Assalammualaikum..
Alhamdulillah... dah hari ke-7 kita berpuasa..
Just nak share.. Hari tu dapat Ramadhan Gift dari agensi. Actually memang tiap-tiap tahun this agency akan bagi Ramadhan Gift which sangat best. Macam last year dapat Ensiklopedia Solat.. A year before that buku pasal solat juga tapi tak ingat tajuk, telekung, sejadah n kain pelikat...
This year pulak dapat buku Rasulullah is my Doctor, telekung for travel, Kurma Ajwa dan kain pelikat.. Alhamdulillah...

Ia buku yang
bagus. Aku tengah belajar untuk mengamalkan hidup yang sihat dengan
mengamalkan perubatan yang jelas dinyatakan dalam Al-Quran serta sunnah
nabi. Yang utama aku boleh lakukan sendiri, Insya-Allah.
So now mostly tiap malam before tidur aku selak lah buku Rasulullah is my Doctor ni...
Of course lah cari tips yang sesuai untuk diaplikasi waktu Ramadhan ni. hiks. Uols mesti boleh agak tips apa kan...
So yeah last week gigih la mencari Lemon & Madu untuk diaplikasikan... Semoga usaha ni berjaya lah hendaknya. Aminnn...
Kat sini aku share sikit ye pasal kebaikan Madu, Lemon & Kayu manis.. nak lebih pergi beli buku tu. Its very informative n practical....
Madu dan Jus Lemon
Madu membantu dalam mengurangkan berat badan apabila diminum bersama air suam dan jus lemon.
Resipi : campurkan 2 sudu besar madu dengan segelas Jus Lemon ( jus
lemon dibuat sama ada diperah buahnya sehingga airnya keluar ataupun
dikisarkan bersama isinya dan dicampurkan madu selepas siap dikisar).
1 – Diminum pada waktu pagi setiap hari. – amalkan
sekurang-kurangnya 4 bulan , untuk keputusan lebih baik , 6-8 bulan.
Apabila sudah mencapai berat badan yang disukai , tidak perlu berhenti,
boleh diteruskan pengambilan. Ianya akan mengekalkan berat badan pada
tahap sihat. (tidak gemuk , tidak pula terlalu kurus)
Madu dan Kayu manis
Resipi lain yang berguna adalah serbuk kayu manis bersama madu dan air suam.
Resipi : 1 sudu serbuk kayu manis + 1 sudu madu + 1 cawan kecil air suam , gaulkan biar ianya menjadi sekata.
Minum pada waktu
1 – perut sedang kosong , awal pagi
2 – sejam sebelum makan
3 – malam sekitar sejam sebelum tidur
Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk
berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang
tinggi kalori.
Selamat mencuba...
"
Setiap penyakit ada ubatnya, diketahui oleh orang yang berilmu dan
tidak diketahui oleh orang yang tidak berilmu kecuali tua dan mati."
Nota kaki : Madu dan kayu manis pon boleh untuk jerawat !
Thank you for reading ~!