Monday, April 30

The King 2 Hearts vs Rooftop Prince

Asslammualaikum...

Heee.. Aku dah mula addict semula dengan K-drama. Ahhh. Susah bila dah start layan ni. Tidur pun tak teratur. Tapi biasanya aku layan 1 series after another but this time aku layan 2,3 series sekaligus ! Thats explain my addiction :) As in my previous post aku tengah tengok Hooray For Love kan. As to date aku baru episod 48. Hari tu stop dalam 3-4 hari sebab sedih. HAHAHA. Dah nak sampai penghujung sekali tengok kat oneHD ada series baru hero Hooray for love ni ada which is Rooftop Prince ! Last weekend saja layan episode 1 dulu. Sekali best ! Hero dia adalah Micky Yoochun hero  Sungkyunkwan Scandal tu. Dulu tengok tak suka, tapi dalam Rooftop Prince ni nampak dia handsome rambut pendek. Me likey ! 


Rooftop Prince

Synopsis

A prince from the Joseon era, Lee Gak, is catapulted 300 years forward into the future in Seoul 2012 with his entourage, which includes Song Man Bo, Do Chi San and Woo Young Sul, when he tries to investigate the suspicious circumstances which surround the death of the girl he loved. In the present, he finds a girl who looks exactly like his beloved crown princess

Heroin tak kenal.. Tapi comel sebab ada dimple !


Sengal kot weyhh cerita ni. Cerita genre time-travel macam ni yang aku suka okay. Bayangkan orang Joseon time travel ke 300 tahun kemudian di mana zaman moden sekarang lah. Mana dorang tak jakun dengan teknologi zaman sekarang berbanding zaman Joseon tu.Cuma heroin aku tak kenal laa. Crown Princess tu aku tak suka. Dah la masa zaman Joseon jahat, zaman sekarang pun jahat. Scene paling tak boleh blah masa masing-masing nak gunting rambut. HAHA sengal !



The king 2 hearts

Synopsis

This drama is set in modern day where South Korea is governed by a constitutional monarchy. Lee Jae Ha is a handsome and materialistic crown prince that doesn’t care about politics. He falls in love with Kim Hyang Ah , a North Korean special forces agent.

 Lee Seung Gi sebagai hero. Hari tu terlayan variety show Strong Heart. Lee Seung Gi ni pengacaranya. Best pulak.. Lepas tu 1st time tengok running man sampai habis episode Han Ji Won jadi artis jemputan. Tu yang terus layan drama ni. Best ! Tapi drama ni tengok guna hp je. Layan time lunch hour. HAHAHAH. Drama ni tayang dekat MBC. MBC memang takde tayang kat Malaysia so kena tengok online je.

Lee Seung Gi & Han Ji Won. Aku rasa Han Ji Won guna dialek Korea Utara dalam drama ni. Sebab bunyi lain sikit. Lagipun memang dia  berlakon as a North Korean Comrade.



Smart gila poster ni !

Lee Seung Gi sangat sengal dalam cerita ni. Annoying, adorable, cute semua lah... HAHA. tak boleh blah bila comrade Korea Utara suka SNSD boleh dia bahan baik punya...Han Ji Won pulak sangat cantik. Suka tengok hairstyle dia. Comel sangat :)

Both drama aku baru layan sampai episode 5. dua-dua best ! Cuma sekarang bukan masa sesuai nak layan gila-gila. Banyak kerja, time constraint. Weekend je aku layan Rooftop Prince sebab guna laptop. The King 2 Hearts pulak sebab tengok via hp so anytime rasa nak tengok, aku layan je. HEHEHE One more thing aku notice dalam both drama ni semua guna hp ala-ala Galaxy Note. Sekali pandang memang agak gedabak. Lelama macam cool plak. HEHE

Nota kaki : Fashion King ada hero yang aku suka tu. Tapi dah tak handsome sebab rambut pendek. Tak jadi nak layan. HAHAHAH

Thank you for reading ~!

Tuesday, April 24

My new baby - Lilo

Assalammualaikum...

Introducing my new baby... LILO ~! Hee baru tak baru la. Dah almost 2 moths she with us ^_~
So umur Lilo sekarang dah 4 bulan la... Dia lahir 1/1/12 mengikut kata tuan yang lama..



