Thursday, July 18

Simple Recipe Nutella Brownies

Assalammualaikum...


Alhamdulillah... Panjang umur maka sempatlah kita berkongsi resipi kali ini. Hihi. 
Ala kalau google pun berambak dah orang lain share resipi ni. Tapi nak jugak share. Hiks. 

Nutella Brownies dengan 3 bahan je. Iye simple sangat korang.

 
*ni 1st attempt buat saiz besar macam muffin. Nanti next time buat kecik-kecik senang sekali ngap ! *

Bahan-bahan nya:-

Sebiji telur
1/2 cawan Nutella (130g)
5 sudu besar tepung (multi purpose atau tepung gandum pon boleh)

Cara-cara membuat:-

1. Pukul telur dengan nutella sehingga sebati. Guna mixer boleh. Guna garfu pon boleh. 
2. Tambah tepung. Gaulkan sampai sebati.
3. Aku tambah choc chip dalam adunan tadi (Ni aku saja tambah)
3. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Ikut oven masing-masing.

Topping atas tu ikut kreativiti masing-masing lah. nampak tak betapa seni nya aku sampai mcm tu sekali decoration nya? HAHA

Dah siap pun. Heee. 

Selamat mencuba !

Nota kaki: I love baking. Tapi yg simple aje. Hahaha. 




Thank you for reading ~!

Tuesday, July 16

Rasulullah is my Doctor, Bacalah !

 Assalammualaikum..

Alhamdulillah... dah hari ke-7 kita berpuasa..

Just nak share.. Hari tu dapat Ramadhan Gift dari agensi. Actually memang tiap-tiap tahun this agency akan bagi Ramadhan Gift which sangat best. Macam last year dapat Ensiklopedia Solat.. A year before that buku pasal solat juga tapi tak ingat tajuk, telekung, sejadah n kain pelikat...
This year pulak dapat  buku Rasulullah is my Doctor, telekung for travel, Kurma Ajwa dan kain pelikat.. Alhamdulillah...

 

Ia buku yang bagus. Aku tengah belajar untuk mengamalkan hidup yang sihat dengan mengamalkan perubatan yang jelas dinyatakan dalam Al-Quran serta sunnah nabi. Yang utama aku boleh lakukan sendiri, Insya-Allah.
 
So now mostly tiap malam before tidur aku selak lah buku Rasulullah is my Doctor ni... 
Of course lah cari tips yang sesuai untuk diaplikasi waktu Ramadhan ni. hiks. Uols mesti boleh agak tips apa kan...

So yeah last week gigih la mencari Lemon & Madu untuk diaplikasikan... Semoga usaha ni berjaya lah hendaknya. Aminnn...

Kat sini aku share sikit ye pasal kebaikan Madu, Lemon & Kayu manis.. nak lebih pergi beli buku tu. Its very informative n practical.... 


Madu dan Jus Lemon
Madu membantu dalam mengurangkan berat badan apabila diminum bersama air suam dan jus lemon.

Resipi : campurkan 2 sudu besar madu dengan segelas Jus Lemon ( jus lemon dibuat sama ada diperah buahnya sehingga airnya keluar ataupun dikisarkan bersama isinya dan dicampurkan madu selepas siap dikisar).
1 – Diminum pada waktu pagi setiap hari. – amalkan sekurang-kurangnya 4 bulan , untuk keputusan lebih baik , 6-8 bulan.  Apabila sudah mencapai berat badan yang disukai , tidak perlu berhenti, boleh diteruskan pengambilan. Ianya akan mengekalkan berat badan pada tahap sihat. (tidak gemuk , tidak pula terlalu kurus)
Madu dan Kayu manis 
 Resipi lain yang berguna adalah serbuk kayu manis bersama madu dan air suam.
Resipi : 1 sudu serbuk kayu manis + 1 sudu madu + 1 cawan kecil air suam , gaulkan biar ianya menjadi sekata.
Minum pada waktu
1 – perut sedang kosong , awal pagi
2 – sejam sebelum makan
3 – malam sekitar sejam sebelum tidur
Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Selamat mencuba...

" Setiap penyakit ada ubatnya, diketahui oleh orang yang berilmu dan tidak diketahui oleh orang yang tidak berilmu kecuali tua dan mati."

Nota kaki : Madu dan kayu manis pon boleh untuk jerawat !



Thank you for reading ~!

Friday, July 12

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :- 

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138) 

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya. 

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari) 

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. 


 

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291) 

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278) 

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sumber :  Zaharuddin.net 

Nota kaki : sama-sama lah kita berusaha untuk mendapat keberkatan-Nya.. 

Thank you for reading ~!

Tuesday, July 9

Ramadhan Kareem


Marhaban yaa Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. 

Selamat Menunaikan Ibadah puasa




The purpose of Ramadan isn’t to fill our stomachs or even empty them. But to empty our hearts of everything but ALLAH.


Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...