Wednesday, June 20

Kolej Matrikulasi Melaka

Assalammualaikum

Lamanya tak update blog. Biasalah kemalasan yang melanda. Busy sikit je. HEHE. ada banyak entry dalam draft. Seperti biasa la entry semua bergambar. Bajet orang nak tengok gambar aku sangat la. HAHAHAHA Okay takde apa nak update. 

Just nak share last week aku pergi ke Melaka setelah hampir 6 tahun tak jejak Melaka. Finally ! Tapi kali ni pergi Kolej Matrikulasi Melaka di London Londang. Heee. Sebab musabab aku ke sana sebab adinda ku yang bongsu dapat masuk Matriks yo ! Takde lagi adik beradik @ saudara mara (sebelah mama) yang masuk matriks ! Semua sama ada diploma ( aku le tu) takpun STPM (anak-anak Pak Long). Okay yang lagi kelakar nya, adik aku actually tak apply pon matriks... ooppsss ! Mama tak kasi apply sebab mama nak dia masuk UiTM di hatiku jugak. Jfyi, adik beradik ku memang semua UiTM. Tapi tu la zaman sekarang ramai sangat yang bijak pandai. Adik aku ni failed UPU. Result rayuan UPU pulak sehari selepas daftar matriks which adik aku berjaya dapat offer dari UiTM Segamat. Course Dip Analisa Pelaburan. Kat Matriks course accountancy. Berdasarkan observation aku yang dah pernah ke universiti dan menjadi job seeker beberapa kali, jadi aku menasihati adik ku supaya teruskan kehidupan di Matriks tu. Sebab Accountancy lagi senang nak cari kerja berbanding course yang ditawarkan oleh UiTM. Kalau nak UiTM jugak sila apply 2nd intake. Waaahhh kemain aku kan. HAHAHAHAHA. Okay ape intro banyak sangat ni. Jom la layan gambar yang sempat aku snap tempoh hari.



Kolej kediaman C3

Petang-petang boleh la riadah kat sini. How I miss my Uni time. Those were the days. Walaupun aku bukan kaki sukan. HEHEHE


My bro's room #

Kolej Lelaki C3. Aduhai sampai je terkesima tengok bangunan ni guna batu blok okay. Sekali tengok macam penjara janji pon ada.. Alahai.. kesian... Tapi takpe tempat belajar memang tak payah mewah sangat kan? HAHAHAHA


Locker. Spacious jugak lah. Haruslah aku yang kemas kan sikit ni.


Ni yang aku jelous sebab ada ampaian dalam bilik ! Kenapa la UiTM tak buat camni?? Kan senang sidai baju. Sobss

Me & my youngest bro. Adik yang paling ku sayang. haruslah adik bongsu kan. HEHEHE. Sedih. Sebab dia ni la geng aku layan Kwang Soo kat Running Man, partner aku pergi shopping atau ke mana-mana je. Tak banyak karenah.
Budak dua orang ni rapat. Sebab beza umur setahun. Dah la dua-dua lahir kat pahang. Tapi selalu gaduh. Tup tup hari tu si kakak yang beria-ia nangis. Sampai makcik kat situ tegur, takpelah abang pergi setahun je. Abang? Tu adik la makcik. HAHAHA. memang gene family kakak kecik, adik besar-besar.

Mom & her youngest son. pelik bin ajaib sebab mama tak nangis ! cayalah~!

Okay lah should end here. Entry takde hala tuju. Saja nak update sebab teruja adik dah besar. HAHAHAHA

Nota kaki : Masa shopping barang untuk adik aku hari tu, ada akak tu ingat aku yang masuk matriks. hiks ;p masa kat kolej adik aku tu pun ada makcik tu ingat aku yang masuk matriks jugak. double hiks ;pp

Thank you for reading ~!

5 thought(s):

hajar hazizi said... Reply To This Comment

wah..
kolej matrikulasi melaka , londang..
bila tgk gbr2 ni semua buat sy terkenang kembali kenangan kat sn...
rindu sgt kat KMM..
cafe,kelas, bilik, dewan kuliah, library..semua sy rindu..hihihi
tahniah untuk adik awk

Nadea Emerald said... Reply To This Comment

@hajar hazizi

ex-KKM eh? ehehhe. mestila rindu kan tempat belajar.. thank you ;)

arel kirin said... Reply To This Comment

Haha! Xya nk gndu sngt kt cafe.. Ke kt abg cf?? Hahahha.... Kmm pns la..dkt ngn pntai..

MH MY said... Reply To This Comment

Ah sudah. Macam blok saya tinggal dulu je... sebelah bilik toilet. lol.. :)

shanti jeeva said... Reply To This Comment

Hello dear, makcik pun nak hantar anak bongsu kata kmm. Ada apa2 advice utk dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...