Wednesday, February 29

Rina Salleh's Wedding Reception

Assalammualaikum...

Pada 25 Feb 2012 yg lepas aku pergi ke majlis resepsi Rina Salleh ( Juara Gadis Melayu 3). Tak sangka sebenarnya yang Rina sudi invite aku ke majlis beliau. Heee ;) thanks Rina for inviting ! So yeahhh dah dijemput haruslah datang. My 4th time attending virtual friend's wedding ;)

The invitation card - Simple yet sweet :)

Majlis Resepsi ni diadakan dekat Kampung Budaya, Taman Botani Negara or formely known as Bukit Cerakah. Uniknya nak masuk ke Kampung Budaya tu kita kena naik tram ye kawan-kawan.. Jauh dalam 1.4km kot nak ke dalam... 

Garden Wedding ! Cantik kan.. Suka sangat theme ni...

Berseri-seri pengantin ;)
Cantik baju Rina.. I like ! Aaah aku semua benda pasal wedding aku suka. HAHAHA

Tak lama lepas potong kek tu, hujan turun dengan lebatnya.. Alhamdulillah hujan berkat...

Snapshot sewaktu hujan..

Guestbook corner pun cute ! ishhh semua la cute kat sini. HEHE

Kat wedding ni ramai gila muslimah yang cun dan famous ! Serious aku dok melilau mata terpegun tengok tetamu yang datang.. Ada Ika Radiusite, Nadia Bayu, Scha Anggun Zara, Eyqa SugarScarf, Fatin Liyana, Cik Epal, Ain Salam (cantik gila ~!!!) dan ramai lagi... Tapi aku tengok dari jauh je. HAHA. Sebab dah nak balik pun. Segan pun ye nak tegur maklumlah ramai yang kita je kenal orang. Orang tak kenal kita. HEHE. Tapi mana yang aktif Instagram tu kenal la. Rugi pulak rasa. Sobsss T__T

 
Si cantik mata bulat ni pun ada ! Comel gilar.. kecik je... Busy Heliza sebab semua nak bergambar dengan dia.. Heee. Excuse mataku yang nak tertutup tu ye.

Dalam ramai-ramai yang cun tu aku sempat bergambar dengan pengapit ni je.. Cice Uyun yang cun ! Malu rasanya dok sebelah orang cun.. HEHHE

Miss Izah & Me
Thank you yang sebab temankan I pergi wedding ni..

Lastly harus lah ada self-shot ini... heee

All in all wedding ni sangat sweet, meriah dan penuh dengan muslimah.. Ye muslimah. mostly semua bertudung tapi fashionista... 
Gambar dengan pengantin ada. tapi guna OP je. Guna hp tak sempat maklumlah ramai kot yang nak gambar dengan pengantin kan...

To Rina & Afiq,
Selamat Pengantin Baru.. Barakallah.. Semoga perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.. 

Nota kaki :  penuh dengan entry wedding je sekarang ni.. heeee ;p

Thank you for reading ~!

Monday, February 20

My girlfriend's wedding

Assalammualaikum...

Remember my last year entry about me attended my girlfriend's wedding. So here a lil update.
Asyik delay je nak blog pasal ni. Dah 2 bulan kot. Nasib baik newlyweds ni belum pregnant lagi. So takdelah basi sangat entry ni. LOL

I'll just make it a very short entry yet sweet. okay? HAHAHA
Hantaran & Pelamin

We (me & bestie) went to her house for solemnization. Masa kitorang sampai sama dengan pengantin lelaki.
Solemnization nya simple tapi meriah.

Cek mek ni orang Kelantan sebab tu cantik macam Neelofa. eh tetibe. HAHAHA.
So sweet ~ Suka dia punya veil. Cantik sangat...
Oh sila abaikan muka aku yang tak cukup tidur tu...

We stayed at Grand Riverview Hotel. Best ! Sebab bilik besar. HAHAHAHA. After solemnization tu kitorang jalan kaki dari hotel ke KB Mall. Hujan renyai-renyai pun redah je. Sebenarnya tak tau pun mall tu ialah KB Mall. Main redah je..

Reception malam tu of course la di ballroom Grand Riverview Hotel. Theme is Red & White !



Cantik kan?


LDR. Sorang kat KL sorang kat Paris...

My fav shot ~!

Newly weds ~ Oh she bought the wedding dress in Paris.. Cantik kan? I like..

Close up. Suka aku kembang-kembang ni...

