Monday, July 5

histeria

assalamualaikum~

wah tajuk kali ni agak menyeramkan. bukan ape sebab baru-baru ni adik aku kene gangguan.. agak teruk jugak. seminggu tak ke sekolah. semalam mama bawa jumpa ustaz lain barulah jin tu dikeluarkan. seminggu tu die jadi penakut sangat. even amik air sembahyang pon kene teman. kesian pon ye jugak. dah la budak tu memang sejak azali penakut, so bile jd macam ni jadi la double penakut!

Definition :

Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.

Cara-cara jin masuk ke tubuh manusia :

Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.

Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.

Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.

Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.


semua info ni aku dapat dari
SINI

apa pon kita kena kuatkan semangat.. percaya pada tuhan.. takut kan tuhan lebih dari segalanya.. InsyaAllah.
sesapa yang ade petua apa-apa sila la share yer. sebab adik aku tu nampak cam belum ok sepenuhnya lagi~


nota kaki : alhamdulillah aku tak pernah kena. walaupon ramai orang sekeliling aku yang kene. nasib baik masa solo camping kat OBS dulu aku selamat...


Thank you for reading ~!

10 thought(s):

Miss Izah Mohamed said... Reply To This Comment

samelah ngn i.. alhmdulillah xpenah kene & xpnh tgk org kene histeria.. uhuhuh

org ckp scary.. huhu

Hazirah Barakbah said... Reply To This Comment

hope adik ok lah yer.

n a d e a said... Reply To This Comment

oo tak penah tgk ye yunk?
mmg scary pon.. i da byk kali tgk.. kwn2 kena.. mase kat uitm dulu..
boleh jangkit2 tau. so kalo lemah semangat tu mmg ade chance la nk kena... nasib i baik.. alhamdulillah

n a d e a said... Reply To This Comment

hazirah~

thanks. harap jugak die ok. sbb SPM da dkt.

Anonymous said... Reply To This Comment

Biasa ke tue nad...benda2 halus nie memang ada kat mana2 pun..tue sebab kita kena jaga perlakuan kita tambah2 kat tempat2 yg sepatutnya seperti hutan or old building..

n a d e a said... Reply To This Comment

anonymous~

yup. its a common thing. tp bile baca kt blog yg aku refer tu, this common thing if keep happening, kite boleh jd giler~ so tu yg risau. adik aku tu lemah semangat sket. huhu

N a d i a said... Reply To This Comment

Nad,

Depan rumah mak mertua knot
ada langsuir~

Huhuhuhu..

sampai demam² anak buah knot.

n a d e a said... Reply To This Comment

knot~

wooo ye ke.. smpai demam2.. oh scary~knot mane taw??

btw adik nad ptg td kt sek mak die kne lg.. mase kat umah ustaz pon kne lg..

N a d i a said... Reply To This Comment

ha'ah

akak ipar orang bgtau.. memang menakutkan lah..

wah,
dia kena lagi?
tak elok2 lagi lah tu ek?

n a d e a said... Reply To This Comment

haah kne lg.. lom elok sepenuhnya. tambah plak die mmg penakut. so takes time kot. tp so far die xpnah kne mase nad kt umah. kalo x takut gak nad. heee ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...