Thursday, January 6

Demam Denggi membunuh

Salam

hey i'm back! Nak tau apa cerita semalam? naaahhh tak payah la. Tak best pun. Aku tak berapa nak perform sebab aku study issue lain yang ditanya issue lain. Hampeh je rasa. Ape pun just pray for the best. Moga ada rezeki aku... Amin ;))

Okay back to the main point. Hari ni nak berceloteh mengenai denggi. Sebab aku baru tau semalam ayah kawanku baru meninggal disebabkan denggi. Al-fatihah.  Yes denggi memang boleh membunuh. Aku rasa sejak arwah Din Beramboi pergi disebabkan sakit ni, kesedaran mengenai denggi semakin meningkat. Tapi still masih banyak lagi kes denggi di seluruh negara.

Siapa aku nak bercerita mengenai ni? Demam denggi ni adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Sebenarnya aku pernah kena demam denggi. I was hospitalized for about 4 days di HUKM. Tapi tu kisah 7 tahun lepas (2004). Jadi aku nak kongsi sedikit pengalaman aku. Supaya siapa yang baca ni kalau ada tanda-tanda macam ni janganlah lengah-lengah untuk dapatkan rawatan.

Ni base on my experience. Later aku bagi facts okay? Aku kena demam secara tiba-tiba. Bangun tidur je terus demam! Takde symptom lain seperti batuk, selsema, sore throat dan sebagainya. Dan badan aku sengal-sengal. Lepas tu kadang-kadang panas sangat-sangat sampai aku pakai shorts dan singlet je! Then tetibe sejuk tak hingat. macam tu lah kejap panas kejap sejuk. Lepas tu selera makan memang lansung takda. Aku tak makan apa pun tapi lapar. Bila minum susu, aku muntah ! Macam tu la seksa aku rasa sebelum aku admitted ke wad. Masuk wad maghrib, masa tu platlet aku memang low. Kalau aku lambat masuk memang boleh jadi critical. kebetulan masa tu aku period. So doc tanya kalau ada tanda-tanda merah kat mana-mana. Alhamdulillah takde. kalau tak suspect denggi berdarah pulak. Disebabkan period jugak doc tanya secara detail macam mana flow haid aku masa tu. Well sepanjang 4 hari kat situ aku dimasukkan air sebanyak 6 botol kot. ke 4? Lupa sudah. Hari-hari kena amik darah. Sampai lebam-lebam la jugak. Huhu.lagi sedih sebab mak aku tak datang melawat walau sekali. T__T sebab mak aku pun tengah down kat rumah dengan adik aku demam. Tapi tak suspect denggi sebab platlet masih di tahap normal. masa tu kat rumah dah macam kilang 100 plus, penuh 1 meja !



 Ni anatara tips yang aku boleh share. Demam denggi so far takde ubat khusus lagi. Jadi cara nak kurangkan adalah minum air sebanyak mungkin! Memang tu je la kerja aku pun. Minum 100 plus, air kosong,air jambu batu bergelen-gelen sampai la platlet ke paras normal. Kalau chinese boleh buat sup katak. Kot? Tak berapa ingat sebab dah lama. HEHE masa tu katil sebelah chinese girl. dia demam denggi jugak tapi cepat je recover sebab makan sup katak.


Nasihat aku kalau korang demam secara tiba-tiba (bukan macam demam biasa) pergi klinik cepat. Jangan tangguh. Sebab  sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi. Sila jaga kebersihan. jangan biar air bertakung. Kita hanya mampu mencegah dengan mengurangkan pembiakan nyamuk aedes sahaja. Prevention is better than cure !


Okay ni facts yang aku jumpa dari google.


Definition


Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.

Simptom-simptom


Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya
nota kaki : takziah buat umie  & keluarga dan tak lupa buat  lea di atas kehilangan abg  pada 31/12/2010 yang lalu..... Al-fatihah. oh lupa tak silap dulu Nani blogger ni kehilangan adik dia pada tahun lepas sebab denggi juga.
Thank you for reading ~!

7 thought(s):

lynn said... Reply To This Comment

ngeri lak dengar....
bgus ade info2 ni.. gain our knowledge

n a d e a said... Reply To This Comment

ha tu la kan...
kesederan tu penting.
HAHA. cam sesi ceramah lak ;)

saya_arief said... Reply To This Comment

cegah sebelum parah.

n a d e a said... Reply To This Comment

arief
ya tepat sekali !

syaftome said... Reply To This Comment

hmmm...
itulah yang akan terjadi...

"bila tiada ambil peduli...
maut menanti."

hmmm...sungguh mendalam tagline tue...
ntah2 berkesan atau tidak...

syaftome said... Reply To This Comment

owh ya...
aku penah tanya dulu kat jabatan kesihatan...

kalau ada orang buat fogging tue...
maksudnya adalah kes denggi kat situ...

{ finieViolet} said... Reply To This Comment

salam ziarah disini..

susah untuk dibicarakan pasal penyakit bawaan nyamuk durjana ini..selagi diri sendiri dan masyarakat sekeliling tidak ambil peduli tentang kebersihan persekitaran kediaman.. cukuplah 2 kali terkena Chinkungnya tahun lepas..seksa!.. btw..nice blog..i follow!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...