Tuesday, August 31

salam merdeka!



selamat ulang tahun ke-53 Malaysia tanah air ku. semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur!

*I'm proud to be MALAYSIAN*

nota kaki : semepena hari kebangsaan maka template sudah tukar. yay! finally. it took me more than a year to change it. heee ;p

Thank you for reading ~!

Monday, August 30

suasana hari raya

salam

alhamdulillah hari ni dah hari ke 20 puasa... walaupun aku puasa tak cukup pun 20. hehe ;p aku sebenarnya masih belum ada mood raya. ntah. mood tu tak berapa kuat. kalau ade dengar lagu raya kat radio baru rasa, eh dah nak raya! kalau tak aku rasa biasa. abnormal kah aku? hmmm tapi dalam takde mood beraya baju raya dah hantar berbulan-bulan awal kat tailor okay. wakaka ;p

kenapa ye rasa camni? maybe sebab awal puasa hari tu kitorang sekeluarga susah hati pasal adik aku so dah tak rasa macam bulan ramadhan :( lagi satu maybe sebab tak tau nak raya mana? sebab opah aku tak berapa sihat so tak tau la dia balik kg ke tak. tapi dalam tak semangat tu aku apply cuti 5 hari ok. kah3. pastu kad raya pun tak dapat. tahun ni pecah rekod ah 1 kad raya pun tak dapat. (T_T)

okay lah nak stop dulu. aku sebenarnya agak susah hati.. fikir pasal hari rabu ni.. tak semangat je rasa nak ke ofis. aiyoooo

nota kaki : initial plan wanna go iftar with all friends but so far two plans out, 1 went on well and another one coming soon. Hopefully the last plan will go smoothly. amin ;)
Thank you for reading ~!

Friday, August 27

maaf

salam...

hari ni nak berbicara pasal maaf memandangkan hari raya menjelang tiba... maaf ni selalunya sinonim dengan hari raya kan? persoalan di sini macam mana kita tau yang kita dah maafkan seseorang? ye mulut mungkin berkata "aku dah maafkan kau". tetapi betul ke kita maafkan? easier said than done? yesss... aku sendiri pun tak tau... sebab baru-baru ni adalah si dia ni called aku. by the way between me and him was just a history. i thought i have already forgive him but i was wrong! bila dengar je suara dia terus berasap je hati aku!!! padahal aku dah banyak kali kata aku dah maafkan dia. tapi kenapa aku rasa camtu? adakah maaf ku itu sekadar ucapan di mulut saje? i don't know. or is it just a sign that i can forgive but not to forget? i don't have any idea.. aku hanya boleh berdoa pada tuhan agar lembutkan hati ku ini... hati bukan tenteram pun kalau kita marah lama-lama kan?

nota kaki : aku memang cuba amalkan sebelum tidu maafkan semua. tapi tu lah takut itu hanya sekadar ucapan biasa.



Thank you for reading ~!

Nuzul Al-Quran

Hari ini Jumaat 27 Ogos bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

al-QuranPeristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

nota kaki : aku baru je dapat 2 juzuk sepanjang ramadhan ni. nampaknya tak sempat khatam la ;(

Thank you for reading ~!

Thursday, August 26

FJ Benjamin Warehouse Clearance



salam

to all shopaholic out there, lets shop till drop girlssss!! this sale is definately a must.. ! every year i never miss this sales, worth buying... (padahal baru 2tahun pergi 2007 & 2008) masa ni la boleh beli GUESS watches RM200 and below, GUESS shoes RM100++ per pair, etc. 2 years ago my bro bought a GUESS watch RM150 je!! how cool is that? La Senza pon really a good bargain! okaylah nak cakap banyak pun tak guna... nak tau details just clik HERE & read the reviews & decide yourselves ok! sesiapa yang nak pergi, better pergi pagi.. sebab nanti ramai yang beratur ok.. aku maybe pergi sabtu ni. hihi ^_~



nota kaki : memang dah lama tunggu.. tapi sebab nak raya and just bought myself MBMJ watch few weeks ago, so tak boleh nak shops sangat. huhu.


Thank you for reading ~!

Something to ponder

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Aku terbaca satu kisah di blog Zahiruddin Zabidi. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengetahui.

Dua Orang Sahabat Perempuan. Seorang Islam seorang lagi Bukan Islam. Mereka berdua pergi berjumpa dengan seorang ustaz kerana rakan bukan Islam itu tidak mahu memeluk Islam kerana perlu bertudung.

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz. Pada mulanya dia agak keberatan.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur.

nota kaki : a gentle reminder for me & all muslims out there. semoga kita semua peroleh hidayah dari-Nya untuk terus perbaiki diri... amin
Thank you for reading ~!

