Showing posts with label *family*. Show all posts
Showing posts with label *family*. Show all posts

Thursday, November 8

Taman Buaya, Melaka

Assalammualaikum 

Hari tu hantar boboy balik ke KKM dari PD... so sempatlah singgah Taman Buaya kat Melaka.. Haih adik ku yang hitam lagi sorang tu suka sangat nak pergi... HEHEHE.. so meh story sikit....

 
 Kependekan kakak-kakak teserlah di situ. Alahai 0__0
Inilah budak KKM itu... all the best for your final exam bro !

Here we come buaya !!
Excited much? Hihi

Info
Tiket RM10 utk setiap dewasa
RM6 untuk kanak-kanak (6 tahun ke atas)
harga tiket ni berbaloi dengan apa yang kita experience dalam ni..

Haa KLCC pun ada uols~ Malaysia Miniature....

Penang Bridge pun ada....

Then before we off to see buaya, kita masuk dulu reptile corner...
The 1st thing I saw was this creepy monster..

Green Anaconda. It's big ! Gila menakutkan.. Meremamng bulu roma ku. Anaconda ni nampak macam kekenyangan sebab perut besar tapi kepala kecik je... Scary !

This Albino Phyton pun nampak lena kemain tidur... huh.... Takut.. tapi nak tengok. Pelik sungguh !

Okay enough with those creepy reptiles.. now crocs time !
Oh too bad we missed the show at 2.30pm..

Buaya.. OMG... Besar-besar buaya yang ada.. Semua pakat tidur macam mati... Dah la warna berkarat.. kalau jumpa memang tak perasan ada buaya.. Sedar-sedar kena ngap je !
Meremang juga bulu roma aku... 

Saltwater Crocodile...

Paling besar ! Aku beranikan diri masuk tangan dalam kandang amik gambar. HAHAHA. Kalaulah terjatuh hp ku hari tu atas buaya ni memang nahas. Kitorang siap baling batu bagai nak tengok buaya ni gerak. Erm jangan harap. Lena sangat tidur.. Macam-macam ragam pulak tu. HEHHE

Nampak tu sampai nganga-nganga tidur.. Best sangat le tu.. huhu

After that 2 orang si kecik (Damia & Aiman) mandi kat kolam yang ada dalam tu... Don't worry no extra charges. Tiket RM10 tu pakej sekali dengan kolam mandi tu sekali.. Suka betul budak-budak dapat mandi camtu...

Then aku masuk rumah hantu.. Memang dari awal teringin nak masuk sini. Yang ni tiket lain. RM3 per person...

Haaa.. takdela scary cume terkejut lebih... Memang kuat jugak la aku menjerit. HAHAHA. adik-adik aku pun semua jerit cam apa... Gelap gila dalam tu.. Tapi best ! Satisfied !! HEHEHHE

Last but not least, family photo !

I love my family.. Walaupun kitorg adik beradik tak serapat macam sibling lain. Heee

Nota kaki : That top from forever 21 is my fav top at the moment. Jangan byk bunyi kalau nampak aku asyik pakai tu je. HAHA. this time I paired it with flowy lacey skirt from Niichii. Take note, you might see this top in my new entry soon. A g a i n !  HAHAHA

Thank you for reading ~!

Wednesday, June 20

Kolej Matrikulasi Melaka

Assalammualaikum

Lamanya tak update blog. Biasalah kemalasan yang melanda. Busy sikit je. HEHE. ada banyak entry dalam draft. Seperti biasa la entry semua bergambar. Bajet orang nak tengok gambar aku sangat la. HAHAHAHA Okay takde apa nak update. 

Just nak share last week aku pergi ke Melaka setelah hampir 6 tahun tak jejak Melaka. Finally ! Tapi kali ni pergi Kolej Matrikulasi Melaka di London Londang. Heee. Sebab musabab aku ke sana sebab adinda ku yang bongsu dapat masuk Matriks yo ! Takde lagi adik beradik @ saudara mara (sebelah mama) yang masuk matriks ! Semua sama ada diploma ( aku le tu) takpun STPM (anak-anak Pak Long). Okay yang lagi kelakar nya, adik aku actually tak apply pon matriks... ooppsss ! Mama tak kasi apply sebab mama nak dia masuk UiTM di hatiku jugak. Jfyi, adik beradik ku memang semua UiTM. Tapi tu la zaman sekarang ramai sangat yang bijak pandai. Adik aku ni failed UPU. Result rayuan UPU pulak sehari selepas daftar matriks which adik aku berjaya dapat offer dari UiTM Segamat. Course Dip Analisa Pelaburan. Kat Matriks course accountancy. Berdasarkan observation aku yang dah pernah ke universiti dan menjadi job seeker beberapa kali, jadi aku menasihati adik ku supaya teruskan kehidupan di Matriks tu. Sebab Accountancy lagi senang nak cari kerja berbanding course yang ditawarkan oleh UiTM. Kalau nak UiTM jugak sila apply 2nd intake. Waaahhh kemain aku kan. HAHAHAHAHA. Okay ape intro banyak sangat ni. Jom la layan gambar yang sempat aku snap tempoh hari.



