Wednesday, September 7

Burung hantu

Image googled

Assalammualaikum...

Eh hari tu entry mengenai kucing, ni burung hantu pulak. Adakah aku pencinta haiwan? HEHE.. Aku suka je kalau haiwan tu semua manja...  

Meh nak cerita sikit.. Hari tu raya ke-3 aku berkesempatan pergi ke rumah Mak Som (mak som ni jaga aku sejak aku lahir sampai lah umur aku setahun lebih). Dari tahun lepas mama nak ke rumah mak som ni sebenarnya.. Aku pun tak pernah jumpa mak som. dengar cerita dari mama je selama ni.. Tahun ni baru terlaksana.. Itupun sebenarnya dah putus asa.. cari-cari kat Chenderiang tu tak jumpa, terus lajak ke Lata Kinjang... HEHE.. tapi takdelah aku nak mandi bagai.. Ramai kot.. Tak kuasa... Otw balik tu mama kata jom round sekali lagi... Alhamdulillah jumpa....


Dekat rumah mak som ni la aku jumpa burung hantu ... Haaaa panjangnye intro ! HAHA Burung hantu ni dibela sejak kecil... Sebab dah jinak so burung ni tak dikurung dan tak terbang pun.. Elok je bertenggek... Comel pulak aku rasa.. So tak lepaskan peluang la bergambar.. Walaupun sebenarnya cam takut-takut gak.. First timer la katakan... Padahal bukan burung hantu tu nampak pun...

 So sebab curiosity aku ni agak tinggi maka tanpa berlengah aku terus google mengenai burung hantu ni...  
Jom baca !

Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.

Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betuk-betul di hadapannya.

Meski terlihat menyeramkan, burung hantu bukanlah hantu dan tidak mengganggu manusia.
Burung hantu diberi keistimewaan untuk dapat melihat 100 kali lebih peka daripada manusia.
Berkat keistimewaan itulah ia dapat melihat dan menangkap mangsanya dengan baik di malam hari. Ketika berburu di malam hari, burung hantu tidak akan mengeluarkan suara. 

Burung hantu diberi kemampuan untuk dapat terbang tanpa mengeluarkan bunyi. Hal ini disebabkan sayap burung hantu yang halus seperti kapas. Kemampuan ini tentu saja sangat menguntungkan burung hantu kerana mangsa sasarannya tidak akan mengetahui kedatangannya. Makanya, kita hanya sesekali mendengar suara burung hantu. Biasanya burung hantu akan mengeluarkan bunyi “uhu..”nya apabila telah mendapatkan mangsanya.


Nota kaki : Menantu mak som tu junior aku di SMK dulu.. Muka macam familiar tapi tak boleh nak recall sebab dia free hair.. What a small world !







Thank you for reading ~!

2 thought(s):

Amirrah Zawani said... Reply To This Comment

burung hantu comel la.. minta la kat mak som bela...

n a d e a said... Reply To This Comment

@Amirrah Zawani

hehe.. kita suka bela kucing je sbb leh pelok2.. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...