Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan  sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu  bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka  hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku  selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu  lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian :
Pengajaran hadith:
i)  Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan  menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah  mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan  menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu  adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa  bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan  sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii)  Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia  tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi  hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam  segala keadaan. 
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
nota kaki : i used to say like this (mati)  whenever i'm in a deep trouble especially when it comes to work related. but since i found this, will try not to wish for this anymore.  
 



0 thought(s):
Post a Comment