Thursday, December 8

Ombak Rindu

 
5.2 milion dalam masa seminggu. amazing !

Assalammualaikum...

Hari ini baru berkesempatan nak buat sedikit review. Eceh. Daku tak sihat sebenarnya. Sewaktu menonton pun tengah demam. Tapi gigih juga pergi menonton. HEHE. Sebab dah terbeli tiket awal ler... 

Apa yg boleh aku cakap, cerita ni tak seperti yg aku harapkan Ada scene yg pendek..ada jugak yg tak sama langsung dari jalan cerita asal..Contohnya watak Musliha kawan baik Izzah memang takde. Ya aku faham, 1 novel tu boleh cerita dgn details, movie 2 jam apa la sangat kan..Sebab tu aku rasa kalau nak adaptasi dari novel ni better buat drama bersiri. Barulah puas dan boleh compare dengan novel. Tapi jangan pulak ambil pelakon baru yang tak berapa pandai nak berlakon jadi watak utama macam drama LBS tu. Takde feel aku nak tengok. 

  Just a short review about the main actor/actress

Hariz - Memang tak disangkal Aaron Aziz yang paling layak. Tapi sebab scene pendek-pendek so tak dapatlah nak tengok Hariz yang sebenar. Seorang yang sangat kejam di awal cerita, tetapi begitu cintakan Izzah di penghujung cerita. Dalam filem, so-so aja. Tak begitu kuat rasa cintanya. Again, time constraint.

Izzah - Nak kata mengecewakan tidak, berjaya pun tidak. Kalau scene yang Maya tak perlu cakap, menjadi dengan lirikan mata, ekspresi. Tapi bila bertutur barulah rasa kejanggalan nya. Loghat urban Maya masih ada. One more thing yang aku perasan sangat, di awal cerita Maya bahasakan dirinya sebagai SAYA. Aku frust. Sebab sepatutnya dia bahasakan diri dia IZZAH. Nasib baik dah hujung-hujung tu betul. 

Mila - Not bad. Cuma Lisa maybe macam terlampau mencuba. 

Overall I would say Ombak Rindu was good. But not the best. And I didn't cry. 
 Well pendapat kita berbeza-beza.  Pergilah menonton. Sekurang-kurnagnya anda akan merasa sebak mendengar alunan lagu OST Ombak Rindu versi Hafiz. Sangat syahdu. Thumbs up for the OST & sinematografi.

My rating: 3.5/5

 
Nota kaki :  It was my fault sebab sibuk baca balik novel ni a week before the movie. So aku masih dibayangi dengan jalan cerita seperti dalam novel. Next time,sila jangan baca novel dahulu. Sekian

Thank you for reading ~!

6 thought(s):

Cinta Misteri said... Reply To This Comment

Saya peminat filem melayu, dan tak mungkin akan terlepas peluang tengok citer ni.

* Nasib baik sy tak baca novel, kalau tak mesti ada byk komen.

http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/12/ombak-rindufilem-epik-cinta-terbaik.html

|wawa| said... Reply To This Comment

terbaik review akak..thumbs up :)

n a d e a said... Reply To This Comment

@Cinta Misteri

tu la... tp lagi layan kalau baca novel.. baru ada feel. hehe

n a d e a said... Reply To This Comment

@|wawa|

haha review la sgt kan.. review org demam ;)

N a d i a said... Reply To This Comment

pinjam novel! hehehe

Nana said... Reply To This Comment

aku suke...
suke
suke
nk g tgk lg sali hahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...