Si cantik Eira & si tak berapa cantik Nadea

All in all it was fun journey. Indeed. Sebab aku dah lama sangat tak ke KB tu. Reception yang sangat cantik. Newlyweds yang sentiasa senyum. Happy sangat le tu ! Enjoy sangat sebab the next day berjaya shopping di pasar besar Siti Khadijah ! HAHAHA. So basically that's how I spent my new year's eve....

Okay this is for you darl,

I have to let you know this, you two really look so beautiful together. ;)
I really feel so happy for you two, here's me wishing you all the best of health, happiness and prosperity for your married life. 
Cepat-cepat dapat babies (more than one ye. HAHAHA) okay !

Nota kaki : kalau aku up entry ni ealier it would be more details but since dah 2 bulan tertangguh so cerita sikit-sikit je la. HAHAHHA


Thank you for reading ~!

Thursday, February 16

Lawak Ke Der terbaik dari Jozan !



Assalammualaikum...

Alhamdulillah... Hari tu (11 Februari 2012) aku dapat 2 free tickets from agency untuk tengok show Lawak Ke Der di Istana Budaya. I'm so lucky cause this is my second time to IB where my 1st time dulu pun aku pergi dapat free tickets. Click HERE if you wish to read my entry about my 1st time went there ;)

Initially aku nak decline the offer la tapi bonda kata pergi la bawak my youngest bro coz dia ni memang peminat setia program RL, ML & MLM. Aku pun memang ada rasa nak pergi sebab aku minat gila kat JOZAN okay... HEHEHE..

Lawak Ke Der was totally awesome and entertaining ! It's worth every penny walaupun aku tak keluar duit pun. HAHHAA.Seriously. I was laughing non-stop. Sampai perut cramp dan tak mampu nak gelak. Berbaloi-baloi !

I ♥ JOZAN show the most !! Both of them really complete each other. This duo have a very good chemistry ! Very creative sebab selain melawak, diorang menyanyi, rapping,malah pandai pulak tu memanipulasi keadaan sekeliling (suara penonton dikatakan 'burung-burung berterbangan') dengan dialog-dialog spontan. Mereka juga seperti biasa sangat pandai coverline bila ada yang tersasul atau tak dapat tahan gelak. Banyak kali jugak diorang sama-sama tak tahan gelak dengan lawak/tengok muka masing-masing! Ada sekali Zizan boleh siap tolong coverkan muka Johan lagi.


Nabil pun bagus sebagai pengacara.. entertaining and kelakar !  Harith was so good for being a solo stand up comedian. Aku ingat aku tak gelak tengok dia sebab I never fancy his lawak before. Bagi aku it's too urban but suprisingly I was laughing out loud seeing his performance. CSI Malaysia.. Menari ikut step Nobody !! Cool !! Boboi? Kelakar jugak... Tapi 2nd part tu agak kurang. Or maybe aku yang dah penat gelak agaknya. HAHAHAHA


Aku rasa nanti mesti ada tayangan di astro first. So korang jangan lupa langgan ye. Tak rugi punya. Best gila kalah MLM hari tu....


The closing part. I was seated at the back so this is the best shot yang berjaya diambil.

After the show ade meet the fans session..  Aku? Ada niat jugak nak bergambar tapi memandangkan aku takde poster untuk ditandatangani jadi tak perlu la beratur. So just amik gambar pelawak ni jela.. Focus aku sudah tentu JOZAN ! Hehehe..  Tapi sorry la those photos were taken using my iPhone hence the quality is low. Malam gambar guna iPhone memang tak lawa sangat. Enjoy ~!

Tak dapat amik gambar JOZAN pandang camera sebab aku segan nak panggil. HAHAHA. Tapi serious both of them handsome. Oh melting ;p Wife Johan, Ozlyn pun cantik and she's so supportive. Masuk dalam panggung untuk tengok JOZAN punya performance je. Ada rasa nak bergambar dengan dia tapi dia busy borak dengan manager Zizan.

All in all aku sangat berpuas hati dengan show Lawak Ke Der pada malam tu. . 
Kudos to all of them. ~!


Lastly of course le kena letak gambar syok sendiri tuan empunya blog di derpan cermin ladies room. Typical woman. HEHE
First time guna pashmina. Panas woiii pakai pashmina ni tapi bila masuk panggung okay sikit sebab dalam panggung tu sejuk ya amat !

Nota kaki : I saw Hans Isaac, he's so handsome. Umie Aida was there too. So did Kavita Kaur. But she looks weird - So skinny n tall !


Thank you for reading ~!

Wednesday, February 15

Wordless Wednesday 1/2012


Love at the first sight ♥


Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...