang..;p

n a d e a said... Reply To This Comment

@::me::

kuih pena tu kuih pe ngah?

Nava Krishnan said... Reply To This Comment

Looks lovely and very appetizing.

n a d e a said... Reply To This Comment

@Nava Krishnan

really? hehe ;)
its just one of the kuih tradisi org lama ^_^

Kapten Atok said... Reply To This Comment

memang x pernah jumpa

n a d e a said... Reply To This Comment

@Kapten Atok

HEHE.. org perak je kot yg pernah jumpa.. tu pun yg btol2 pure perak la...

Amirrah Zawani said... Reply To This Comment

first time dengar n first time tgk.. i org kedah.. so tatau sgt makanan negeri lain.. hehe!! pos la kat i, leh rasa.. =p

Naziman Blogger Malaysia said... Reply To This Comment

Kena cuba ni nanti. Nampak sedap pula.

Muhd Farhan said... Reply To This Comment

Nak tanye sukatan dia macam mane

Muhd Farhan said... Reply To This Comment

Nak tanye sukatan nye rope mane??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...