Showing posts with label *sharing is caring*. Show all posts
Showing posts with label *sharing is caring*. Show all posts

Friday, September 5

Poplook to let go

Salam..

I have 2 blouses from Poplook to let go.. Francine and Shreya blouse. Both are new with tag. Never worn. Price as stated in the picture. 


M size, Black color



M size, Bamboo Green color


Interested? Just email me at sweetdina83@gmail.com

TQ


Thank you for reading ~!

Wednesday, November 13

Homemade Sushi #NadLilKitchen

Assalammualaikum

Ye.. Foodie entry again and again.. Sigh...

Btw sejak aku berani menjejakkan diri ke Sushi King a few months ago, I'm hooked ! tersangat la hooked nye sampai every month wajib pergi dengan my sushi partner ! HEHEHEHE.

The reason why aku baru berani sebab before this kan kecoh kata Sushi King tak halal.. SO hari tu google, jumpa blog kata Sushi King now dah halal. So baru la berani cuba. Selama ni makan sushi murah beli kat pasaraya je.. 

Bila dah selalu sangat rasa nak buat sendiri je sushi ni... Maka terhasil lah sushi buatan sendiri di dapur kecik Cik Nad.. HEHEHE Nak resipi ke uols? Tak payah la.. Google je berlambak resipi.. Lebih kurang je sebanrnya...


My 1st attempt. Konon try guna nasi yang tak campur apa-apa. (Takde cuka/garam/gula). Tapi alahai rasa nasi betul lah... Tak berapa kick la.. Tapi dah buat telan aje.. HAHAHHA


My 2nd attempt. Kali ni bahan pon banyak.. So buat betul-betul ikut resipi. Alhamdulillah. Edible & suits my taste bud.. Sedap pulak ! HAHHAHA. 

and the result?





 TAADAAAA !!!








SUSHI GALORE !!!

Paling aku suka bila mama makan, mama kata eh sedap pulak sushi ni.. FYI, mama aku sangat picky.. Dia tak makan benda pelik. Tapi bila buat depan mata dia berani nak cuba dan kata sedap, syukurrrrrrrrrrr.. hehehhehe

Okay itu aje... See you guys next time...

Nota kaki : lepas ni nak cuba resipi apa pulak yer... heheheh



Thank you for reading ~!

Friday, November 8

Emerald Buzz

Asslammualaikum...

I've never realize that this is my passion...  Emerald Buzz... Vitabuzz..

HAHAHA camne tah boleh datang BUZZ tu.. Hihi...

It's about time to share what I've been doing with BUZZ recently... 

Actually I just wanted to share/promote/market my online business... I just started last month.. Alhamdulillah.. Everything went on smoothly (so far). Manage to secured a few customers (2 of them  are my friends. Hihi)

I am such a handbag lovers.. Be it the cheap one or the expensive one. Yang beza expensive tu hanya mampu tengok and drooling over it. HAHHAHA. 

Been meaning to venture into business but no action taken. Sebab tak tau nak business apa since I don't have expertise/creative whatsoever to create something on my own.  Nor did I have any experience doing business or money to start.

To cut a long story short,  After a few months searching luckily I manage to find a supplier so here I am with my online business called EMERALD BUZZ. I came out with that name since EMERALD has been my nick name in virtual world since yearssss ago..  BUZZ pulak, actually I wanted to put BIZZ but somehow I felt BUZZ is much more catchy, no? HAHHAHA Maka lahirlah EMERALD BUZZ... 
I'm still green/newbie/noob in this line.. So many things to learn and I need support from family/friends/followers... So be my supporters by LIKE/FOLLOW my FB PAGE/INSTAGRAM.. Will you guys? HEHEHHE

Just a quick introduction about EMERALD BUZZ. I am actually sell authentic and original branded handbag from Coach/Longchamp/Michael Kors/Marc by Marc Jacobs and so on.. Since  my supplier are all the way from USA & Paris so brand from both country boleh di bawa masuk.Ada yang ready stock tapi kebanyakan nya Pre-order lah.

