Tuesday, March 15

Daily Dosage

Assalammualaikum

Hari ni aku nak share satu blog yang korang harus baca. Takkan hari-hari nak baca blog personal, blog hiburan je kan? Sesekali kita kena baca juga blog yang camni. Blog ni bagi aku sangat informative! Walaupun nama blog mungkin menakutkan, tapi isi dalam sangat berguna. Kita hidup bukan untuk dunia sahaja kan? Akhirat yang utama. Jadi sebelum aku bagi link blog tersebut jom baca definisi facebook dan blogspot oleh penulis tersebut.

“ Facebook umpama library. Blogspot umpama kilang cetak buku, bila kilang (blogspot)mencetak buku (ambil satu contoh entry keremayat), maka, kita akan hantar ke library (juga dalam bentuk yang sama dengan entry keremayat cuma dalam paparan facebook). Di library (facebook), orang boleh baca ‘buku’ tersebut (entry-entry blog). tapi tuan punya buku sudah tidak boleh edit buku itu. Jika nak edit, mestilah di kilang buku (blogspot) tapi buku yang berada di library tidak berubah (sebab sudah dicetak) Tapi tuan punya buku boleh buang buku tu (buang entry blog kat facebook) dan tidak memberi kesan langsung kepada kilang (blogspot).”

Menarik bukan? This is one of my daily dosage. Aku tengah baca semua archive beliau. Tapi slow-slow la. Sebab aku nak menghayati apa yang beliau cuba sampaikan.. Ada yang tak sabar nak baca tak? Naaahhh ~!


Nota kaki : bagi aku dalam menyampaikan hal-hal berkaitan agama, pendekatan sebegini sangat effective.

Thank you for reading ~!

0 thought(s):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...