Friday, September 30

(Gambar) malam berinai Nabil & Zira

Assalammualaikum


Dalam stress tunggu ulasan dari agency tak kunjung tiba kat ofis petang tadi aku pun saja lah tengok website Ohbulan ni.. aku suka tengok gambar je... Tup tup tup dah ada gambar majlis malam berinai Nabil & Zira...

wahhh so sweet ! suka aku tengok baju Zira ni.. Simple yet sweet... Less is more kan... Meh aku share 1 gambar yang aku amik dari Ohbulan.com.. Kalau nak tengok yang lain dekat Ohbulan.com la yer...


Nota kaki : Semua perempuan akan jadi sangat cantik bila tiba hari bahagia ! Adakah ku jua begitu? Eceh !

15 : 30 something that I don't leave the house without

day 15 : something that you don't leave the house without

Assalammualaikum...
Ooopsss lama betul tak sambung 30 days challenge ni.. memang tak disiplin sungguh aku ni kan.. sorry la yer. Aku ni moody orangnya.. so update blog pun ikut mood. Disebabkan umur yang tak berapa nak muda so mood aku memang sentiasa berubah-ubah. HAHA.. 

So today's challenge is something that I don't leave house without...

Apa punya challenge daaa... of course ler purse kan... Wajib ke mana saja pergi usung ni... Korang mesti tak penah tgk purse aku kan.. haaa exclusive to my gentle readers je ni.. HAHA... gila. Bukan purse mahal pun... Ala kalau mahal tapi dalam takda duit pun buat ape kan.... Tapi aku punya memang dalam kosong je pun. wakakaka ;p penuh resit dan bil je... Kui3







Selain itu of ocurse la kunci kereta ku ini... Kalau tak camne nak keluar? HAHAHA...






 Nota kaki : Camna kita nak mintak orang bayar hutang eh? Aku agak terdesak ni.. hurmmm

- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone

Wednesday, September 28

Wordless Wednesday #19

I miss you mocat !




Nota kaki : haha gambar agak tak senonoh ni adik aku punya kerja la.

- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone

Tuesday, September 27

Bestie got hitched !

Assalammualaikum...

Tarikh 23 September 2011seorang dari geng setinggi aku sudah bergelar Puan. Alhamdulillah.. Finally... Lamanya tunggu saat ini... Akhirnya kelab single dibubarkan.. HAHA... Jadi kami bertiga (aku,angah & pot) sebagai VVIP berkampung la di Seremban sejak hari Jumaat... Sepatutnya kami sampai sebelum pukul 3.30 memandangkan pasangan mempelai akan bernikah pada 3.30 ptg. Tapi makcik 2 orang ni (referring to angah & pot) baru la time tu nak cari hadiah.. Sudahnya terlepas la kami untuk menyaksikan moment-moment akad nikah itu... Huhu 

Let's pictures do the talking

Tahniah Zue & Badrol 


Malam berinai 


Tekun menghiasi meja pengantin *konon nye*


Geng 4 setinggi.. Who's next? Yeaahhh dah terbau nasi minyak dari kg awah ni... ^_~


 
i. 3 orang VVIP dengan baju uniform yang disponsor oleh mak pengantin...
ii. Bersama ayu yang dah ada 3 anak tapi tetap maintain keding ! ooiii aku jeles !! urgghh >.<


Tak pasal-pasal aku jadi pengapit bidan terjun okay ! Fuhhh berpeluh-peluh dibuatnya... 1st time ever



Buat Zue & suami

Selamat Pengantin Baru
Semoga jodoh kalian kekal bahagia dan diberkati Allah s.w.t
Yang penting, cepat-cepat dapat anak okay !