Soon I might want to bring perfumes.. Just gimme time.. HEHEHHE..

So let's follow/like EMERALD BUZZ ! Kalau uols bukan jenis pakai handbag mahal/brand takpe uols boleh cuci mata tengok those pretty handbags kan.. No harm done... heheh



Alhamdulillah... As to date 88 likers dah... Most of them are my friends n family ( of course ! they are awesome people !!)


My Instagram.. Senang sikit nak dapat followers dari sini.. Spam celebrity punya IG je.. HAHAH.. But I don't do it often... Nanti orang marah... Most of my customers are IGERS..


Shaklee Vitabuzz /Vitabuzz is also mine. I promote Shaklee Supplement for this page/account. Email me at shakleebuzz@gmail.com for free consultancy and get best price !


Nota kaki :  Semoga Allah memberkati usaha ku ini.. Amin...

Thank you for reading ~!

Wednesday, October 23

Resipi Ala Nando's #NadLilKitchen

Asalammualaikum...
Ya Allah... Sorry lah sangat... Lupa diri sendiri ada blog ! Hihi.. Dok baca blog orang je.. Ntah tetibe rasa takde apa yang interesting untuk di share kan....

Tapi takpe kali ni foodies entry lagi. HAHA. Daku dengan makanan tak dapat dipisahkan. That's explain my kembangness. Sobsss...

So today nak share what did I cooked in #nadlilkitchen
Actually that hashtag been using in my instagram to compile my cooking achievement katanya.


Let's start !

I am so in love with Nando's.. That day teringin sangat nak makan nando's so saja try buat sendiri... walaupun tak sama tapi still ada rasa.. HAHAHA
 


Resipi ni semua hasil google ye.. Ada yang ikut tekak dan bahan yang ade je.. Janji boleh makan... HAHAHA
 
Ayam bakar ala nando's


Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam - dibersihkan
Sos garlic peri-peri nando's - 1/4 - 1/3 cawan (sukatan ikut suka je buat. HAHA)
Perahan dari 1/2biji Lemon (tak buat sebab takde lemon)
Garam &gula secukup rasa
Cara :
Perap ayam dengan semua bahan. Lagi lama lagi bagus.
Bakar ayam sampai masak.
Tuang sos peri-peri di atas ayam semasa menghidang..

* bakar ayam atas dapur gas menggunakan k pemanggang ajaib. Guna api kecil aje.


 *please excuse my feet. HAHAHHA*


Mediterranean Butter Rice 

 


Bahan :
5 cwn beras (1/2 cawan)
5 tbsp mentega ( 3 tbsp juga)
2 mangkuk mix vege (tak letak sebab takde)
2 tsp garam (atau secukupnya)
Cara
Basuh beras dan sukat air seperti memasak nasi biasa. 
Masukkan mentega, mix vege & garam kedalam periuk nasi.
Masak nasi seperti biasa.


Grilled Vege


Bahan :
1 biji lada benggala hijau - didadu kasar
1 biji bawang besar kuning/holland - didadu kasar (tak letak sebab takde)
1 batang lobak merah (saiz sederhana) - hiris kasar (tak letak sebab takde)
1 batang zuccini - hiris kasar (tak letak sebab takde)
beberapa kelopak kobis bunga (tak letak sebab takde)
2-3 tbsp mentega
sedikit serbuk lada putih & lada hitam
garam
cara :
Panaskan mentega dalam non-stick pan. Campurkan semua sayur dan balik-balikkan sehingga agak layu.
Masukkan serbuk lada hitam &lada putih & garam secukupnya.
* Guna pemanggang ajaib tu juga. Dah gaul2 butter &; sayur tu,  tutup kuali tu dan biarkan kejap then last baru letak garam & serbuk lada hitam/putih tu..


That's all for today...

Till next entry...

