Wednesday, July 28

E T O N

salam


korang semua ada tak nickname? or kawan-kawan gelar korang ape-ape ke? as for me ade la...
ramai jugak kawan-kawan especially lelaki panggil aku ETON... kenapa yer? jeng jeng jeng !
mengikut kata mereka aku ni ade iras ETON pelakon lama tu... mesti ade yang blur eton mana ni.. zaiton sameon ke? oh no no no ! ni eton yang berlakon bujang lapuk.. couple dgn sudin tu. yang ayu mintak 20sen tu.. tak pon dalam ibu mertuaku die jadi chombi.. heee ;p cube tengok klip kat bawah ni.. ade ke iras aku? huhu. aku pon xtau.. tapi aku layan je la dah dorg panggil camtu... sejak sek lagi dah ade yang cakap muke aku cam die... pastu time dip pon ade, time degree pon.. sampai la kwn kt ofis skang pon ckp....





nota kaki : penah jugak orang kate aku cam wardina, sharifah shahira, cheryl samad... hoho. ape muke aku ni muke campurang dorang sume ke? ahaks ;p musykil aku...

Thank you for reading ~!

Monday, July 26

lebih hangat dari biasa?

salam..

hoho hari ni update lambat sikit... blur aku hari ni la.. pagi tadi lak cam busy sikit wat keje maklumlah colleague aku pegi team building.. pastu da la adik aku pagi-pagi buta lagi dah kene sakit tu. aiyoooo. seriau pulak aku rasa. huhu..

ni pon nak cerita pasal adik aku jugak. asyik cite pasal adik je kan? sebab hidup aku xde cite best. heee ;p well adik aku yg no 3 tu shortlisted pegi audition pencarian dj hot.fm sabtu lepas. dari berape ribu application die antara 80 org yg terpilih. cayalah ! tu la namanye rezeki. tapi berbakat ke dia jadi dj? itu aku pon tak tau. HAHA ;p cuma 1 je aku ni bukan dengar Hot.fm pon sebab aku pendengar setia Era.fm. + mix.fm .. kadang2 je tune to red.fm,hitz.fm & sinar.fm. hot mmg xde dalam list... jadi adakah aku akan bertukar selera sekiranya adik aku berjaya?? we'll see... rasanya tak kot.. tapi nanti kata tak support plak. ceh.

okaylah aku nak get ready untuk balik... pdhal ade 1jam suku lagi b4 balik nih...

nota kaki : esok bonda & ayahnda akan berangakt untuk menunaikan umrah.. semoga semuanya berjalan lancar. to my bestie, xpelah beb. belum sampai masa ko jadi tetamu ALLAH.. sabar ok..
Thank you for reading ~!

Tuesday, July 20

risau

salam

adik aku kena lagi pagi ni kat sekolah! pagi lagi dah kena. teruk betul td masa on the phone dengan mama aku dengar die terjerit-jerit. mama kata die masih menggelupur. adusss. macam mana ni yer? semalam pon masa maghrib die tetibe baca ayat qursi kuat-kuat. means at that point of time die dah rasa something. nasib baik tak jadi apa-apa semalam. katanya kawan die yang kena sama masa camping hari tu tak elok lagi. maybe sebab tu la kot. aku risau sebab 27/7 ni parents aku nk pegi umrah. siapa nak jaga adik aku kalo die kena lagi? uwaaa ;( aku pon bukan la berani sangat kalo takde orang yang lebih tua ni.. silap-silap aku pon boleh terkena dibuatnye. aduhhhhh HELP me~!

YA ALLAH YA TUHANKU
PERMUDAHKANLAH URUSAN KEDUA IBU-BAPAKU KETIKA MENUNAIKAN UMRAH
JAUHILAH ADIK AKU DARI SEGALA MUSIBAH..
KUATKANLAH IMAN NYA
AMIN

* ni entry lanjutan entry INI

nota kaki : tadi terfikir andai kata satu hari ni nanti parents ku takde, semua tanggungjawab jatuh ke bahu ku. mampukah aku memikul nye?

Thank you for reading ~!