Last but not least gambar pengapit bidan terjun berangan di mini pelamin.. HEHE



Nota kaki : ramai yg kata aku semakin membesar.. ketahuilah rakan-rakan sekalian.. sememangnye aku berada di tahap paling besar sepanjang aku hidup. sob sob.  T___T

Quote of the day

Assalammualaikum

Lama rasanya tak update blog. Hehe. Biasala lemau sikit. Tak tau nak update apa. Tapi kena cari semangat jugak. Sampai bilalah nak layan lemau tu kan. Nanti ketinggalan.

Jadi sebagai permulaan minggu baru, hari ni aku nak kongsi satu quote.

Quote of the day





 Nota kaki : Counting days to say goodbye... tick tock !

- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone

Wednesday, September 21

Addiction


Why K-drama is so addictive?
Been watching one series after another since last month. 
Started with Lie To Me, City Hunter, My Fair Lady & the latest one is Princess Hours.
>.<
I need to stop ! But how??
-_-

Nota kaki : tidur pun tak teratur sebab layan K-drama !

3rd anniversary


I just realized recently that using twitter for iPhone I can know when I joined twitter. As pic shown above, today mark my 3rd anniversary with twitter. Tak sangka sudah 3 tahun bersama twitter. Aku juga merupakan #16,390,984 to sign up twitter ! Waaahhhh... Tapi lagi best kalau dapat baca balik all my 6k plus tweets ! Ada tak app untuk tu? Nak scroll satu-satu tak larat la plak. HEHE. As to date I have 170 followers and been following 138 twitteres. Kalau nak compare umur twitter ku dengan jumlah followers/tweets memang besar la gap. I'm not that popular la kan.. But who cares yang penting aku antara yang terawal join twitter. Muahahaha ;p 

Nota kaki : Aku joined fb pulak since 2007. I think on Nov kot. 






- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone

Tuesday, September 20

My weekend

Assalammualaikum...

Weekend lepas sangat lah enjoy sebab cuti 3 hari. Yeaayyy ! Biasalah aktiviti weekend di bulan syawal menghadiri open house & wedding. Alhamdulillah tahun ni banyak invitation. Tapi aku tak dapat pergi semua. Biasalah takde partner susah sikit nak jalan. Hehe.

Jadi mari kita mula dengan aktiviti pada hari Malaysia iaitu 16 Sept 2011 bersamaan 18 syawal 1432H.

Pagi-pagi lagi dah ke Shah Alam menghadiri majlis pernikahan sahabat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah. Aku pernah share story dia di entry ini. Alhamdulillah cepat jugak dia bertemu jodoh yang baru. Majlis yang simple. Takde reception. Selepas selamat dinikahkan just makan-makan di Masjid. Cuma satu aku kurang berkenan dengan kakak dia masa kat majlis ni (ex dorm mate aku dulu). Semua nak harapkan pengantin. Sikap dia suka buli adik dia ni terbawak-bawak sejak zaman sekolah. Adoilaaa.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz Hana sudah bergelar isteri 


Selepas tu terus pergi ke Selayang. Open house pertama. Dia ni kawan masa sekolah. Dari luar apartment ni nampak biasa. Tapi bila masuk dalam dia punya interior design memang lawa. Serba putih. I like ! Makanan pun semua sedap. Alhamdulillah.


Aksi comel di rumah Wahiza. HEHE

Kemudian terus la ke Puchong.. Pergi menziarah bakal BF kawan aku ni.. HAHA.. Aku dah la noob pasal Puchong ni... Dari Selayang sepatutnya masuk highway apa tah terus ke Puchong. Tapi sebab dah terlepas simpang (aku kan rabun mana nampak singboard sgt) so ikut jelah MRR2 & KESAS highway tu.. 
Biasalah traffic jam sikit... Nasib baik sampai...  Apartment ni pun nampak dari luar biasa je.. Tapi besar n 2 tingkat lagi...