Restoran Malaysia Negaraku


Salam semua...

siapa pernah makan dekat restoran ni? aku tak penah tau pun kewujudan nya. cuma semalam perasan kat fb kawan ade.

  • Restoran Malaysia Negaraku di Seksyen 7, Shah Alam
  • makan & minum dgn hanya RM2 SAHAJA.
  • Konsep layan diri, pakai tray (mcm asrama), nasi putih + 3,4 lauk, air then lps habis makan - sila basuh tray, cawan sendiri.
  • Syarat : sblm mkn tnjuk IC Msia anda :) Siapa yg rindu nk mkn mcm di asrama boleh dtg. Yg penting RM2 ok je. cam menarik kan konsep restoran ni? unik! suka. gotta try it one day!!
  • sesuai sangat kalau tgh hujung bulan ke pergi sini.. sambil ingat memori di asrama ;))
nota kaki : ishh puasa ni semua kedai makan aku rasa best! hee ^_^

Thank you for reading ~!

Wednesday, August 25

sambung belajar

Salam...

aku sebenarnya rindu sangat nak belajar.. aku akui aku bukan la rajin sangat belajar, tapi aku suka suasana sebagai seorang pelajar.. keinginan untuk sambung belajar tu memang ada cuma belum sampai tahap yang teratas lagi ni. hehe ;p aku serba salah nak sambung ke tak... sebab aku sendiri tak pasti layak ke aku sambung? kedua, aku tak tau aku ni mampu ke belajar lagi? tak berkarat ke otak aku? ketiga, dari mana finance source aku nanti? hutang dengan PTPTN pun banyak lagi. keempat, course apa yang aku nak sambung? kalau ikut minat mungkin ke arah Islamic banking/Finance la kot? kelima, kalau aku berpeluang sambung aku nak sambung dalam negeri atau luar negeri? see semua nya masih kabur-kabur.. ishhhh. padahal adik aku yang buat Law tu pun dah fikir nak sambung... dulu aku pasang niat dah kahwin memang nak buat Master, tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi .. camno ni? HAHA ;p

nota kaki : harap-harap ni bukan lah impian kosong.. aku nak jugak genggam MASTER..

Thank you for reading ~!

jangan sesekali!

salam...

ni aku just nak share dengan semua.. kalau la ade sesiapa yang korang kenal kena sakit macam adik aku, jangan sesekali korang bawak jumpa bomoh ke pawang ke!! diulangi jangan ye! nanti jadi macam kes adik aku.. sebaik-baiknya bawak jumpa ustaz yang bertauliah... lagi satu kadang-kadang ramai jugak yang claim diorang ni ustaz... kena pandai la... kalau masa berubat tu ada yang kena guna tangkal tu, elakkan lah... walaupun dekat tangkal tu ayat quran ke apa... sebab family ku dah terkena... nak buat camna kan. so dari korang terkena ni aku bagitau awal-awal ye. yang penting jangan berhenti ikhtiar.. InsyaAllah dengan izin tuhan semuanya akan baik... adik aku belum pulih sepenuhnya tapi takde la teruk macam awal puasa hari tu.. alhamdulillah...


nota kaki : ustaz dr UIA tu kata kalau nak tau salah satu tanda Lailatul Qadar nanti bila orang yang sakit macam adik aku ni tetiba je elok.. means biasa hari-hari memang tak sedar tapi malam tu nanti die akan sedar sebab masa tu segala jenis makhluk halus yang jahat ni tak mampu nak buat apa-apa sebab malaikat ramai sangat yang turun.... ;))

Thank you for reading ~!

Boleh ke tidak?

salam...

baru-baru ni kan adik aku sakit.. sakit ape? refer to this & this ok? malas nak terang balik. hehe ;p okay berbalik kepada topik asal, disebabkan sejak hari ke-2 puasa sakit nye makin menjadi-jadi dan teruk maka pelbagai cara la kami sekeluarga berusaha mengubati die. dan bermacam-macam ustaz la datang rumah tu... kebetulan masa mula-mula sakit adik aku tengah uzur. so jumpe ustaz yang mula-mula katanya boleh baca ayat quran dengan niat zikir... ok lah kan.. tapi sbb adik aku tak elok lagi so bawak la jumpa ustaz lain pulak. tapi kat ustaz ni die marah adik aku baca ayat kursi. katanye haram baca! aku pon dulu belajar ustazah/ustaz kat sekolah kata haram. tapi ntah kat mana aku dengar plak ada yang kata boleh.. jadi aku sudah confuse.. boleh ke tak boleh???
last sekali ustaz dari UIA yang datang ubatkan adik aku, kata boleh. kalau tak apa kita nak gunakan sebagai pendinding masa uzur kan? betul jugak kan?? so ade sesiapa yang tau sebenar-benarnye? sila lah share ye ;p

nota kaki : nanti aku update pasal sakit adik aku ni. sekarang tak sempat nak karang. sebab panjang lebar cite nye. heee ;D

Thank you for reading ~!

