Tuesday, September 6

Kisah hati

Assalammualaikum...

Kisah hati? HEHE.. Kisah hati mengenai kucing... Aku percaya ramai yang dah tau mengenai PETKNODE ni kan.. Betapa kejamnya dan tamaknya manusia.. Sanggup menganiaya kucing yang tak bersalah semata-mata kerana duit. Astagfirullah. Aku tak sanggup nak tengok gambar kucing tu semua. Tiap kali tengok bergenang air mata ni... Tergamak nya mereka T____T
Aku berharap owner PETKNODE tu dikenakan hukuman yang setimpal!

Aku sekeluarga memang sayangkan kucing (kecuali ayah. hehe) Sejak dari tahun 2001 tak pernah rumah takde kucing di rumah. Pernah sampai berpuluh jugak la dalam satu masa. Phewww.. Bukan senang nak jaga. Tapi tak sampai hati nak buang atau bagi orang.. Tapi lama kelamaan kucing makin sikit dan terkawal.. Dan penghujungnya baru-baru ni sejak pindah ke rumah baru hampir semua kucing telah diserahkan kepada keluarga angkat. 

Hanya 3 ekor sahaja yg dijaga seperti dalam entry INI. Tapi tak lama sejak aku publish entry tu, encem & mokk hilang. Sedihnya hanya tuhan yg tahu. Tinggal lah memey seekor.. Disebabkan tak pernah keseorangan maka memey menjadi sangat manja.. Kesian aku tengok.. Dia boring sebab dah takde gang... Tapi tak lama pun... Sebab seminggu sebelum puasa memey dah selamat beranak.. 5 ekor semuanya.. Gigih tau bawak balik kg masa raya baru ni.. Kurung dalam cage sebab semua masih kecik.. Memey sangatlah bising sepanjang perjalanan. Haaaa sebab sayang punya pasal buat tak dengar je la dia mengamuk masa dalam kereta. Cuba bayangkan kalau aku letak di kat petknode tu? Apa yang jadi? oh tidakkkkk.. aku rela dengar memey buat bising dari biar dia terseksa macam tu...

Jom tengok gambar mokk ni. Sebiji rupa mokk yg lama ! geram je tengok sebab kuat tidur. Especially kalau kat atas katil/selimut.




Mokkk  junior



Aku tak boleh tahan tengok kecomelan dia ni !! Geram !!!

Kucing adalah makhluk ciptaan Allah juga.. Sama seperti kita manusia.. Cuma Allah kurniakan kita sebagai manusia akal fikiran. Jadi berfikirlah sebelum bertindak. Hentikalah kekejaman ke atas binatang.

Nota kaki : aku boleh terima kalau ada yang tak suka atau takut kucing. Tapi jangan la kau benci dan seksa kucing tu. Kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w.




- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone
Thank you for reading ~!

0 thought(s):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...