Last sekali tu singgah la rumah BFF aku ni.. Cuba bayangkan dari form 2 kami berkawan, baru sekarang aku berpeluang jejak ke dalam bilik beliau! HAHA. finally aku berjaya.. yeaayyy.. Tu pun aku dah baik punya pujuk. wakakaka ;p ala aku bukan nak beraya tumpang solat je pun... Lepak sambil tengok gambar lama masa sekolah.. Oh my aku macam rupa anak orang asli pun ada. Dengan hitam legam... duhhh -_-

17 September 2011/ 19 Syawal 1432H

Sepatutnya aku ada 4 open house hari ni... Tapi aku berjaya pergi satu je.. Ke rumah kawan FSTEP ku, Syiqi di Taman Desa Gemilang Gombak.. Kalau ikutkan aku yang buta jalan ni memang tak sampai la ke rumah syiqi ni kan. Tapi nasib baik aku follow Jep ni.. HEHE.. Jauh juga dan kawasan terpencil...


Antara ramai-ramai ni aku je anak dara okay. Yang lain semua TAKEN ! Syiqi pun tengah tunggu masa untuk deliver second baby..

Tu je la yang aku nak share... Saje nak update blog. HAHA. InsyaAllah this week aku akan berkampung di Seremban pula. Kalau rajin, aku update lagi... daa~

Nota kaki; Esok jamuan raya division ada 2 ekor kambing panggang. walla !

Saturday, September 17

Jar of hearts



I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most

I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half-alive
Now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long
Just to feel alright
Remember how to put back
The light in my eyes

I wish I had missed
The first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back you don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Nota kaki : kenapa la lagu ni tak wujud pada tahun 2003? huhu.. This is for you MR ANH. 

Wednesday, September 14

Fantaghiro : The Cave of The Golden Rose


Assalammualaikum...

Korang pernah tengok cerita ni tak? Lama sangat cerita ni.. Punyalah dah lama sampai aku dah tak ingat storyline dia. HAHA. Aku mati-mati ingat cerita ni filem. Sekali series daa... Google balik tengok siap ada 5 seasons kot. Erk. dari 1991-1996..  Apasal aku tak ingat lansung eh? Yang aku ingat nama-nama watak dalam cerita tu je dan yang paling aku ingat Tarabas adalah handsome ! *melting*

Aku ingat dulu ramai guna nickname fantaghiro & tarabas ni... HEHE.. aku pun pernah guna rasanya...
Yang aku ingat scene ramualdo jadi batu, then fantaghiro kena kiss untuk selamatkan dia.. tapi tu pun samar-samar... aaahhh geram bila tak dapat recall ok ! Tapi nasib baik lah sekarang TV9 buat ulang tayang cerita ni.. Setiap malam Ahad pukul 10. Yeaayyy !  

Siapa layan cerita ni jugak? 

*handsome nye.... melting melting... owh *


*ni je yg aku ingat? HAHA*

[Image googled]

Nota kaki : Takde idea nak update apa dah... hurm

Friday, September 9

Eid Mubarak 1432H

Assalammualaikum

Tetiba rasa rajin nak buat entry raya ni... HEHE.. special kot.. Padahal sebelum ni tak pernah buat.. Takpe la. Exclusive untuk sesiapa yang sudi baca... Kat fb pun berapa orang je kawan yang boleh view pic raya aku ni. HEHE.. Aku memang gedik dan bajet artis. Sila muntah ;p

Tapi ni gambar dari iPhone aku je ye. Yang dari DSLR aku malas nak edit bagai... So tak banyak gambar yang boleh aku share.. Okaylah dari takde kan ;)

1 Syawal

Aku berbaju kurung moden warna pink ! Oh my... aku sangat suka baju ni.... Beli bulan April hari tu untuk dinner division.. Tapi tak jadi pakai... So aku melaram la raya ni.. Sebenarnya aku plan tahun ni raya nak pakai warna hijau.. tapi cari punya cari tak jumpa yang berkenan... So for the 1st time la raya aku berbaju pink ! Nasib baik comel ada bunga ros tu.. Suka... ^_~

Pagi raya aku sekeluarga di rumah mak uda, Sungkai... Selepas solat raya, singgah kubur arwah tok, arwah opah dan arwah yop naim (al-fatihah). Then straight to the 1st pit stop, rumah pak long. Kebetulan memang ramai sebab pak long tahun ni je dapat 4 orang cucu sekaligus ! phewww.
Then pergi ke rumah mak pah (kawan mama). Makan pecal yang sangat yummyyyyy ! masa ni kain dah rasa ketat gilos ! HAHA... 