Monday, July 19

silent reader

salam.

patutnya nak update pasal movie eclipse. dah ada draf pon. tapi terbantut nampaknya. sebab aku pagi ni asal ade masa lapang curi-curi baca 1 blog ni. very the interesting! a young doctor tapi model juga tak dilupa sangat cute. terus jatuh cinta sama blog dia. now aku dah baca page 7. hebat kan? kebetulan kerja tak byk boleh la jd silent reader. heee ;p

sila klik SINI kalau nak baca jugak okay~

nota kaki : rajin pulak aku update sekarang :)

Thank you for reading ~!

Thursday, July 15

Putrajaya Floria 2010

salam

siapa dah pergi floria ni? start dari lastweek lagi.. sampai ahad ni, 18july...
semalam aku sempat pegi kejap lepas office.. ye la floria ni pon depan ofis aku je. hehe ;p
cantik sgt!! serious...!! daku terpegun,teruja,terkesima!! HAHA ;p ade la beberapa shot yang aku ambil tp lupa nak upload. gambar aku sendiri takde sebab aku sorang je semalam. lagipon aku pergi kejap je. dalam 15 minit. lepas tu hujan lebat pulak! sepanjang floria ni adik ku yang jadi DJ pulak tu. so siapa yang nak kenal adik aku pegi la floria. heee ;p take note, adik aku lelaki yer. muahahaha ;p aku plan nak pergi lagi hari sabtu ni. nak bergambar puas-puas. tapi tak plan nak pergi dengan sape pon. siapa yang nak pergi dengan aku? jom! ni aku ajak betul2. kalo takde org nk pergi dgn aku, aku ikot mak aku je nnti. ngee~ ok lah spt biasa kalo nak tau info lanjut klik SINI

nota kaki : sume event buat depan ofis aku. tapi sekali pon aku tak pergi. wakakaka ;p

Thank you for reading ~!

Tuesday, July 13

Komputer Riba P1 WiMAX 4G

salam
pagi td on the way ke office aku dengar kat radio era berita ni

Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1), syarikat telekomunikasi WiMAX terkemuka dan pertama di Malaysia, memperkenal komputer riba P1 W1MAX-1NSIDE 4G pertama di negara ini pada harga pengenalan serendah 93 peratus daripada harga runcit biasa.


menarik kan? harga pengenalan start dr RM99-RM1499. sgt affordable! kebetulan pulak laptop aku mmg problem.. ni yang rasa nak beli terus ni.. btw laptop boleh treat in ke eh? sebab laptop aku tu baru je 2 tahun. tapi ntah kat mana silap lembap je. hangin je aku.. aku kalo boleh nak beli mini laptop je. senang nak angkut kemana-mana... jom sapa nak teman? hehe ;p


Untuk maklumat lanjut, klik SINI

nota kaki : semua la aku nak beli. laptop la. camera la. hp la. ingt ko kaya sgt ke nadia?? HAHA ;p


Thank you for reading ~!

Monday, July 12

world cup fever !

salam

semalam final world cup 2010. spain vs holland. and spain won ! congrats~ aku tak sokong mana-mana. aku sokong team yang menang je! HAHA ;p actually aku bukan tengok pon world cup ni. tapi masa world cup yg lepas aku tengok sebab aku sokong italy. forza italia~! kenapa italy? sebab adik-adik lelaki ku yg seramai 4 orang tu semua sokong italy. so aku pon join ar. HAHA ;p tp kali ni italy awal-awal dah bungkus. so adik-adik aku pon tak layan sgt world cup. bagus2 boleh aku tgk cite lain. hee ;p tp since semalam aku tido depan tv (kipas dlm bilik rosak. hampeh btol!) so mase adik aku tgk final tu aku ade la terjaga kejap. aku tengok masa tu dah nk dkt minit ke 90. score masih lg 0-0. hebat gak. pastu sambung lak masa tambahan. adik aku da malas nak tengok, die tdo. aku pon same tido. HAHA ;p pagi ni baru tau spain menang~ aku cume nak cakap... walaweh paul the octupus prediction 100% correct wooo~! kalo tuan die lelong si paul ni confirm kaya raya kan !! apa-apa pon kita sebagai Islam jgn terpedaya sgt k. okay tu aje la...

nota kaki : colleague aku MIA hari ni. mesti mc sbb tgk bola smlm! haha ;p

Thank you for reading ~!