Tuesday, August 24

Mc Donald's halal ke haram?


salam..

semalam tetiba je ayah aku balik dari surau cakap dekat adik aku. "boy, mc donald's haram" aku pon cam terkejut! hah ye ke? dah la kitorang adik beradik regular customer untuk delivery (bila malas masak MC D la jwbnye) aku tanye ayah aku balik. dia kata ceramah kat surau bagitau JAKIM dah tarik balik sijil HALAL dari MC D... betul ke? aku pon tak pasti... kalau betul la JAKIM dah tarik balik, sob sob.. tak dapat la nak makan spicy chicken mcdeluxe lg! favorite tu!! ishhh ;p dah la bulan puasa ni asyik terliur je... tengok page kat FB kata HALAL.. ye ke? adoii confuse betul la... siapa yang tau boleh la share yer..

nota kaki : 1 day b4 puasa aku try GCB. not my taste. Spicy Chicken McDeluxe juga di hati!! heee ;p
Thank you for reading ~!

cerai

salam...

baru-baru ni aku dapat tau yang sorang kawan aku sudah bercerai.. gerun aku dengar. dorang kahwin pon belum sampai 2 tahun dah cerai? MasyaAllah... nasib baik belum ada anak. kalau tak anak yang jadi mangsa... sebab musabab penceraian aku tak pasti sebab sebelum aku dapat tau diorang bercerai aku tengok status kawan aku kat fb ok je. tup tup cerai.. dan tadi aku terbaca blog die, rupanya ex-husband die lafaz cerai melalui sms je. SMS? talak 3 lagi... memang zaman sekarang ni lelaki cepat sangat jatuhkan talak ke? ntah lah. i'm not in their shoes.. aduhhhh. kesian betul. tapi aku nak nasihat pon tak pandai sebab aku bukan nya ada pengalaman... cuma aku cam terfikir biarlah aku kahwin lambat asal jangan jadi cerai berai ni.. tak rela ok.. tapi tu la takdir tuhan.... mintak dijauhkanlah... amin

nota kaki : sahabat, apa yang aku boleh katakan, banyak-banyak bersabar.. everything happens for a reason okay..

Thank you for reading ~!

kau laksana bulan


salam semua..

siapa layan drama ni? hee ;p aku memang suka layan drama tv2. tak tau la kenapa? kawan-kawan suka kata aku ni tah ape-ape tengok tv2. tapi dah suka nak buat camne kan? aku suke tengok drama melayu yang jenis camni. cam sweet je. suka daydreaming pas tengok. HAHA;p
lagi satu aku suke tengok dress up pelakon-pelakon especially kalau yang bertudung.. aku memang suka tengok perempuan cantik dan ayu cam ayu raudhah ni. ooppss aku bukan les okay! hero pon best. zulhuzaimy...! suka sangat ok. tiap kali tengok drama ni aku plak yang senyum lebih-lebih. ngeh3. so sweet & romantic. oh firas!! HAHA ;p btw drama ni adaptasi dari novel. aku tak pernah baca lagi. tapi nak cari la nanti sebab bila baca novel baru lagi feel! drama ni kat tv2 setiap hari isnin pukul 9 mlm. aku rasa dalam 2-3 minggu lagi habisla kot.

sinopsis kau laksana bulan

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"



nota kaki : LBS pon dah start. nak layan tapi aku tak berapa berkenan dengan heroin die. hmmmm.

Thank you for reading ~!

Friday, August 20

Hiatus

Salam..

was thinking to update earlier but didn't have a chance to do so.. last week was really challenging week for me & family. in fact it become more challenging this week. so i guess there is no update at the moment. till we meet again ya readers! happy fasting-20 days to go ;))

nota kaki : masih tak berkesempatan untuk terawikh di surau/masjid. takpe la. yang penting buat kan?

Thank you for reading ~!

