Monday, April 13

Paus biru





salam...

last few days nad ada baca paper pasal paus biru ni.. pada nad paus biru ni comeyyyy ok.. nad suka.. tak tau nak terang camne sukanya. walaupun hakikatnya paus biru ni besar, but somehow nad rasa tetap comeyyy. haih. tak tau ah nak cakap dah. meh tengok video pasal paus ni..korang decide lah sendiri.. hehe ;)




fakta mengenai paus biru.. credit to berita harian...

# Haiwan terbesar pernah menghuni bumi - lebih besar daripada dinasor dan dua kali ganda lebih besar dari ikan paus lain.

# Boleh mencapai berat 200 tan malah lebih berat daripada 40 gajah Asia dewasa.

# Boleh membesar hingga 100 kaki atau bersamaan dua bas ekspres malah lebih panjang dari gelanggang bola keranjang NBA.

# Makan hingga empat tan bahan makanan dalam sehari atau bersamaan 64,000 burger!

# Jantung sebesar kereta Mini Cooper dan mampu mencapai berat 450 kilogram. Manusia boleh merangkak di arteri utama haiwan ini!

# Antara haiwan paling bising di planet malah mampu menghasilkan bunyi sekuat enjin jet (malah bacaan bunyi paus biru mencapai 188 desibel berbanding enjin jet 140 desibel).

# Boleh berkomunikasi antara satu sama lain pada jarak hingga 1,600 kilometer.

# Menyelam bagi tempoh antara 10 hingga 20 minit dan makan pada jarak kedalaman 100 meter.

# Menghabiskan hampir seluruh hayat di bawah laut dan sesekali timbul di permukaan air bagi tempoh beberapa saat bagi mengisi paru-paru dengan udara.

# Melayari lautan pada kelajuan 10 kilometer sejam tetapi boleh meningkatkan kelajuan lebih 32 kilometer jika terancam. Paus biru mampu berenang 160 kilometer sehari.

# Mampu memancutkan air setinggi 10 meter atau bangunan dua tingkat.

# Dilahirkan dengan tanda seperti cap ibu jari manusia yang tidak akan berubah.


notakaki: puas nad google pasal paus biru ni.. semua website dari indonesia je yang ade. kenapa takde dari malaysia yer? hurm...


Thank you for reading ~!

2 thought(s):

.ArianiAizat. said... Reply To This Comment

nani ske ikan lumbe lumbe

^_____^

sbb nampak nakal=)

nad said... Reply To This Comment

nani
~ikan lumba-lumba pon nad suka jugak. haih byk la yg nad suka sebenarnya. weheheee~
animal lover la konon. cuma species menjalar je yg nad xbrape suke. ekekeke ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...