Seterusnya ke rumah maksu.. maka berakhirlah raya pertamaku... Nothing much la raya.. Sama macam tahun sebelumnya...


*my fav shot ! The vain ME*

Fakhri (my bro), Maksu, Damia & me

Kami di pagi raya







2 Syawal
*Me & my mom*

 2 syawal kami sekeluarga ke Tanjung Medan, Sg Besar.. Rumah Pak Ngah ku... Aku pakai jubah yang dibeli di jalan TAR sehari sebelum raya pada harga RM100 sahaja. HAHA. nak jugak mention kan... Senang pakai jubah pergi sana sini. So comfortable ! Lama jugak lepak di rumah pak ngah.. Siap korek kisah cinta sejati Mak uda & Pak uda ku lagi... So sweet la kisah diorang ! Then bermalam di rumah opah (ayah's side) di Pasir Salak... Ada BBQ tapi perut meragam. So tak berapa nak makan. Sob sob.

3 syawal
seperti yang aku cerita dalam entry BURUNG HANTU yg aku sempat ke lata kinjang kan.. Haaa ni lah gambar ku di lata kinjang ! Sempat jugak snap.. Aku sorang je yang datang pakai baju kurung. ^_~
Raya ke-3 ni just berjalan ke rumah opah saudara ku yang sudah berumur 90 ++ & ke rumah mak som je. Malam tu aku, 2 org adik & memey balik ke rumah sudah... Maka berakhir lah raya ku di kampung...
 

Nota kaki : weekend ni start raya kat bandar pulak. yeayyyy























Thursday, September 8

Oh I Love You


I love you, Oh I love you
At any time 
I'm by your side
You're deep in my heart all the time....

Oh I love you, Oh I love you
At any time 
You're the only one I love
If you are not here with me
I can't live even for a day....


 
 
 Nota kaki : My new ring tone ---> I love you -Narsha ( My fair lady OST)

- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone

Wednesday, September 7

Burung hantu

Image googled

Assalammualaikum...

Eh hari tu entry mengenai kucing, ni burung hantu pulak. Adakah aku pencinta haiwan? HEHE.. Aku suka je kalau haiwan tu semua manja...  

Meh nak cerita sikit.. Hari tu raya ke-3 aku berkesempatan pergi ke rumah Mak Som (mak som ni jaga aku sejak aku lahir sampai lah umur aku setahun lebih). Dari tahun lepas mama nak ke rumah mak som ni sebenarnya.. Aku pun tak pernah jumpa mak som. dengar cerita dari mama je selama ni.. Tahun ni baru terlaksana.. Itupun sebenarnya dah putus asa.. cari-cari kat Chenderiang tu tak jumpa, terus lajak ke Lata Kinjang... HEHE.. tapi takdelah aku nak mandi bagai.. Ramai kot.. Tak kuasa... Otw balik tu mama kata jom round sekali lagi... Alhamdulillah jumpa....


Dekat rumah mak som ni la aku jumpa burung hantu ... Haaaa panjangnye intro ! HAHA Burung hantu ni dibela sejak kecil... Sebab dah jinak so burung ni tak dikurung dan tak terbang pun.. Elok je bertenggek... Comel pulak aku rasa.. So tak lepaskan peluang la bergambar.. Walaupun sebenarnya cam takut-takut gak.. First timer la katakan... Padahal bukan burung hantu tu nampak pun...

 So sebab curiosity aku ni agak tinggi maka tanpa berlengah aku terus google mengenai burung hantu ni...  
Jom baca !

Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.

Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betuk-betul di hadapannya.

Meski terlihat menyeramkan, burung hantu bukanlah hantu dan tidak mengganggu manusia.
Burung hantu diberi keistimewaan untuk dapat melihat 100 kali lebih peka daripada manusia.
Berkat keistimewaan itulah ia dapat melihat dan menangkap mangsanya dengan baik di malam hari. Ketika berburu di malam hari, burung hantu tidak akan mengeluarkan suara. 

Burung hantu diberi kemampuan untuk dapat terbang tanpa mengeluarkan bunyi. Hal ini disebabkan sayap burung hantu yang halus seperti kapas. Kemampuan ini tentu saja sangat menguntungkan burung hantu kerana mangsa sasarannya tidak akan mengetahui kedatangannya. Makanya, kita hanya sesekali mendengar suara burung hantu. Biasanya burung hantu akan mengeluarkan bunyi “uhu..”nya apabila telah mendapatkan mangsanya.


Nota kaki : Menantu mak som tu junior aku di SMK dulu.. Muka macam familiar tapi tak boleh nak recall sebab dia free hair.. What a small world !






Tuesday, September 6

Kisah hati

Assalammualaikum...

Kisah hati? HEHE.. Kisah hati mengenai kucing... Aku percaya ramai yang dah tau mengenai PETKNODE ni kan.. Betapa kejamnya dan tamaknya manusia.. Sanggup menganiaya kucing yang tak bersalah semata-mata kerana duit. Astagfirullah. Aku tak sanggup nak tengok gambar kucing tu semua. Tiap kali tengok bergenang air mata ni... Tergamak nya mereka T____T
Aku berharap owner PETKNODE tu dikenakan hukuman yang setimpal!

Aku sekeluarga memang sayangkan kucing (kecuali ayah. hehe) Sejak dari tahun 2001 tak pernah rumah takde kucing di rumah. Pernah sampai berpuluh jugak la dalam satu masa. Phewww.. Bukan senang nak jaga. Tapi tak sampai hati nak buang atau bagi orang.. Tapi lama kelamaan kucing makin sikit dan terkawal.. Dan penghujungnya baru-baru ni sejak pindah ke rumah baru hampir semua kucing telah diserahkan kepada keluarga angkat. 

Hanya 3 ekor sahaja yg dijaga seperti dalam entry INI. Tapi tak lama sejak aku publish entry tu, encem & mokk hilang. Sedihnya hanya tuhan yg tahu. Tinggal lah memey seekor.. Disebabkan tak pernah keseorangan maka memey menjadi sangat manja.. Kesian aku tengok.. Dia boring sebab dah takde gang... Tapi tak lama pun... Sebab seminggu sebelum puasa memey dah selamat beranak.. 5 ekor semuanya.. Gigih tau bawak balik kg masa raya baru ni.. Kurung dalam cage sebab semua masih kecik.. Memey sangatlah bising sepanjang perjalanan. Haaaa sebab sayang punya pasal buat tak dengar je la dia mengamuk masa dalam kereta. Cuba bayangkan kalau aku letak di kat petknode tu? Apa yang jadi? oh tidakkkkk.. aku rela dengar memey buat bising dari biar dia terseksa macam tu...

Jom tengok gambar mokk ni. Sebiji rupa mokk yg lama ! geram je tengok sebab kuat tidur. Especially kalau kat atas katil/selimut.




Mokkk  junior



Aku tak boleh tahan tengok kecomelan dia ni !! Geram !!!

Kucing adalah makhluk ciptaan Allah juga.. Sama seperti kita manusia.. Cuma Allah kurniakan kita sebagai manusia akal fikiran. Jadi berfikirlah sebelum bertindak. Hentikalah kekejaman ke atas binatang.

Nota kaki : aku boleh terima kalau ada yang tak suka atau takut kucing. Tapi jangan la kau benci dan seksa kucing tu. Kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w.




- Posted using BlogPress from Nadea's iPhone