Wednesday, August 11

blackberry haram?

salam semua...

hari ni hari pertama puasa.. alhamdulillah.. berkesempatan untuk berpuasa lagi tahun ni..semoga panjang umur kita semua untuk berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan.. amin :)

amacam tajuk entry? hehe ;p saje je bikin gempak.. tapi memang betul pon kan.. sebab dekat UAE & Arab Saudi memang blackberry sudah diharamkan penggunaannya. Malaysia? di Malaysia pulak sedang mengkaji soal penggunaan BlackBerry.... sebab musabab BlackBerry diharamkan adalah sebab BlackBerry guna server sendiri di mana govt tak boleh nak access. macam iphone dan hp lain guna local provider but not BlackBerry. so bahaya la... nasib baik aku tak guna BlackBerry lagi. hehe ;p kesian la kat artis-artis yang paling ramai guna BlackBerry tu.. adik aku 2 orang pakai. kawan-kawan pulak takde la ramai sangat.. so pada sapa yang nak beli BlackBerry tu tunggu dulu... tunggu sampai keputusan dibuat whether BlackBerry ni kena banned atau tidak kat sini okay~

nota kaki : aku cakap dengan adik-adik aku yang kecik semalam pasal ni.. dorang pon bengong tanya balik. HARAM? untuk orang Islam je ke?? dorang ingat HARAM macam HARAM dosa tu.. sebenarnye dalam english kita cakap banned. tapi in Malay aku tak sure apa istilah yang sesuai.. so guna je la HARAM tu. ngeh3.
Thank you for reading ~!

Monday, August 9

my name

salam...

i've been meaning to change my name in FB since long time ago. but i have to admit that i LOVE my nick name Nadea Emerald. there is a reason why i'm using that name combination. as for NADEA i spell it differently cause i want to differentiate me with other nadia (i used to add friends named nadia. hihi) i got the idea from my ex-dorm mate, kak ija ! while for EMERALD, it simply because i love it ;) I have always been attracted to stones and emerald is brightly or richly green, one of the most valuable of all gemstones.. FYI my fave color is green ! so there you go my virtual name- nadea emerald. but the main reason i didn' t use my real name is i want to be invisble to this one particular guy. i don't want him to stalk me. but i just found out that somehow he managed to find me in FB. i guess it's time for me to change my name ! but at the moment i don't have any idea yet. gotta find it soon ! okay that's all for now~ daa ^_^

nota kaki : aku dah tukar nama 2x kat FB hari ni.. 1st changed tu kwn-kwn dok kaitkan aku dgn sorg ni.. so have to change it 2nd time.. ngee~

Thank you for reading ~!

fragile

salam...

i don't know what happen to me.. am i too fragile? feels like wanna cry... feels like wanna disappear from this hectic life~ to whom it may concern, your word made me feel like this ! to you it may be a small matter, but it won't work for me. it matters okay. and i hate the way you saying it. it hurts. terlajak perahu boleh undur, terlajak kata? you might say that that i'm oversensitive, and my answer is yes. when it comes to this issue I AM SENSITIVE. well i don't blame you 100% because it's true. i'm just hoping that the way you saying it would be more berlapik.... cakap berlapik. have you ever heard that?? arghhhh !!

nota kaki : kepada yang tak berkenaan jangan nak terasa okay. sebab aku tau die yang aku maksudkan ni tak baca blog aku.. die tak pernah pon baca.. saje je luah perasaan kat tempat yang die tak boleh baca... kalau die terjumpa pon blog aku ni die takkan tau yang entry ni aku tujukan untuk die.. then what's the point of this entry? ---> untuk puaskan hati sendiri ;(

Thank you for reading ~!

Saturday, August 7

just another late night ramblings

salam.

suddenly this feeling struck me and automatically alarm mode is ON! am just 3 years away to hit 3 series !! okay that's not a big deal. everyone getting older each day right? but what makes me feels like an allien is, almost everyone around me getting engaged, getting married and even some of them changing BF's for like everyweek ! that's scary okay !! HAHA ;p how about me? am not even a step closer to marriage pon. ^_^ To tell you the truth i am not ready physically and mentally to settle down YET. well maybe it's just part of it as the moment am saying this i still haven't found my mr right yet. *sigh* however i believe those married couple when they tie the knot they were not fully prepared too. am i right?? so why should i freak out and make it as an excuse for not to think about marriage seriously?? hmmm only GOD knows what best for me... btw, SOONER OR LATER I AM GETTING MARRIED TOO JUST LIKE YOU GUYS. it just a matter of time. so please stop asking me those killer question, will you? and one more thing, stop calling me a liar whenever i told you that i have no boyfriend. It HURTS when people called you as such okay?

nota kaki : this is just to answer your question; my long lost friend~

Thank you for reading ~!

