Wednesday, June 27

Homemade Baked Macaroni & Cheese

Assalammualaikum

Bertemu semula dalam sesi memasak. Heee. Aku sekarang bila weekend je memang mood memasak membuak-buak. So biasanya on weekdays aku akan cari resipi online. Harus practice untuk manfaat di masa hadapan. Eceh !

So this time another pasta dish; Macaroni & Cheese. Banyak version yang aku jumpa kat internet but I decided to give try based on THIS recipe. Senang je la. Cuma aku punya kurang kick sebab lupa letak keju cheddar. Sobsss. Takpe 2nd attempt mesti kick punya. POSITIVE ~!

Bahan-bahan yang digunakan. Susah gila nak cari Mozarella cheese yang ada tanda HALAL. 
Not in the picture, mushroom..

Bahan-bahan

2 biji bawang besar
7-8 ulas bawang putih
3 biji telur dipukul hingga kembang. 
2 sudu besar tepung gandum
500g macaroni (elbow)
Daging ayam kisar
Susu (sukatan ikut suka hati aku je)
lada hitam
Cendawan ( aku guna cendawan dalam tin)
Mentega

Telur dipukul hingga kembang.  
Campurkan tepung gandum ke dalam telur.

Bawang merah & bawang putih  dikisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan lada hitam. Kuantiti ikut suka.
Setelah naik bau harum semerbak, masukkan ayam kisar dan cendawan. Dah masak, tambah kan susu.

Macaroni tu rebus. Tos dan gaulkan dengan mentega & telur tadi.


Ini dia rupa macaroni & cheese ku sebelum di bakar. Kaya dengan taburan mozarella. nyum nyum ....

Aku bakar 4x sebab terbuat banyak. Haih pembaziran telah berlaku. Takde mangkuk besar. 1st baked aku buat 190c & 30 minit. 2nd baked aku buat 190c & 20 minit. hasilnya bakar selama 30 minit lagi mengkagumkan. Heeee...

Jadi mari tengok hasilnyaaaaa...

tadaaa ~!!!
My 1st ever Baked Macaroni & Cheese
Sukaaaa weh masak simple camni...

Korang boleh improvise resipi ikut selera tekak masing-masing. Aku pun ada improvise sikit-sikit. HEHEHE

Sekian. Jumpa di sesi masak memasak akan datang. 


Nota kaki : Masakan melayu aku tak berapa gemar nak masak. Aku gemar makan je. HAHAHAHA

Thank you for reading ~!

5 thought(s):

|wawa| said... Reply To This Comment

Waa..yummeyhh..✗dela susa sangat eh..tp kt uma sewa xd oven,raya nanti la try :)

N a d i a said... Reply To This Comment

fuhhhh..


terliurr tengok!

Nadea Emerald said... Reply To This Comment

@|wawa|

haah memang senang sgt... wawa, pakai microwave pon boleh jugak... sbb owner resipi ni pon masa dia buat dia pakai microwave.. cuba, jgn tak cuba ;)

Nadea Emerald said... Reply To This Comment

@N a d i a

hehehehe...
healthy lifestyle, makanan cmni kena jamah je.. xleh lebih2... hahaha

|wawa| said... Reply To This Comment

Microwave pn xd kt uma sewa..sume kt uma..tggu raya la nmpaknye..hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...