Friday, November 2

Potluck Katanya

Assalammualaikum... 

Haaa.. banyak sebenarnya yang nak diupdate dekat blog... So now time to update.. 

Hari tu buat pot luck katanya kat rumah akak monday.. Sebenarnya kitorang datang sebab raya hari tu tak sempat nak beraya ke rumah masing-masing. Lagipun lama sangat tak jumpa.. Last jumpa masa ENTRY ni.. yakni aku pakai tudung yang sama. cisss ! camne boleh tak perasan? Erm.....

Okay so akak Thursday (darah manis. tak sabar tunggu Jun. LOL) cadang buat potluck..

Kalau tengok situ akak thursday kemain kata.. tak biasa potluck ke? amboiiii kakak !
HAHAHAHA

So setelah mendapat kata sepakat dari akak-akak yang lain makanya berpotluck le kita... Destinasi haruslah rumah akak monday since dia dah pindah rumah baru. Ayuh terjah !


So here's the menu of the day... Tak semua aku sempat snap.. Maklumlah sampai lambat. Sampai je terus makan. HAHAHHA..

Akak monday aka tuan rumah masak mee bandung.. Akak Saturday pulak buat popia basah & goreng di mana akak thursday tolong goreng. Akak thursday pulak bawak Konnyaku (Nama canggih bagi agar-agar. HAHA) Akak tuesday bawak cheese cake (cake tunjuk kat kedai) sebab malam sebelum tu tercedera katanya (lame excuse. HAHA). And yours truly aka Sunday bawak Pavlova (yang tak menjadi sangat. Lembik.. tapi boleh makan lagi okayyyy) + Baked potato n cheese (resipi copy dari blog Nadia Bayu. Later kalau rajin boleh share resipi. Hihi). So yang dalam gambar tu tak lengkap lah semua ada... HEHEHHE

Lepas makan semua... Masa untuk layan movie.. Since akak saturday bawak Danish so akak thursday pilih cerita tontonan umum sahaja.. Kita layan The Avengers ! Aku & akak tuesday memang tak pernah tengok. Jadi memang kusyuk la mengadap.. Tapi in the end ada suara-suara yang spoil kan... gggrrrrr !

 Us with Jacob. 

 Say hi to Jacob !
 Handsome kan? 
Melting ♥ 

Btw selain suara masing-masing yang memang terjerit-jerit bila bercakap, ada lagi satu makhluk tuhan yang comel yang membuatkan akak-akak ni melompat tak tentu pasal...

Tapi aduhai very the playful la this cat.. Kerja nak mengigit aje... Aku takpela setakat gigitan kucing tu dah biasa... Tapi akak tuesday tu penakut nye MasyaAllah.... HAHHAHA

OMG.. He's s so fluffy ! Sedap peluk wehhhhh...

Maka berkahirlah aktiviti pot luck pada hari tersebut bila suami kepada akak monday pulang dari golf.. Masa tu masing-masing tengah syok layan movie. Kelam kabut ambik bantal tutup rambut. HAHHAHA..

Btw thanks akak monday for hosted this so called housewarming + pot luck.  It was fun meeting you guys.. So who's next? 

Thursday-Tuesday-Monday-Sunday-Danish

Saturday-Sunday-Tuesday

Group Gadis Suam pulak plan nak potluck jugak soon. Can't wait !! Okay lets practice my cooking skill before it's too late. HEHEHEH 

Nota kaki : Aku boleh lupa tutup lampu kereta masa tu. Nasib baik enjin boleh start lagi. Phew -__-


Thank you for reading ~!

0 thought(s):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...