Nota kaki :  Current obsession --> Sushi !! every 2 weeks mesti makan sushi.. Oh my... NYumss









Thank you for reading ~!

Thursday, July 18

Simple Recipe Nutella Brownies

Assalammualaikum...


Alhamdulillah... Panjang umur maka sempatlah kita berkongsi resipi kali ini. Hihi. 
Ala kalau google pun berambak dah orang lain share resipi ni. Tapi nak jugak share. Hiks. 

Nutella Brownies dengan 3 bahan je. Iye simple sangat korang.

 
*ni 1st attempt buat saiz besar macam muffin. Nanti next time buat kecik-kecik senang sekali ngap ! *

Bahan-bahan nya:-

Sebiji telur
1/2 cawan Nutella (130g)
5 sudu besar tepung (multi purpose atau tepung gandum pon boleh)

Cara-cara membuat:-

1. Pukul telur dengan nutella sehingga sebati. Guna mixer boleh. Guna garfu pon boleh. 
2. Tambah tepung. Gaulkan sampai sebati.
3. Aku tambah choc chip dalam adunan tadi (Ni aku saja tambah)
3. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Ikut oven masing-masing.

Topping atas tu ikut kreativiti masing-masing lah. nampak tak betapa seni nya aku sampai mcm tu sekali decoration nya? HAHA

Dah siap pun. Heee. 

Selamat mencuba !

Nota kaki: I love baking. Tapi yg simple aje. Hahaha. 




Thank you for reading ~!

Tuesday, July 16

Rasulullah is my Doctor, Bacalah !

 Assalammualaikum..

Alhamdulillah... dah hari ke-7 kita berpuasa..

Just nak share.. Hari tu dapat Ramadhan Gift dari agensi. Actually memang tiap-tiap tahun this agency akan bagi Ramadhan Gift which sangat best. Macam last year dapat Ensiklopedia Solat.. A year before that buku pasal solat juga tapi tak ingat tajuk, telekung, sejadah n kain pelikat...
This year pulak dapat  buku Rasulullah is my Doctor, telekung for travel, Kurma Ajwa dan kain pelikat.. Alhamdulillah...

 

Ia buku yang bagus. Aku tengah belajar untuk mengamalkan hidup yang sihat dengan mengamalkan perubatan yang jelas dinyatakan dalam Al-Quran serta sunnah nabi. Yang utama aku boleh lakukan sendiri, Insya-Allah.
 
So now mostly tiap malam before tidur aku selak lah buku Rasulullah is my Doctor ni... 
Of course lah cari tips yang sesuai untuk diaplikasi waktu Ramadhan ni. hiks. Uols mesti boleh agak tips apa kan...

So yeah last week gigih la mencari Lemon & Madu untuk diaplikasikan... Semoga usaha ni berjaya lah hendaknya. Aminnn...

Kat sini aku share sikit ye pasal kebaikan Madu, Lemon & Kayu manis.. nak lebih pergi beli buku tu. Its very informative n practical.... 


Madu dan Jus Lemon
Madu membantu dalam mengurangkan berat badan apabila diminum bersama air suam dan jus lemon.

Resipi : campurkan 2 sudu besar madu dengan segelas Jus Lemon ( jus lemon dibuat sama ada diperah buahnya sehingga airnya keluar ataupun dikisarkan bersama isinya dan dicampurkan madu selepas siap dikisar).
1 – Diminum pada waktu pagi setiap hari. – amalkan sekurang-kurangnya 4 bulan , untuk keputusan lebih baik , 6-8 bulan.  Apabila sudah mencapai berat badan yang disukai , tidak perlu berhenti, boleh diteruskan pengambilan. Ianya akan mengekalkan berat badan pada tahap sihat. (tidak gemuk , tidak pula terlalu kurus)
Madu dan Kayu manis 
 Resipi lain yang berguna adalah serbuk kayu manis bersama madu dan air suam.
Resipi : 1 sudu serbuk kayu manis + 1 sudu madu + 1 cawan kecil air suam , gaulkan biar ianya menjadi sekata.
Minum pada waktu
1 – perut sedang kosong , awal pagi
2 – sejam sebelum makan
3 – malam sekitar sejam sebelum tidur
Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Selamat mencuba...