Actually Lilo ni adopted. My sis punya kawan yang bagi for free. Lilo ada 7 siblings altogether. Memang mak si Lilo ni productive sungguh sebab baru-baru ni  beranak lagi. Tapi semua kitten tu dah ada yang cop. Laku. Kalau jual sure masyuk dapat. HEHEHE


At first aku agak skeptical jugak. Takut nemok, kiki & pupuk tak dapat nak accept Lilo... 1st day tu agak dingin la diorang semua dengan Lilo. HAHAHA. 1st night je Lilo tidur dalam cage. Itupun bising dia. Tak sampai hati aku dengar. Nasib baik lah Lilo ni sangat bijak dan behave ! Senang hidup. Tak banyak karenah. Pandai buang air kat litter yang disediakan... Takpun kalau malas dia buang kat bilik air mak aku. HAHAHA. 

After a few days Lilo dah boleh mingle and gurau mesra dengan nemok.. Weeheee nemok memang abang angkat yang baik ! So ke mana nemok pergi, di situ lah ada Lilo ! Chemistry kuat diorang ni despite diorang punya fur color yang berbeza macam langit dengan bumi ;)) One more thing persamaan antara Lilo dengan nemok, dua-dua kuat makan ! oiii Lilo ni nampak je kecik. Hatta tengah tidur sekalipun kalau dengar je aku letak makanan dia, terus bangun pergi makan.


Disebabkan rapat sangat Lilo & nemok ni jadi kemana je nak berdua.. So Lilo ni gatal la nak berjalan ke rumah orang sebelah bagai. padahal dia bukan boleh lompat tinggi lagi. Lepas tu mulalah orang risau sebab tak nampak dia.. Almost sehari baru tau dia kt rumah jiran. Phew ~! Bikin aku gelabah...

So at the moment aku ada 4 ekor kucing. Nemok, Kiki, Pupuk &  Lilo. Cukuplah. Tak mampu nak jaga banyak-banyak. HAHAHA Every each of them ada keunikan sendiri.. Pupuk & Lilo lelangit warna hitam. Means agak sombong. Tak boleh nak pegang. Whereas Nemok & Kiki lelangit pink boleh peluk dan pegang. Bawak tidur pun boleh ;))  Pupuk & Lilo jugak suka bising ngiau sana sini, tapi Nemok & Kiki pulak agak bisu. HAHAHA.

Nota kaki : Malam kelmarin 1st time Nemok & Kiki tidur luar. Tertidur sebenarnya. Mama kata patutlah dengar ada yang tendang-tendang pintu nak masuk rumah. HAHAHA. tulah bisu sangat.

Thank you for reading ~!

Monday, April 16

My version of carbonara

Assalammualaikum....

Yeayyy weekend lepas berjaya buat lagi satu jenis spaghetti. Alhamdulillah kali ni bagi Opah pulak yang makan ! HAHAHA... 1st time masak untuk Opah. Actually  dah lama gila beli bahan nak masak ni. Dah sebulan rasanya. Tapi mood nak memasak tu tak datang-datang. I memasak kena ada mood tau ! HAHAHA. So here goes. It's just a simple meal. Campak-campak je... Tapi maaf la bahan tak cukup pulak.. Resipi aku google je. Mix resipi orang lain and improvise ikut tekak sendiri ;)




Bahan-bahan:

Susu Segar
Daging Ayam Cincang
Beef Cocktail
Prego Carbonara Mushroom
Angel Hair Spaghetti
Parmesan Cheese (tak letak sebab takde)
Mushroom (tak letak jugak sebab takde)
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Padi

Cara memasak :

Tumbuk bawang merah, putih dan cili padi
Tumis bahan yang ditumbuk tadi
Masukkan sos carbonara, cocktail yang telah direbus & susu secukup rasa
Gaul dan kacul...
Done !

  Senang lah sangat ye.. campak-campak je kan !
Cuma kurang kick sebab takde cheese. Sobsss.. Dalam takde kick tu dua pinggan jugak lah aku bedal. HAHAHAHA


My version of carbonara looks like !

Nota kaki : next in my list is pavlova. 1st time nak try bake ni.. wish me luck ~!



Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...