Friday, July 9

TGIF


salam

thank GOD its friday coz im not happy here.. here tu refer kpd?? hehe.. tettttt!! mana yang tau tu tau la. i'm not belong here!! pls somebody get me out from here!! or i should do it by myself??
hopefully this weekend aku boleh lupakan semua rasa tak best ni. i know when next week comes im gonna feel like this again!! arghhhh!!
Thank you for reading ~!

Wednesday, July 7

pink!!

salam

hari ni berita keluar perodua baru keluarkan MYvi SE utk perempuan. color pink pulak tuh! oh no.. sgt sweet~ huhu. aku ni bukan la fanatik pink, tapi pink semestinya dalam pilihan ku :) jatuh hati rasa... sapa nak bagi ni pulak sebagai hantaran?? muahahha ;p




nasib baik aku sudah ade CLV (cute little viva) biru ku. kalo tak memang nak rembat~! nanti penuh la kt jalan dgn kereta kaler pink! comel jeeee~~

nota kaki : sape nak beli kereta ni? aku nak tumpang. and nk bergambar. haha ;p

Thank you for reading ~!

Tuesday, July 6

iphone 4g vs Blackberry storm

salam

sejak tengok clip ni aku sudah jatuh cinta sama iphone 4g~smart woooo then aku try la google price kat malaysia.. hurm tak mampu la rasanya. kalau mampu pon aku xsanggup rasanya nak spending banyak tu.. tapi aku suke!! camno ni? adoii. sapa nak bagi hantaran kat aku iphone 4g? jom kawen~! LOL ;p just kiding.



BB storm 2 pon aku suka. oh aku memang dari dulu nak pakai BB. sebelum aku pakai omnia ni lagi. cuma dulu yang membantutkan aku beli BB sebab xde radio. lagipon dulu pegi keje naik LRT so radio wajib ade dlm phone. tapi since now pegi keje naik kete so dlm kete da ade radio kan. lgpon boley beli ipod/mp3 for that. tapi BB camera 3.2MP je. omnia aku 5MP. kalo switch to BB kena beli camera plak. tapi sejak tgk ofismate ni pkai BB aku mmg jatuh hati pd BB especially BB Storm 2!!



tapi lepas tengok video ni aku rasa aku lebih jatuh hati pada iphone!! oh no~~ lagipon adik aku 2 org pakai BB. cam takde la best sangat kot? haha. okay sekarang rasa nak iphone 3gs pon okay~!!

nota kaki : tadi duduk sebelah kwn baru pkai iphone! OMG sgt smart~!! ishhhhh rasa nak g beli sekarang!! nasib baik aku xde credit card. kalo tak dah rembat 1 agaknye. hehe ;)

** autopublish entry. aku pagi ni involve 1 event besar kat office.. PM datang, gabenor datang, KSU, NGO, so n so. kira ramai VVIP & VIP la. protokol day~ hehe ;p



Thank you for reading ~!

Monday, July 5

histeria

assalamualaikum~

wah tajuk kali ni agak menyeramkan. bukan ape sebab baru-baru ni adik aku kene gangguan.. agak teruk jugak. seminggu tak ke sekolah. semalam mama bawa jumpa ustaz lain barulah jin tu dikeluarkan. seminggu tu die jadi penakut sangat. even amik air sembahyang pon kene teman. kesian pon ye jugak. dah la budak tu memang sejak azali penakut, so bile jd macam ni jadi la double penakut!

Definition :

Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.

Cara-cara jin masuk ke tubuh manusia :

Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.

Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.

Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.

Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.


semua info ni aku dapat dari
SINI

apa pon kita kena kuatkan semangat.. percaya pada tuhan.. takut kan tuhan lebih dari segalanya.. InsyaAllah.
sesapa yang ade petua apa-apa sila la share yer. sebab adik aku tu nampak cam belum ok sepenuhnya lagi~


nota kaki : alhamdulillah aku tak pernah kena. walaupon ramai orang sekeliling aku yang kene. nasib baik masa solo camping kat OBS dulu aku selamat...


Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...