" Setiap penyakit ada ubatnya, diketahui oleh orang yang berilmu dan tidak diketahui oleh orang yang tidak berilmu kecuali tua dan mati."

Nota kaki : Madu dan kayu manis pon boleh untuk jerawat !



Thank you for reading ~!

Friday, July 12

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :- 

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138) 

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya. 

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari) 

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. 


 

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291) 

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278) 

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sumber :  Zaharuddin.net 

Nota kaki : sama-sama lah kita berusaha untuk mendapat keberkatan-Nya.. 

Thank you for reading ~!

Tuesday, December 11

Movie date Lagenda Budak Setan 2 : Katerina with @Maya_Karin

Assalammualaikum...

Last Friday I was on leave.. it just happen that I won a contest to watch Lagenda Budak Setan 2: Katerina with Maya Karin herself ! Lucky me huh?

She tweeted this at 6.23pm.. Roughly 11 minutes after that baru perasan then cepat-cepat email... Tak sangka I was one of the lucky one.. sebab 11 minutes has passed. Not that I can't afford to buy the tickets. Tapi dapat free and see her face to face, lagi la best kan? HAHAHA.

Sorry bff ! Was planning to watch this with them since we're a fan of lbs...

I supposed to meet her at Full House Cafe for coctail session at 7.30pm. Ingat boleh beramah mesra dengan Katerina but too bad the traffic was very bad that day... On Friday plus with heavy rain- such a perfect combination for traffic congested. Urghhh..

Reached Wangsa Walk sharp 7.30pm and rushing went to maghrib prayer... around 7.50pm baru lah settle.

So amik gambar ni pun jadilah... HAHA.. while waiting for movie start...

Maya was seated 2 row at the back.. Malas pulak nak pergi tempat dia bergambar sebab tak berapa sihat malam tu...

LBS2 review? Biasa saja.. Tak outstanding pon. Sorry Maya ! dahla dapat tiket free tapi komen so-so plak. HAHAHA.. banyak kelemahan yang boleh diperbaiki... tapi sinematografi memang cun especially kat Bhutan... Then OST  Sejati tu boleh tahan best.... Scene Ning dengan Bront tu alahai... tolonglah... very the berlakon nye ! HAHAHA Tapi movie ni memang sama macam novel... Nasib baik...

Another advantage for those yang tengok malam tu lagi, sebab boleh tengok trailer LBS3: Kasyah ! HEHEHE.. tengok trailer LBS3 macam lagi mengancam je.. Tambah pulak ada Ayu Raudhah.. HEHE..
Well just wait and see.. kadang-kadang trailer je lebih...

She's so simple yet beautiful ! Haaa...


Beauty and the beast? 
Arghh ni yang stress bergambar dengan orang cantik.. Aku jadi macam bibik anak 5 je... 
Plus the photographer memang failed ! Ade ke patut amik landscape... patut potrait baru full view... Gelap pulak tu.. Ni pun lepas edit sikit.. Haihhhhhh 

All in all it was a fun night to remember...
Thank you kak Maya for the opportunity ! orang lain beli tilam vono nak dapat tiket. Lucky me join contest twitter je dah dapat.. HEHEH

Balik tu adik aku bawak kereta tak cukup tanah laju sebab nak kejar Maharaja Lawak Mega.. Sampai je, part Jozan dah habis. huh !

Notakaki : 4 hari cuti weekend lepas, 4 hari melepek sbb tak sihat... sobssss

Thank you for reading ~!

Monday, September 3

Oppa Gangnam Style ?

Assalammualaikum...

Have you heard/watch this video ? It such a hype now. Well I haven't. Thanks to my Unifi for the bad service for the past few days cause I can't watch youtube like I used to. Otherwise I might be watching this video too. Sigh. 