Kolej kediaman C3

Petang-petang boleh la riadah kat sini. How I miss my Uni time. Those were the days. Walaupun aku bukan kaki sukan. HEHEHE


My bro's room #

Kolej Lelaki C3. Aduhai sampai je terkesima tengok bangunan ni guna batu blok okay. Sekali tengok macam penjara janji pon ada.. Alahai.. kesian... Tapi takpe tempat belajar memang tak payah mewah sangat kan? HAHAHAHA


Locker. Spacious jugak lah. Haruslah aku yang kemas kan sikit ni.


Ni yang aku jelous sebab ada ampaian dalam bilik ! Kenapa la UiTM tak buat camni?? Kan senang sidai baju. Sobss

Me & my youngest bro. Adik yang paling ku sayang. haruslah adik bongsu kan. HEHEHE. Sedih. Sebab dia ni la geng aku layan Kwang Soo kat Running Man, partner aku pergi shopping atau ke mana-mana je. Tak banyak karenah.
Budak dua orang ni rapat. Sebab beza umur setahun. Dah la dua-dua lahir kat pahang. Tapi selalu gaduh. Tup tup hari tu si kakak yang beria-ia nangis. Sampai makcik kat situ tegur, takpelah abang pergi setahun je. Abang? Tu adik la makcik. HAHAHA. memang gene family kakak kecik, adik besar-besar.

Mom & her youngest son. pelik bin ajaib sebab mama tak nangis ! cayalah~!

Okay lah should end here. Entry takde hala tuju. Saja nak update sebab teruja adik dah besar. HAHAHAHA

Nota kaki : Masa shopping barang untuk adik aku hari tu, ada akak tu ingat aku yang masuk matriks. hiks ;p masa kat kolej adik aku tu pun ada makcik tu ingat aku yang masuk matriks jugak. double hiks ;pp

Thank you for reading ~!

Wednesday, May 30

D'One Steak Restaurant Bangi

Assalammualaikum... 

Last night my family & I went to D'one Steak Restaurant for our dinner.. Dah lama family aku tak makan western. Last time we had one is in this ENTRY. JFYI, my family jarang sangat makan luar. Adela sekali dalam 2-3 bulan gitu. Tu pasal tiap kali nak makan luar mesti pening nak makan kat mana.. Haaa so last night my bro suggest to have our dinner at this steak restaurant. Tapi kena tanya ada menu nasi tak sebab bawak opah sekali. Nasib baik ada... 

 Senang cari restaurant ni. Tepi jalan je..

The menu.. Price very reasonable..

This is my sis's. Lamb Chop RM13.50
Boleh dia nak order air --> Additional asam boi ! LOL
Memang kena bahan la kat rumah.. Kah3


This is mom's.. Black Paper Steak RM13.50
Not bad.. Mama suka je...

This is dad's - Prawn Sizzling. RM9.50
Ayah tengok menu nampak gambar dish ni. Dia ingat mee goreng. Excuse my dad. Dia tak pernah makan sizzling (I think) so he asked the waiter to goreng his mee, basah !! LOL.. aku nak gelak lebih-lebih kesian. Ayah sendiri kan. HAHAHAHA
Sedap katanya sebab licin....


My youngest bro's. Steak Combo. RM15.90
dia ni memang pencinta kambing & udang... maka this is perfecto ! Licinnnn


My bro's. Spare Rib Steak RM17.50
He's the one yang suggest dinner kat sini. Katanya Spare Rib ni sedap. Portion memang besar ! Kalau aku sure tak habis...


 This is mine ! Mixed Lamb Chop RM14.90
2 keping lamb + 1 part of chicken.. yummylicious !
 Yeaayyy. I love lamb... Terbaik !! Sedap okay. Aku suka pepper dia. Just nice. Alhamdulillah. I've been craving to have steak since last 2 weeks. Only last nite baru hajat tercapai..

Opah just makan nasi goreng kampung. Okaylah tu. HAHAHA.

I personally think this restaurant is the best western restaurant in this area (Bangi + Putrajaya).. Sebab the food suits my taste bud,  big portion, many choices (grilled, steak, pasta, sizzling, sandwiches & local cuisine) and very reasonable price sebab juices price RM3.80 je.. Dah la gelas besar ! Untuk 6 orang makan plus 1 tapau baru RM130++ je... Totally worth it.

Alhamdulillah

 D'One Steak Restaurant
Persiaran Pusat Bandar 1,
43650 Bandar Baru Bangi,  Selangor
 Tel: 03-8926 2184



 Last but not least harus letak pic yours truly ni. HAHA. 
Taken using my bro's NOTE.

Sisters. 
Sama tapi tak serupa
Bila berjumpa macam anjing dengan kucing. 
LOL

Nota kaki : Bangi adalah syurga makanan melayu !! I like !!

Thank you for reading ~!

