Tuesday, September 20

My weekend

Assalammualaikum...

Weekend lepas sangat lah enjoy sebab cuti 3 hari. Yeaayyy ! Biasalah aktiviti weekend di bulan syawal menghadiri open house & wedding. Alhamdulillah tahun ni banyak invitation. Tapi aku tak dapat pergi semua. Biasalah takde partner susah sikit nak jalan. Hehe.

Jadi mari kita mula dengan aktiviti pada hari Malaysia iaitu 16 Sept 2011 bersamaan 18 syawal 1432H.

Pagi-pagi lagi dah ke Shah Alam menghadiri majlis pernikahan sahabat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah. Aku pernah share story dia di entry ini. Alhamdulillah cepat jugak dia bertemu jodoh yang baru. Majlis yang simple. Takde reception. Selepas selamat dinikahkan just makan-makan di Masjid. Cuma satu aku kurang berkenan dengan kakak dia masa kat majlis ni (ex dorm mate aku dulu). Semua nak harapkan pengantin. Sikap dia suka buli adik dia ni terbawak-bawak sejak zaman sekolah. Adoilaaa.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz Hana sudah bergelar isteri 


Selepas tu terus pergi ke Selayang. Open house pertama. Dia ni kawan masa sekolah. Dari luar apartment ni nampak biasa. Tapi bila masuk dalam dia punya interior design memang lawa. Serba putih. I like ! Makanan pun semua sedap. Alhamdulillah.


Aksi comel di rumah Wahiza. HEHE

Kemudian terus la ke Puchong.. Pergi menziarah bakal BF kawan aku ni.. HAHA.. Aku dah la noob pasal Puchong ni... Dari Selayang sepatutnya masuk highway apa tah terus ke Puchong. Tapi sebab dah terlepas simpang (aku kan rabun mana nampak singboard sgt) so ikut jelah MRR2 & KESAS highway tu.. 
Biasalah traffic jam sikit... Nasib baik sampai...  Apartment ni pun nampak dari luar biasa je.. Tapi besar n 2 tingkat lagi...

Last sekali tu singgah la rumah BFF aku ni.. Cuba bayangkan dari form 2 kami berkawan, baru sekarang aku berpeluang jejak ke dalam bilik beliau! HAHA. finally aku berjaya.. yeaayyy.. Tu pun aku dah baik punya pujuk. wakakaka ;p ala aku bukan nak beraya tumpang solat je pun... Lepak sambil tengok gambar lama masa sekolah.. Oh my aku macam rupa anak orang asli pun ada. Dengan hitam legam... duhhh -_-

17 September 2011/ 19 Syawal 1432H

Sepatutnya aku ada 4 open house hari ni... Tapi aku berjaya pergi satu je.. Ke rumah kawan FSTEP ku, Syiqi di Taman Desa Gemilang Gombak.. Kalau ikutkan aku yang buta jalan ni memang tak sampai la ke rumah syiqi ni kan. Tapi nasib baik aku follow Jep ni.. HEHE.. Jauh juga dan kawasan terpencil...


Antara ramai-ramai ni aku je anak dara okay. Yang lain semua TAKEN ! Syiqi pun tengah tunggu masa untuk deliver second baby..

Tu je la yang aku nak share... Saje nak update blog. HAHA. InsyaAllah this week aku akan berkampung di Seremban pula. Kalau rajin, aku update lagi... daa~

Nota kaki; Esok jamuan raya division ada 2 ekor kambing panggang. walla !

Thank you for reading ~!

2 thought(s):

cik idayu said... Reply To This Comment

ellow...bakal BF sukati ko je kan.... never ever la bespren...

nad said... Reply To This Comment

@cik idayu

oopppsss ! bukan ke?
ala chot... dah ada dpn mata, grab je la ! weks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...