Thursday, October 20

Old Fashioned?

Assalammualaikum...

Bertemu kembali dalam entry kali ni.. Old Fashioned? apa yang old fashioned ni? HEHE.. Saja nak share actually dah 2x aku hang out pakai baju mak aku. Yes. You heard me. Baju mak aku yang dah berusia hampir 30 tahun ! Waaaahhh.. You know la kan fashion sekarang kan berulang-ulang.. So aku rasa takde la old fashioned mana pun baju-baju tu. Kalau tak, aku pun tak pakai la.. HEHE.. Tapi takde la fashionable sangat... Ada lagi sepasang baju yang aku belum pakai.. Next outing maybe? We'll see... So ada yang nak tengok tak ? Tapi sorry la takde gambar full la.. Maklumlah self-captured so gambar muka je yang jelas ^_~

08/10/11 - Secret Recipe, Capsquare Mall
Perjumpaan dengan Bride-to-be. Ala-ala bachelorette dinner la...

Finally dah try makan Japanese Soba ni.. Boleh la... Agak masin dan kosong.. HAHA. Sayur je yg banyak !

Yeahhhh inilah bajunyaaaa... Ala-ala kebaya kot? Tapi button dia yang special sbb buat daripada kain baju tu sendiri... Ni je gambar yang boleh tayang untuk umum. Harap maklum. 

15/10/11 - Delicious Cafe, Mid Valley Megamall

Ni pulak Spaghetti Aglio Olio dekat Delicious. Saja nak try.. Rasa? hampeh. Spaghetti Aglio Olio cara aku lagi sedap ! Sebab kosong je okay spaghetti ni.. Kalau tambah ayam kena bayar extra RM6.90. Cekik darah -_-

Taraaaaa ! Aku suka baju ni... HEHE.. Ni sebenarnya kain hantaran waktu mama & ayah aku bertunang.. Oh sangat la sentimental value kan?





Eh ada gambar full laa... Tapi sorry tak quality sebab tak cukup pencahayaan. Eceh ! Tu yg gedix sama tu kawan ofis ku, Cik Azie ;)

Jadi apa kata anda? Old fashioned sangat ke?? Huhu

Nota kaki : Gambar tu semua edited version. Harap maklum

- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone
Thank you for reading ~!

4 thought(s):

cik EPAL said... Reply To This Comment

soba tu xsedap eh? kalau xsedap, xjd ah nk try hehe

n a d e a said... Reply To This Comment

@cik EPAL

mee tu mcm masin sikit.. tp nak kata tak sedap sgt tu tak lah... biasa2 je.. kalau nak rasa pun, make sure org lain punya la. HEHE.

::me:: said... Reply To This Comment

cntx jek baju hntrn tng tu..heheh..ingt krg mden..blouse ek..

n a d e a said... Reply To This Comment

@::me::

haah blouse la ngah. heee ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...