Wednesday, May 20

kasut tumit tinggi

** entry ni nad buat autopublish.


salam...

Ni adalah entry yang nad sebut sejak minggu lepas.. baru sekarang dapat update.. ni pon sebab perut tak selesa.. tadi makan gulai nangka. perut ni tak tahan agaknya.. tak selesa betul rasa penuh angin dalam perut. patut la buncit! haha. sengal betul.

last week nad pergi satu tempat ni di mana ramai sangat orang lain pergi jugak.. tak payah la nad cerita dengan detail ke mana dan bagaimana nad ke sana. so bile ramai orang maka kena la beratur.. disebabkan berat badan yang memang berat maka beratur selama 5 minit pun dah rasa sakit kaki. hmmm sebab berat ke atau dah tua? oh tidak.. :( okay sambung cerita.. kebetulan nad pakai heels.. untuk menutup kependekan even dah pakai heels pun still pendek! tapi nad bersyukur sebab kalau tinggi sangat sure tak sesuai pakai heels dan bile tak pakai heels maka tak nampak sexy! haha. ;)

so sambil berborak dengan penuh kusyuk bersama kenalan baru, tiba-tiba... bunyi "tup". nad sorang je yang dengar.. masa tu dah gelabah tapi muka control.. slow-slow tengok bawah tapi still cover.. jeng jeng jeng! confirm memang heel belah kiri dah patah.. aisehhh.. camne leh jadi camni ni.. kepala tetiba rasa serabut.. tetibe teringat iklan mentos (owh sampai sekarang tak jumpa video nye) yang mana ade sorang minah tu patah heel jugak.. pastu dia makan mentos then dengan confident nye dia patah kan lagi 1 heel tu. cool okay! tapi nad ni tak berapa nak cool malah pada masa tu agak hot sebab ramai sangat orang. so takde la adegan patah kan lagi sebelah heel. plus, mentos pun takde. mamat hensem pun takde. jadi takde guna la kalau berlagak cool macam iklan tu kan. haha. alasan.

nasib baik tengah beratur and tiba-tiba kain jadi melerat macam nak sapu semua sampah. cover sebenarnya. so jalan pun agak slow... pastu bile ade chance nad pergi tampat lain, tengok apa yang da jadi.. owww.. rupanya paku die dah bengkok.

ni masa mula-mula..


giler kuat nad boleh bengkok kan paku.. huhu. so tetiba dapat 1 idea yang tak berapa nak bernas. ambik batu yang berdekatan dan cube memaku paku yang bengkok itu. pastu ketuk-ketuk sikit supaya paku tu masuk balik. well at first menjadi la.. nampak macam tak patah and bile jalan okay..

ni pulak masa nad dah ketuk-ketuk. see nampak cam biase je kan..


tapi lelama dah pelik. terasa macam heel dah melayang.. sekali heel tu betul-betul tercabut! OMG.. time tu pulak nak tercabut. malu giler tapi tak tau ade yang perasan ke tak... nad pun buat-buat tak tau tinggal kan je heel tu. and jalan dengan confident. giler susah nak jalan sebelah ade heel sebelah tak ade okay. aduss.. sepanjang hari tu nad macam tu la.. confirm ramai yang perasan tapi kesian nak tegur. haha. nad buat muka tak malu je.. walaupun muka dah merah-merah hitam macam udang bakar. aduhai. dah memang malang nasib ku..
yang paling geram bile nad nak balik je, lagi 2-3 langkah nak sampai ke gate utama tetibe ade lah seorang manusia yang tidak dapat dipastikan jantina nye *faham2 sendiri la ek* telah menegur dengan agak kuat dan lantang berkata "haha kasut patah!". sengal. nad punye la ayu jalan slow-slow cube cover tapi die senang-senang je cakap kuat-kuat camtu. rasa macam nak patah kan 1 lagi heel tu pastu baling kat die! hoh.

okay cerita dah habis.. giler panjang entry kali ni.. hurm maybe kejadian tu hint suruh nad beli kasut baru agaknye.. akan ku usahakan secepat mungkin.. haha.. okay sehingga di lain entry. daa~

xoxo
N. ---------> (perasan berada dalam gossip girl la ni. haha )

Thank you for reading ~!

4 thought(s):

cekla said... Reply To This Comment

alahai...

sian..

sbb tu sy x suka kasut tumit tinggi!

^_^

joegrimjow said... Reply To This Comment

antara keburukan kasut tumit tinggi

//angah// said... Reply To This Comment

hahaha...seem like we have d same experience....;)

armouris said... Reply To This Comment

info tentang kasut tumit tinggi kat sini - High Heels Are Bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...