Friday, August 6

Renungan Bersama # 06

salam... sempena hari Jumaat penghulu segala hari ni jadi aku nak share e-mail yang aku dapat ni... moga dapat manfaat darinya.. amin :)


BETAPA DASYATNYA DOA SEORANG IBU


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
  • Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya


Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka

  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata
  • Membaca quran sehingga menitis air mata
  • Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
  • Anak
  • Ibu
  • Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidur kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pergi mahkamah

  • Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
  • Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
  • Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
  • *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
  • Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
  • “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
  • *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita. Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan.
  • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
  • “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
  • “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
  • *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
  • *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
  • Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
  • Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
  • Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
  • *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
  • *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

  • Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
  1. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
  2. Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
  • Symptom dah terkena saka
  1. Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
  2. Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
  3. Susah nak dapat anak, senang gugur
  4. Ada rasa kelibat orang lalu
  5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

  • Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
  • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah

  • Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
  • Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

  • *** Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
  • Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
nota kaki : rindu la dekat bonda ku.. can't wait for tomorrow~!


Thank you for reading ~!

Thursday, August 5

business lunch

salam.

yes. got a business lunch at 12pm today. but i'm not excited about it. NOT AT ALL. feels like wanna hide somewhere or maybe i should pretend that i didn't know about it. HAHA ;p common nadia, it's for free okay. who dosen't like free food? well to tell the truth it's not about free food and whatnot. it's just it will be a bit awkward to have lunch with my bosses and those bankers. i feel so small. ( memang pon jawatan kau paling kecil kat situ la nadia! ) arghhhh i just hate it. macam rasa nak masuk meeting je. oh meeting again! on 18th got a BIG meeting. i don't want to attend jugakkkk~ oh semua la aku taknak. kalau gitu quitttt je la nadia oiiii. ngee~ okay who wants to attend on behalf of me??? blerghhh

nota kaki : rasa nak lari pon yerrr~

Thank you for reading ~!

Wednesday, August 4

ini boleh mendatangkan marah !

salam

tak tau la makhluk mana yang guna keywords ni.. aku pon sebenarnya tak pasti sama ada die nak cari aku atau tak. yang pasti aku sentap okay ! tau la aku tak sekurus seperti model.. tapi perlu ke guna keyword sebegitu? gggrrrrr !! boleh tak jangan straight sangat? maybe la nampak aku cam tak kisah bila dengar komen tentang berat badan ni tapi sebenarnya dalam hati sentap okay !! dush dush~




nota kaki : uwaaa ;( lg la aku rasa rindu dekat diri aku sendiri 3thn lepas. tsk.

Thank you for reading ~!

rindu

salam semua

mood hari ni cam biasa la... tak berapa betul sikit. hee ;p tak tau la ape nak jadi dengan aku ni. asyik rindu je.. hihi

*rindu suasana belajar dengan kawan-kawan D2 (2008). mana tak rindu sebab masa tu belajar sempoi then tiap-tiap bulan dapat rm2200. ngeh3.

*rindu nak rasa ade butterfly in the stomach. dah lama sangat tak rasa camni..... ! rindu gak nak rasa debar-debar, tak lalu makan bile ingat, etc ! maksudnya rasa rindu nak bercinta. boleh gitu? HAHA ;p

*rindu nak naik LRT sambil baca novel dan observe orang... hee ^_^

*rindu nak solat jemaah dgn kawan-kawan macam masa kat sekolah dulu.. sekarang susah nak solat jemaah kecuali ramadhan~

kesimpulan nya hari ni hari rindu aku. aku rindu semuaaaaaaaaaaa~

nota kaki : okay aku bengong sebenarnya hari ni. lalalalala~

*
Thank you for reading ~!

Monday, August 2

open your eyes

salam...

welcome august ! today is august 2nd means 1 week left before ramadhan.. alhamdulillah.. moga kita semua sempat menyambut ramadhan kali ni.. i'm so excited ! hopefully my tarawikh will be full this time.. amin :)

just wanna share something good...maybe i'm a lil bit outdated cause i believe most of you knew this man way before.... but never mind... who knows ade la sorang dua yang masih tak tau kan?
this man called Maher Zain got really nice voice.. semua lagu dia sangat best dan lirik yang mendalam... i just love it ! jom kita hayati lirik lagu ni.. 1 of my fav song ;)

OPEN YOUR EYES

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

its great you know to have this kind of songs nowadays~ ye la kadang-kadang kita ni lalai.. asyik dengar lagu dari orang putih yang lirik nye kadang-kadang tah ape-ape tu kan... this is good for our soul..thumbs up to maher zain for his initiative !!

nota kaki : 1 malam aku layan lagu die... sangat best... wajib beli album ni! heee ;p

Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...