Friday, September 9

Eid Mubarak 1432H

Assalammualaikum

Tetiba rasa rajin nak buat entry raya ni... HEHE.. special kot.. Padahal sebelum ni tak pernah buat.. Takpe la. Exclusive untuk sesiapa yang sudi baca... Kat fb pun berapa orang je kawan yang boleh view pic raya aku ni. HEHE.. Aku memang gedik dan bajet artis. Sila muntah ;p

Tapi ni gambar dari iPhone aku je ye. Yang dari DSLR aku malas nak edit bagai... So tak banyak gambar yang boleh aku share.. Okaylah dari takde kan ;)

1 Syawal

Aku berbaju kurung moden warna pink ! Oh my... aku sangat suka baju ni.... Beli bulan April hari tu untuk dinner division.. Tapi tak jadi pakai... So aku melaram la raya ni.. Sebenarnya aku plan tahun ni raya nak pakai warna hijau.. tapi cari punya cari tak jumpa yang berkenan... So for the 1st time la raya aku berbaju pink ! Nasib baik comel ada bunga ros tu.. Suka... ^_~

Pagi raya aku sekeluarga di rumah mak uda, Sungkai... Selepas solat raya, singgah kubur arwah tok, arwah opah dan arwah yop naim (al-fatihah). Then straight to the 1st pit stop, rumah pak long. Kebetulan memang ramai sebab pak long tahun ni je dapat 4 orang cucu sekaligus ! phewww.
Then pergi ke rumah mak pah (kawan mama). Makan pecal yang sangat yummyyyyy ! masa ni kain dah rasa ketat gilos ! HAHA... 

Seterusnya ke rumah maksu.. maka berakhirlah raya pertamaku... Nothing much la raya.. Sama macam tahun sebelumnya...


*my fav shot ! The vain ME*

Fakhri (my bro), Maksu, Damia & me

Kami di pagi raya







2 Syawal
*Me & my mom*

 2 syawal kami sekeluarga ke Tanjung Medan, Sg Besar.. Rumah Pak Ngah ku... Aku pakai jubah yang dibeli di jalan TAR sehari sebelum raya pada harga RM100 sahaja. HAHA. nak jugak mention kan... Senang pakai jubah pergi sana sini. So comfortable ! Lama jugak lepak di rumah pak ngah.. Siap korek kisah cinta sejati Mak uda & Pak uda ku lagi... So sweet la kisah diorang ! Then bermalam di rumah opah (ayah's side) di Pasir Salak... Ada BBQ tapi perut meragam. So tak berapa nak makan. Sob sob.

3 syawal
seperti yang aku cerita dalam entry BURUNG HANTU yg aku sempat ke lata kinjang kan.. Haaa ni lah gambar ku di lata kinjang ! Sempat jugak snap.. Aku sorang je yang datang pakai baju kurung. ^_~
Raya ke-3 ni just berjalan ke rumah opah saudara ku yang sudah berumur 90 ++ & ke rumah mak som je. Malam tu aku, 2 org adik & memey balik ke rumah sudah... Maka berakhir lah raya ku di kampung...
 

Nota kaki : weekend ni start raya kat bandar pulak. yeayyyy
























Thank you for reading ~!

5 thought(s):

::me:: said... Reply To This Comment

like ur pinky dress...nk bnga tu satu boleh...;)

nad said... Reply To This Comment

@::me::

Me like it too ^_~
Comel kan ade bunga gitu. Hehehe

N a d i a said... Reply To This Comment

sempat juga menyopping di Jalan TAR saat-saat terakhir ekk.. =)



Baju pink memang comey =)

nad said... Reply To This Comment

@N a d i a

teman kan adik sebenarnya..
alih2 terbeli pulak.. hehehe ;p

Noor Cahayaaa said... Reply To This Comment

iphone ! nak nak ,hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...