So I found a status in fb from unknown pertaining to this song.. I decided to copy and post it here cause it's such an eye opener and a gentle reminder for us as a muslim ;)
 
Pic credit to google image

Hamba Allah :

ok saya telah buat kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" ini. berikut adalah summary berkenaan dengan apa yang saya dapat.

1. gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.

2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.

3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut Saudara Rusydi "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.

4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej Sdr Rusydi berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.

5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.

6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu tarian tak senonoh dan lucah.

8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.

source: FB

wallahualam.. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan...

Nota kaki : I do like k-drama, k-variety shows... but k-pop is really not my cup of tea. so yeah...

Thank you for reading ~!

Monday, July 30

Jovian RTW Collection #Jovianrtw

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, today is 10th day of fasting. Tak lama lagi kita nak sambut raya. baru 10 pertama puasa dah fikir pasal raya. HAHAHA. But I'm sure some of us pun dah ready with Raya preparations. Baju raya, duit raya, perbelanjaan raya, kasut raya, semualah raya... HEHE

So raya kali ini aku invest in something that I couldn't resist! . I'm super glad that I could fit into this Jovian piece. Speaking of baju Raya, I just need to say that I am impressed with Jovian Mandagie's Aviraya Ready To Wear collection. Two thumbs up for all the to die for pieces.

 

Jovita & Jova

Jaida & Jahzara

Janelle & Jaylene

Untuk hasil designer seperti Jovian ni harga macam tu reasonable & affordable la untuk middle income kan...sebab kalau korang pergi tengok baju-baju yang kat luar sana tu pun kadang-kadang harga lebih kurang je dengan #Jovianrtw ni haa

So last Sunday daku bersemangat waja ke FL Jln TAR untuk dapatkan koleksi #Jovianrtw ni. Nak beli dekat Zalora tak confident sebab takut salah saiz. Price macam tu kalau salah saiz menangis jugak la.

Dari 8.20am aku sampai okay. Berdiri depan FL tu.. Makin lama makin ramai yang datang jadi sangat sesak sampai rasa seperti kekurangan oksigen. Tapi dah alang-alang tu teruskan jugak. My 1st time ever buat perangai camni. HAHAHA. Around 9.25am camtu barulah FL bukak, semua meluru masuk macam apa. Everybody were pushing each other. Ada yang jatuh tergolek la, ape la.. Fuh penangan #Jovianrtw !

Sampai kat dalam FL lagi sesak & teruk keadaannya. Semua orang macam jadi gila tolak menolak, grab apa yang ada. Sampai rak baju nak jatuh. Memang tak boleh gerak. Baju jatuh kat bawah bersepah-sepah. Ya Allah aku takut gila masa tu. Rasa macam nak pengsan sebab tersepit, tak boleh gerak lansung ! Tapi aku perhatikan ramai je yang tangan grab jugak mana yang ada, tak hirau keselamatan orang sekeliling. Hurm. Luckily at that time memang aku dah grab dalam tangan #Jahzara yang aku aim tu. Tak sanggup nak bersesak aku decide untuk turun pergi ke Fitting Room. On the way tu aku hampir jatuh then ternampak #Jules kat lantai. Rezeki aku agaknya, terus grab dan dengan susah payah aku berjaya turun. Fuhhhh. I'm sweating like mad !

Masa ini aku dekat fitting room dah. Ramai gila manusia. Perempuan kalau dah dapat shopping macam ni lah gayanya. Menakutkan. HAHAHA. Tapi yang tak best ade jugak lelaki (bf/husband) diorang kot turut sama bersesak-sesak then grab sampai 4-5 pasang sekaligus. Lelaki ape ade hal sesak-sesak ni kan. Kita yang perempuan ni memang takut habis.

