Friday, July 22

Hantu kum kum

Assalammualaikum. Salam Jumaat kawan-kawan sekalian. Hari ni nak kupas mengenai hantu kum kum. Ni semua sebab tengok cerita hantu susu malam tadi ;))

Dalam hantu susu tu ada pontianak (erra fazira), langsuir (zarina AF2) dan penanggal ( amy mastura). Hantu kum kum pulak marsha AF3. Aku mula-mula confuse marsha ni jenis hantu apa. Rupanya hantu kum-kum. Aku tau sebelum ni Marsha berlakon drama hantu kum kum tapi sejak adik aku sakit tak boleh tgk cerita hantu kat rumah. So memang tak pernah tengok la cerita-cerita hantu ni semua.

Jadi atas dasar ingin tahu aku pun mula la google mengenai hantu kum kum ni. Ni definisi hantu kum kum yang aku dpt dari wikipedia hantu dalam masyarakat melayu.

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah vagina perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

 
 GAMBAR SEKADAR HIASAN

Ni antara info yang aku dapat dari SINI


Sekitar 1983-84 ..

Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Konon ceritanya dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam yang menghendaki dia membunuh 99 wanita cantik yang muda dalam masa 3 bulan. Kemunculan Hantu Kum Kum ini telah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat, sehinggakan gambar lakarannya pernah disiarkan oleh sebuah akhbar utama.

Kononnya lagi oleh kerana hanya 10 orang sahaja baki mangsa diperlukan, dia diberi peluang untuk menyempurnakan syarat ajarannya tetapi dia hanya boleh muncul dalam sifat seorang perempuan bertelekung dan cuma nampak mata. Juga dia hanya boleh keluar di waktu siang …
Kononnya juga… kalau dia memberi salam, bunyinya ialah ” Asalamualaikum .. kum .. kum “. Jika sesiapa menjawab dan membuka pintu rumah maka dia akan melunaskan hajatnya.

Maka ramailah yang jadi takut nak menjawab salam apabila tetamu datang .. tetapi tak sedikit juga tetamu yang mengusik tuan rumah dengan memberi salam yang ‘meresahkan’ itu.
 
So apa kata anda? Aku? Ntah. sebab aku tak pernah dengar pasal hantu kum kum. sebab tu la aku google. HEHE. yang aku pernah dengar hantu purdah. macam lebih kurang je kan? Kalau search images hantu kum kum ni pun semua yang keluar gambar berpurdah...  lagipun katanya hantu kum kum ni popular zaman 80 an dan 70 an. so no wonder la aku tak tau sangat. Lain lah kalau pontianak, langsuir semua tu. tu kan hantu legend. HAHA. 

Macam-macam hantu ada kalau tengok dekat wikipedia tu. Tapi alhamdulillah sepanjang aku hidup tak pernah lagi nampak apa-apa. Cuma kalau terasa-rasa kehadiran tu pernah la.. pengalaman jaga adik aku sakit sepanjang ramadhan yang lepas banyak mengajar aku pasal dunia ghaib ini....

Nota kaki : kelakar habis cerita hantu susu ni. Hantu semua cantik-cantik. Lagi best dari tengok Chelsea vs Msia tu. Dah la goal ihsan. HAHA. 


- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone
Thank you for reading ~!

9 thought(s):

N a d i a said... Reply To This Comment

tak pernah dengar gak!


tapi teringat masa OBS dulu.. terbangun pukul 5 pagi ternampak sesuatu di pokok. hehe..

nad said... Reply To This Comment

@N a d i a

oh haah masa solo camping tu nad pun ternampak sesuatu. tp xsure apa. mungkin imaginasi je kot. sbb masa tu borak dgn fuzi. tp fuzi xnmpk ape pun. HEHE

Firdaus said... Reply To This Comment

gua kalau jadi drogba..malu beb score mcm tu..maluuuuu!

nad said... Reply To This Comment

@apei

haha.. tau takpe ;)

Anonymous said... Reply To This Comment

mcm tipu ja citer tu
kalau lg 10 maknanya 89 dah dibunuh. mana ada kes mcm tu

nad said... Reply To This Comment

@Kapten Atok

ye la kot. tp katanya pernah masuk paper pasal hantu ni dulu..

Ur Other Half said... Reply To This Comment

laaa memang ade ker?ingatkan rekaan semate2.

Encik Psychopath said... Reply To This Comment

tak percaya hantu .

ainul.zmrs said... Reply To This Comment

hantu susu memang best HAHA tak seram lgsg. madah nak gelakkk jee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...