Tuesday, October 4

Spaghetti aglio olio - My style



Assalammualaikum…
 
Tak tau lah lately tekak ni lain macam.. Rasa nak makan yang sedap-sedap aja.. So last week aku google macam-macam resipi untuk aku try buat on weekend.. Ingat nak try buat triffle since senang gila kot nak buat… Macam-macam jenis resipi aku jumpa… Tapi mama pulak baru je masak pudding. Rumah aku ni tak berapa suka manis-manis ni..  Slagipun triffle tu adik beradik pudding la kan..Akhirnya postpone dulu la… Memandangkan aku memang dah lama nak try masak spaghetti… Jadi inilah masanya… Tapi aku kurang sikit spaghetti Bolognese tu.. Aku prefer either carbonara or aglio olio. So for the 1st time ni aku decide untuk buat aglio olio dulu… Weeheee ;)

Google punya google aku jumpa resipi ni.. Simple… Okaylah untuk aku yang tak MESRA dapur ni. HAHAHA

So here we go:

Bahan-bahan:

Spaghetti ( Aku suka guna angle hair)
Olive Oil
Bawang putih (dicincang halus)
Udang
Isi ayam (ni aku tambah sendiri sbb aku suka ayam !)
Serbuk Oregano & Basil ataupun Mix Italian Herbs pun boleh
Button Mushroom
Brokoli (tak letak)
Capsicum
Carrot (tak letak)
Tomato (tak letak)
Salad (tak letak)
Garam secukup rasa
Kiub ayam buat penambah rasa
Cili padi (aku tambah sendiri sebab aku suka pedas !)

Cara memasak :

Panaskan olive oil.
Masukkan serbuk oregano & basil
Then masukkan bawang putih
Then goreng udang dengan ayam sampai masak
Masukkan capsicum & mushroom
Tambah garam, kiub ayam
Then lastly masukkan spaghetti

DONE !! Senang sangat laaa… Aku yang tak berapa mesra dapur pun rasa senang.. Korang yang hebat macam Master Chef lagi la rasa senang kan? HAHHAAH
Yang paling penting aku bagi mama rasa… Mula-mula mama tak nak sebab baru lepas makan nasi. Aku paksa jugak sebab bukan selalu aku masak kan.. Tup tup dari sekadar rasa terus makan dengan banyak nya.. HAHA.. Mama kata masakan aku SEDAP !!! Yeaaayyyy rasa puas hati sangat… Sebab memang tujuan masak pun nak bagi mama rasa… Alhamdullilah 1st attempt Berjaya ;) 


Maaf la dari gambar mungkin agak kurang menyelerakan. Sebab aku tak pandai nak hias-hias. Janji rasa sedap, jalan ! HAHA

Nota kaki : Next will be triffle ! 


- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone
Thank you for reading ~!

2 thought(s):

|wawa| said... Reply To This Comment

nmpk sdap..nk kna cube ni..bese wat spaghti bolognese je..hehe

n a d e a said... Reply To This Comment

@|wawa|

hee cuba la ;) gerenti sedap. eceh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...