Wednesday, August 5

tonsilitis


salam semua...

hurmmm... hari ni hari ke-2 i mc. start demam hari isnin.. pagi tu kat ofis dah start batuk.. tapi tak teruk sangat. tapi kat ofis so damn cold! giler!! tak tahan betul. pastu balik keje lambat. biasa la kan. da malam sikit. sampai umah terus solat, masa amik wudhu' masa tu dah gigil-gigil sejuk. giler tak tahan. masa solat pun gigil-gigil. sah memang tak sihat! pas solat terus tido. pastu kul 10 mama masuk bilik, then mama rasa badan, die kata panas sangat dah badan i ni. huh. teruk ke demam ku ini? kataku di dalam hati. eh bermonolog pulak. hehe. tapi i ni degil konon kuat tak nak pegi klinik. cet. pastu tetibe baru teringat masa kat ofis sempat baca kosmo, seorang lagi budak meninggal sebab H1N1. tetibe rasa takut la plak. so dalam kul 10.50 tu terus ajak ayah pegi klinik. mase ni dah lemah 1 badan rasa. slumber je pegi klinik pakai pyjamas yang paras lutut + seluar khakis + sweater.. minah indon pun takde selekeh cenggini. haih. takde makne nak dress up pulak. nak berdiri pun tak larat.

sampai klinik, sume orang pandang. btw, ramai pulak kat klinik time tu. tapi kenapa semua orang pandang? macam la aku peduli. tengah sakit kan so just ignore je la. tak kuasa nak layan.
jumpe doc, check & all. my temperature agak tinggi doc kata. then my tonsil bengkak. sebab tu la demam. ish. selalu betul tonsil ni bengkak tau. doc pesan jangan minum ais & makan benda berminyak. makan sup aje. sekali doc tu bagi ubat bukan main banyak. siap ubat batuk & selsema. padahal aku demam je.

so semalam adalah hari melepek. takde buat ape melainkan tido. giler down betul memang tak larat buat ape. mase tgh hari tu just makan kerak nasi sikit, wat alas perut sebab nak makan ubat. then dozzed off sampai ke maghrib. then pas maghrib cam ok sikit, makan la sup ayam + nasi sikit, makan ubat, update status kt fb (haha. ni pun sempat lg) then sambung tido sampai la ke subuh tadi...

bangun pagi tadi rasa, eh demam da kebah. tapi sakit lain pulak. rasa sakit-sakit badan and kepala rasa berat sangat. solat subuh pun macam nak tumbang rasa. ape kes pulak ni. isk. sudahnye mc lagi la. pegi klinik lagi. check punye check, doc kata tonsil ku da ade putih-putih. apekah itu?? die kata macam ulser.. pulak dah. so kali ni die kena bagi ubat lagi kuat. ubat hisap semalam tak cukup kuat katanya. nasib baik due-due ubat untuk tonsil ni sedap. i loike!! hehe ;) haih tonsil ni... macam-macam la. last year pun macam ni gak. tapi lagi teruk sebab tonsil i sampai bernanah and 3 hari mc. isk :( patut la rasa kelat je...


*huh.. lebih kurang camtu la tonsil i agaknye. *


tapi lepas makan ubat lunch tadi, makan sup lagi, rasa okey da.. cume still rasa kelat sikit. dah boring rasa, nak buat keje lain rasa cam still lemah tu yang google pasal tonsil ni... tengok-tengok gambar pasal tonsil kat google images ni. rasa macam nak attach gambar tonsilitis yang real punye tapi takut korang geli nak tengok pulak nanti. so sesapa yang nak tengok camne keadaan tonsilitis ni or nak tau dengan lebih lanjut pasal ni sile tanya pakcik google ye.

apepun harap-harap esok i da segar bugar untuk ke ofis. i nak keje la. cukup la 2 hari dok umah..
kesian kat my office mate buatkan keje i.. owh prihatin nye daku. hehe

ok lah.... sekian sahaja untuk laporan kesihatan kali ni...
sehingga bertemu di lain masa...

wassalam.



Thank you for reading ~!

1 thought(s):

apei said... Reply To This Comment

jaga sikit kesihatan tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...