 
 Jules


So this is my #Jules & #Jahzara

Tapi kalau lah dekat Zalora ada restock Jova Midnight Blue ni, aku maybe tertewas lagi. HAHAHA. Let's hope they didn't restock ~

to die for ! 


 Ada yang bertanya kenapa this year semua berebut designer collection? My answer would be, first and foremost sebab design tu cantik ! Kalau tak cantik, lantaklah designer apa pon , aku takkan beli. 2nd of course price nya reasonable & affordable... Alhamdulillah ada rezeki lebih dapat beli #Jovianrtw. Kalau ikutkan aku punya gaji bukan banyak mana. Rezeki Ramadhan walaupun seminggu sebelum Ramadhan aku ditimpa musibah. Well tengah single boleh laa beli camni.. HEHE.

Nota kaki : Ramai yang boria raya #Jovianrtw tahun ni... Ada aku kisah.. Baju raya ready made yang lain pun ramai je yang serupa... HAHAHAHA
  
Thank you for reading ~!

Wednesday, July 11

Snapshots of my Instagram Statistic

Assalammualaikum 

 Instagram is one of the must install app for iOS and Android user and statistic is one of my favorite subject during uni. Thus to have a snapshots of my instagram statistic really fun ~!

All snapshots credit to statigram.com 

My IG certificate. The first photo I posted on instagram. At that time I really didn't know what's the purpose of this app. I just install it after I read Tiz Zaqyah's tweet. HAHAHA. 


I followed Ynaa and was followed by my schoolmate, Wahiza..


Here is the real statistic. I've been posted for about 346 pics, and being followed by 236 Igers and been receiving for about 1742 ♥


It looks like Nemok has gained popularity in my IG. Lawan tokey Nemok ni ! Only one my pic in top 5. Specky me.. Do Igers really like me being specky? sobbsss.
HAHAHA


Igers I like most ? HAHAHA. It means I like their pics most.  For nadiamcg & nadnad simply because of their cats piccies, ctdk of course  I'm her fan, yanakhairuddin for her calaqisya, abby abadi for her quote and lynda roslan for her beauty ;))

Nota kaki : I ♥ instagram cause pictures really worth a thousand words !


Thank you for reading ~!

Friday, July 6

Zikir Harian Untuk Hari Jumaat

sumber gambar dari google

Hari Jumaat 
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH 

Fadilatnya : 
Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah

 

Thank you for reading ~!

Tuesday, June 26

Parvo Virus kepada kucing

Assalammualaikum...

Last Sunday bawak Nemok & Lilo ke Mesra Pet Shop Putrajaya sebab budak dua ekor ni flu. Asyik tertunda nak pergi vet sebab takde sapa nak bawak since Boboy dah kat Melaka. Nasib baik lah Sabtu tu aku pergi tanya Ahad vet ada ke tidak. So yeah we went to Mesra Pet Shop on sunday afternoon. Nemok letak dalam carrier, Lilo pulak adik aku pegang je. Masuk je kereta budak 2 ekor tu mula la menjerit macam kena dera. Sakit telinga dengar. Haihhhh.. Nasib baik dekat. Tak sampai 10 minit dah sampai.

Ni kali ke-2 Lilo kat sini.  Timbang berat. Lilo weighed 2.1kg, while Nemok 4.8kg. Oh my patutla berat gila carrier tu. Almost 5kg si Nemok ni ~!!! Then while vet check their condition, chit chat la. Aku sempat story yang Kiki n Pupuk died last month. Vet pun tanya cause of death, bla bla bla. Then baru tau rupanya virus yang menyerang diorang adalah Parvo. Haaa aku suka vet ni dari vet kat Hospital Veterinar UPM tu. Dah la mahal. Bila aku tanya kucing aku sakit apa, dolak dalih. Kan senang kalau cakap Parvo. Boleh aku google. Hurm.

Jadi aku nak share sikit mengenai Virus Parvo ni. Kucing/Anjing memang berisiko untuk kena especially yang belum vaksin.

