Friday, May 8

#frznd Pregnancy Journal: Carpal Tunnel Syndrome

Salam

Bertemu lagi dalam entry berkaitan pregnancy.. Alhamdulillah iols dah masuk last trimester.. Cepatnya masa berlalu... macam tak caya tak lama lagi nak bersalin.. Nervoussss and of course excited nak jumpa my lil sunshine :)

Back to the topic.. Sejak hujung-hujung 2nd trimester hari tu, jari tangan belah kiri selalu sakit.. Macam susah nak bengkok.. Macam bengkak tapi tak... Masa checkup bagitau nurse kat KK tu pun dia tak cakap apa.. Tapi selalu rasa camtu malam je la.. Dengan selalu kebas... Tapi bila masuk 3rd trimester, it getting worse.. Dan kedua belah tangan n kesemua jari sakit.. Ya Allah.. Memang tiap-tiap malam tido asyik terjaga.. Lepas tu try genggam dan gerakkan jari sebab memang sakit... Tangan rasa macam takleh gerak... Sobsss. Iols sangat risau.. Ingat nak tanya doctor next week sebab ada appointment untuk MGTT.. Tapi hari tu my mom ada tanya doktor, dia kata itu memang one of the syndrome during pregnancy... 


Lepas tu aku pun terus la google... ini lah hasilnyaa...


Sakit dan kebas pada bahagian tangan dan jari semasa hamil kemungkinan besar disebabkan oleh sindrom terowong karpus (carpal tunnel syndrome). Ia merupakan satu keadaan yang dikaitkan dengan kebengkakan dan peningkatan berat semasa hamil, di mana saraf utama di pergelangan tangan menjadi tertekan. 

Syukurlah tidak semua wanita hamil mengalaminya; anggarannya berbeza di antara 20 hingga 60 peratus. Bagi kebanyakan wanita yang mengalaminya, rasa sakit dan kebas itu sedikit sahaja dan bersifat sementara. Ia hilang tidak lama selepas bayi mereka dilahirkan. Namun bagi sesetengah wanita, keadaan ini boleh jadi teruk dan berterusan selama beberapa bulan. 
Simptom-simptom sindrom terowong karpus biasanya lebih teruk pada waktu malam tetapi ia juga boleh menjejaskan aktiviti pada siang hari. Simptom-simptom ini termasuk:
  • sakit, semut-semut, atau rasa mencucuk atau panas biasanya berpusat di ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan separuh jari manis yang terdekat dengan ibu jari;
  • sakit pada bahagian tangan, dan kadang-kala pada bahagian bawah lengan;
  • genggaman yang lemah, terutamanya pada bahagian ibu jari;
  • jari-jari yang terjejas atau tapak tangan menjadi kebas apabila keadaan ini menjadi lebih teruk

 Sumber Babycenter

Selalunya pregnant women akan dapat sindrom ini disebabkan water retention due to penambahan berat badan dan pengumpulan air dalam badan. Macam mana ye nak explain rasa sakit ni... Takdelah kebas macam biasa tu.. Rasa macam mencucuk-cucuk or dalam english we called it tangling sensation... Ada mom to be share untuk kurangkan masin dan makan calcium.. Tapi iols memang kuat makan fast food waktu pregnant ni sebab selera so-so je la.. minum susu lansung tak sebab loya.. so gantikan amik ostemetrix shaklee je... 

Nota kaki: Harap-harap lebas baby lahir hilang la sakit ni.. kalau tidak kena operate.. I is takut... 

Thank you for reading ~!

0 thought(s):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...