Tuesday, May 15

Trip to Kuching Part 2

Assalammualaikum

Okay sambung part 2 pulak. HEHEHHE. Balik dari Pasar Satok tu, rehat kejap kat hotel before dinner... Yeahhh ME time.. Masa ni la aku berendam dalam bath tub feeling-feeling orang kaya. HAHAHAH. Maklumlah kat rumah takde bath tub. Tu bath tub kalau jacuzzi ntah camna la jakun nya aku kan???


Dah bersiap-siap make up, sembur minyak wangi sikit, then off to dinner. Haaa malam ni jalan banyak tutup sebab Wesak day.. Pening jugak la sebab kejap cilok sana sini... Hurm... Sepanjang travel kat Kuching ni aku duduk depan jadi co-driver sebab aku sorang je perempuan... Sebab tu la gambar semua bukan gambar aku. HAHAHHA segan nak camwhore okay........

Baba Ganoush Restaurant

Seafood lagi ~! Ya Allah heaven gila asyik makan seafood. HEHHE

Obor-obor boleh makan atau tak? Haa itulah persoalan yang bermain di minda tatkala makan malam pada malam tersebut....

Aku tak berani makan... Tapi aku tengok diorang semua sedap makan... Sementara tu aku google jap.. Boleh makan rupanya... Yela sebab obor-obor ni agak popular among Sarawakian ;)

Habis dinner balik hotel. Baru notice rupanya ada shopping mall 1 building dengan hotel ni.. Rugi !!! Siap ada cinema, bowling bagai.. Haaaa kalau tak dah lama la aku melabur kan... Best pulak concept hotel & mall share 1 building.. Happening kan? HEHHEHE...

Pukul 10 camtu aku dah lena.. Penat lah satu hari berjalan.

The next day
5 Mei 2012

Pukul 7 dah check out... Awal sebab nak ke Serikin... Yeaahhhhh Orang kata kalau ke Kuching ni wajib ke Serikin...


 At first me and my boss thought that we are going to Sarikei... Kepala dah fikir eh bukan ke Sarikei tu jauh? Sekali Serikin daaaa.... HAHAHA. Tu la telinga labang (siapa tau labang tu?).

Sepanjang perjalanan ada banyak sungai yang ditempuhi.. Sarawak ni kan memang ada banyak sungai...
Gunung pun ada...


Ni gunung Gajah.. Katanya ada rupa gajah.. Tapi aku tengok takde pun? Hurmmm.. Masa kat sini sejuk la rasa.. Sampai Serikin takde nye sejuk ni. Panas terik okay ! Sebab Serikin ni betul-betul atas garisan khatulistiwa... Fuhhh berpeluh mak... Oh ya Serikin ni kat border antara Malaysia & Indonesia (Kalimantan) ya..

Apa ada di Serikin? Macam-macam ada ~! Haaa Serikin ni tempat shopping murah. Barang yang ada macam dekat Bandung tu haaa.. Price wise murah dari KL tapi mahal sikit dari Bandung.. Tapi okay sangat nak shopping kat sini.. Jubah Indon tu RM50 je okay. Tikar, pinggan mangkuk blouse muslimah dan banyak lagi.... Aku beli apa? HAHAHA. aku tak membeli sangat. Biasalah kan... Sebenarnya mood nak shopping aku hilang sebab dalam ramai-ramai orang kat Serikin tu aku boleh terserempak dengan PTM3 !!!! Who the heck is PTM3? HAHHAHA.. Takpelah biar aku je tau siapa dia.. Cuma yang pastinya aku hilang mood sejak nampak dia.. Hurm...

Sudahnya aku lepak dalam kereta je lebih.... Boss aku kemain shopping sampai tak cukup duit tau...


The only thing that caught my eyes but not my money. HEHHE.


On the way balik singgah lunch di Ratu Ayam Penyet.. Alaaa aku baru nak makan mee kolok.. Hurm takde rezeki nampaknya... Ayam Penyet kat sini lain.. Takde tempe !! Baru ku tau yang orang Sarawak tak makan pedas, so semua agak menggelupur makan ayam penyet.. Aku yang pencinta makanan pedas ni relax je menikmati kepedasan tu.. Berlagak betul. Kah kah kah..

Okay masa lunch ni la suara aku baru kedengaran. Bak kata si Jess. HEHEHE.. Baru selesa nak borak-borak... Padahal dah nak balik dah... Typical me ;) Masa ni jugak la si Jess ni nak kenen aku dengan orang ni la, orang tu la.. Haaaa comel je jess ni tau !


Kata tak banyak shopping, tapi tengok barang yang nak bawak balik?? HAHAHHA. Over weight ok. Sornag 25kg, tapi semua sekali campur tikar boss aku dalam 90kg. Menggelabah semua.. HAHAHA



Tu dia dinner dalam flight... Alhamdulillah

Berakhirla my so-called trip to Kuching this time. I enjoyed my time to the fullest. New experience for me. Alhamdulillah. Thank you Allah for this opportunity ;)

Good bye Kuching. Am definitely gonna miss you & will come back again ~!

Sunset
Magnificient view... SubhanAllah....

Nota kaki : Aku rindu Jess. Tapi cari kat fb tak jumpa. No phone takde. Haih...








Thank you for reading ~!

2 thought(s):

Nana said... Reply To This Comment

serikin tu mmg panas gile
ptut la masa aku g dulu org pesan klw nk g serikin kuar awl pg ye la kan cpt siang klw tengahri nkmsoping sini mmg menjejes peluh

Nadea Emerald said... Reply To This Comment

@Nana

tu la pasal.. kul 8 lebih pun dah panas2 sikit.. boleh hilang mood jugak lah kalo nak shopping. HHAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...