Parvo virus ataupun sebenarnya dikenali sebagai panleukopenia adalah sejenis virus yang membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ubat yang bersesuaian untuk mengubatinya jika dijangkiti. Malah virus ini pula sangat mudah merebak.

Nama Virus
Ianya terdapat beberapa nama yang dikenali sebagai virus ini adalah merujuk kepada virus yang sama:-
  1. Feline Infectious Enteritis (FIE)
  2. Feline Panleukopenia
  3. Feline Parvovirus
Habitat Virus
Kawasan persekitaran yang tidak bersih yang mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya dan virus ini amat kuat dan daya tahan tinggi serta boleh hidup bertahun. Ianya memerlukan ubat/racun yang kuat untuk menghapuskannya.

Risiko
  • Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yang berumur antara 4 - 16 minggu kerana antibodinya masih lagi lemah ataupun dalam bentuk pembentukan serta juga di waktu ini anak kucing sudah mula putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yang kaya antibodi)
  • Kucing yang tidak pernah divaksinkan ( kucing aku memang belum vaksin.)
Tanda-tandanya
  • Muntah (kiki muntah pagi sebelum dia mati)
  • Cirit-birit (kekuningan, berbau serta berdarah sedikit)
  • Tidak makan (Pupuk, Kiki, Nemok & Lilo)
  • Demam panas melampau (Pupuk, Kiki, Nemok & Lilo)
  • Letih & tidak bermaya (Pupuk, Kiki, Nemok & Lilo)
  • Menjadi kurus (Pupuk) 
Rawatan
Hanya secara klinikal dari vet bertauliah saja yang boleh membantunya tetapi agak tipis juga kerana antibiotik yang diberikan hanya dapat melawan penyakit yang diserang ketika badannya lemah. Virus ini akan menyerang sel darah putihnya yang berfungsi melawan bakteria dan kekurangan sel-sel ini memudahkannya diserang virus lain.

Apa yang perlu dilakukan
Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, semua tempatnya termasuk sangkar, bekas makanan/minuman, kotak pasirnya serta lian-lainnya perlu dibersihkan sekerap mungkin untuk membunuh virus ini.

Bagaimana mencuci untuk membunuh virus ini
Penggunaan klorox dapat membantu membunuh virus ini dan pencuci biasa tidak dapat membantu dan perlulah dicuci sekerap mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalanm jangkahayat yang lama.

Apa yang perlu dilakukan kepada kucing yang dijangkiti
Setelah mendapat rawatan dari vet, kita boleh membantu menguatkannya dengan cara memberi makan setiap hari kerana kucing yang dijangkiti sudah tidak akan makan lagi. Sekiranya suapan yang diberikan berjaya dimakan beberapa hari iaitu dalam 3-5 hari, berkemungkinan ianya akan selamat di samping ubat dari Vet.

Sumber [ SINI ]
Semoga info ni dapat manfaat kita semua yang ada kucing.

Aku suspect pembawa virus ni ialah kucing stray yang selalu datang rumah 2-3 hari sebelum pupuk sakit.  Mama kata kucing tu nampak sakit , then tak lama lepas tu pupuk terus ada simptom-simptom tu. Hurm

Latest pic of my jantung hati. ♥

Hurm kalau aku tau virus ni dari awal, sure aku suruh Kiki & Pupuk warded jugak. Takpelah dah memang ajal. Lepas ni once Nemok & Lilo sihat both of them akan ku vaksin & kasi. Memang nak vaksin dari dulu tapi asyik tertangguh je.  Semoga Nemok & Lilo kuat !! vet cakap both of them are survival.. Alhamdulillah... Nemok & Lilo jugak start makan iams. Boleh pengsan tengok harga iams sebab dua ekor ni kuat makan. Pasni kena catu makan.! HAHAHA

Nota kaki : Better pergi Mesra Pet Shop dari Hospital Veterinar sebab kat hosp cost mahal, vet tak explain betul2. Kat Mesra pet shop pulak  dahlah Vet handsome, siap explain, suggest bagi makanan yang bagus & cara bagi makan ubat yang betul!