Monday, November 22

Cerita hari raya

Salam

Jumaat yang lepas kami sekeluarga ada buat korban. korban kali ni buat di rumah pak ngah di Tanjung Medan, Selangor. Maklumlah aku kan dah takde kampung (rumah arwah opah dah takde orang duduk. sob sob). So paling sesuai buat di rumah pak ngah sebab suasana kampung dan kawasan yang luas. senang buat kenduri. HEHE.

okay ni kali pertama (seingat aku sejak aku dah besar) kami sekeluarga buat korban dan kenduri sendiri. Korban ni atas nama aku 6 adik beradik dan seorang lagi makcik ku. Disebabkan korban atas namaku jadi sunat untuk kami 6 beradik tengok sewaktu lembu tu disembelih. Sorry ye aku baru tau. Ke aku baru ingat? Sure masa sek dulu ada belajar kan?  HEHE.

So pagi jumaat tu dengan tak mandi dan ngantuk (malam sebelum tu kitorang tidur pukul 4pagi. sesi berborak sesama ahli keluarga. ngee~) aku pun dengan penuh semangat pergi tengok aktiviti penyembelihan itu. Mula-mula kesian kat lembu tu. Boleh pulak die buat muka kesian sebelum kena sembelih tu. adehhh T__T. tapi bila fikir balik, sebaik sahaja disembelih lembu tu terus ke syurga, jadi kurang sikit rasa kesian tu. Baik kesian kat diri sendiri yang belum tentu ke syurga ni kan? sob sob.

jom tengok.. inilah dia bakal tunggangan ku di padang masyar nanti. InsyaAllah sekiranya cukup amal ibadat.

* aku nak tangkap dekat lagi, tapi die tenung aku semacam. takut duhhh. HAHA *


*saat-saat disembelih..*

InsyaAllah nanti satu hari aku buat korban guna duitku sendiri. Amin :)


korban ni sunat kifayah tau

Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.
Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.
Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai. sumber dari SINI

nota kaki : Kali pertama seingat aku, hari raya aidiladha aku meriah sebegini.. biasanya duduk rumah je. heee ;p bagaimana raya kalian semua?


Thank you for reading ~!

Monday, September 27

17 syawal 1431H


jemputan itu sunat. memenuhi jemputan itu wajib selagi tiada maksiat.


salam..

17 syawal 1431H mama buat open house di rumahku. alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun hujan. ramai tetamu yang datang especially relatives + kawan-kawan mama. kawan-kawan aku? well the same faces gathered again. cuma kali tambah  ni tambah kawan-kawan dari office. overall aku happy sebab kawan-kawan baik aku ramai datang. tapi dalam pada yang sama aku terkilan disebabkan beberapa orang yang tak datang. sebab?

  1. ada beberapa kawan yang aku memang tiap-tiap tahun jemput (mak aku buat open house tiap-tiap tahun) tapi tak pernah datang!!! aku kecewa. kesimpulan nya semenjak aku duduk rumah ni, tak pernah pun dtg! :(( dah la tu diam seribu bahasa. takdela say sorry or bagi excuse ke. aku memang kecik hati. enough said.
  2. group ke-2 yang aku terkilan bila lansung takde respon then tak datang. tapi yang ni maybe acceptable laa.. tapi ntah still kecik hati tapi yang no 1 lagi hebat. hehe ;p
well maybe aku ada salah jugak sebab ramai yang lupa. aku invite via fb je kali ni. memang tak ramai aku jemput sbb limited. lepas tu aku lupa nak remind guna SMS. certain people sms ni masih relevant. aku pulak more to fb. sms pun tak tengok sangat. hehe ;p

to those yang lupa dan yang tak dpt dtg sbb ada hal or whatever, its ok., apologize accepted.
to those yang tak pernah dtg, what more i can say? nothing. i had enough and this would be the last one. sebab mak aku kata lepas ni tak buat dah. kami 1 keluarga pun akan berpindah. insyaAllah hujung tahun ni. 

kepada yang datang, AKU SAYANG KORANG SEMUA BANYAK-BANYAK!!!!
seriously memang syg. u guys made my day!

to lin + husband, thank u so much! korang memang sporting.. datang then lepak lama2. best!
to my beautiful girlfriends, u guys mmg terbaik. aku syg korg! sorry can't join 1hb punye outing. ;(
to ema + jep, tenkiuuuuuuuuuuuu!! ema walaupun sarat tetap gagah dtg.. jep ko dah 3x bertutut-turut dtg. aku mmg terharu. ;))
to fiza + azie + hafiz, thanks kwn2. walaupun penat ke johor tak habis lagi, korg dtg jugak... at least wakil dr MOF. hehe ;p
to paklah + kiyah, tenkiuu sgt2. paklah pun tak pernah tak dtg. ni kali ke-3 kan? walaupun lambat sampai jugak. kiyah, walaupun tak kenal sgt tapi still ikut pak lah dtg. thanks tau!!!!

aku tak marah. cuma kecik hati. ;((

*my fave pic!* quality gambar kurang memuaskan. taken using my bro's BB

nota kaki : last year ramai sangat kawan-kawan yang datang tak sempat layan semua. tahun ni tak ramai sangat jadi boleh borak lama-lama sikit. ;p 



Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...