Thank you for reading ~!

Wednesday, June 20

Kolej Matrikulasi Melaka

Assalammualaikum

Lamanya tak update blog. Biasalah kemalasan yang melanda. Busy sikit je. HEHE. ada banyak entry dalam draft. Seperti biasa la entry semua bergambar. Bajet orang nak tengok gambar aku sangat la. HAHAHAHA Okay takde apa nak update. 

Just nak share last week aku pergi ke Melaka setelah hampir 6 tahun tak jejak Melaka. Finally ! Tapi kali ni pergi Kolej Matrikulasi Melaka di London Londang. Heee. Sebab musabab aku ke sana sebab adinda ku yang bongsu dapat masuk Matriks yo ! Takde lagi adik beradik @ saudara mara (sebelah mama) yang masuk matriks ! Semua sama ada diploma ( aku le tu) takpun STPM (anak-anak Pak Long). Okay yang lagi kelakar nya, adik aku actually tak apply pon matriks... ooppsss ! Mama tak kasi apply sebab mama nak dia masuk UiTM di hatiku jugak. Jfyi, adik beradik ku memang semua UiTM. Tapi tu la zaman sekarang ramai sangat yang bijak pandai. Adik aku ni failed UPU. Result rayuan UPU pulak sehari selepas daftar matriks which adik aku berjaya dapat offer dari UiTM Segamat. Course Dip Analisa Pelaburan. Kat Matriks course accountancy. Berdasarkan observation aku yang dah pernah ke universiti dan menjadi job seeker beberapa kali, jadi aku menasihati adik ku supaya teruskan kehidupan di Matriks tu. Sebab Accountancy lagi senang nak cari kerja berbanding course yang ditawarkan oleh UiTM. Kalau nak UiTM jugak sila apply 2nd intake. Waaahhh kemain aku kan. HAHAHAHAHA. Okay ape intro banyak sangat ni. Jom la layan gambar yang sempat aku snap tempoh hari.



Kolej kediaman C3

Petang-petang boleh la riadah kat sini. How I miss my Uni time. Those were the days. Walaupun aku bukan kaki sukan. HEHEHE


My bro's room #

Kolej Lelaki C3. Aduhai sampai je terkesima tengok bangunan ni guna batu blok okay. Sekali tengok macam penjara janji pon ada.. Alahai.. kesian... Tapi takpe tempat belajar memang tak payah mewah sangat kan? HAHAHAHA


Locker. Spacious jugak lah. Haruslah aku yang kemas kan sikit ni.


Ni yang aku jelous sebab ada ampaian dalam bilik ! Kenapa la UiTM tak buat camni?? Kan senang sidai baju. Sobss

Me & my youngest bro. Adik yang paling ku sayang. haruslah adik bongsu kan. HEHEHE. Sedih. Sebab dia ni la geng aku layan Kwang Soo kat Running Man, partner aku pergi shopping atau ke mana-mana je. Tak banyak karenah.
Budak dua orang ni rapat. Sebab beza umur setahun. Dah la dua-dua lahir kat pahang. Tapi selalu gaduh. Tup tup hari tu si kakak yang beria-ia nangis. Sampai makcik kat situ tegur, takpelah abang pergi setahun je. Abang? Tu adik la makcik. HAHAHA. memang gene family kakak kecik, adik besar-besar.

Mom & her youngest son. pelik bin ajaib sebab mama tak nangis ! cayalah~!

Okay lah should end here. Entry takde hala tuju. Saja nak update sebab teruja adik dah besar. HAHAHAHA

Nota kaki : Masa shopping barang untuk adik aku hari tu, ada akak tu ingat aku yang masuk matriks. hiks ;p masa kat kolej adik aku tu pun ada makcik tu ingat aku yang masuk matriks jugak. double hiks ;pp

Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...