Tuesday, June 26

Parvo Virus kepada kucing

Assalammualaikum...

Last Sunday bawak Nemok & Lilo ke Mesra Pet Shop Putrajaya sebab budak dua ekor ni flu. Asyik tertunda nak pergi vet sebab takde sapa nak bawak since Boboy dah kat Melaka. Nasib baik lah Sabtu tu aku pergi tanya Ahad vet ada ke tidak. So yeah we went to Mesra Pet Shop on sunday afternoon. Nemok letak dalam carrier, Lilo pulak adik aku pegang je. Masuk je kereta budak 2 ekor tu mula la menjerit macam kena dera. Sakit telinga dengar. Haihhhh.. Nasib baik dekat. Tak sampai 10 minit dah sampai.

Ni kali ke-2 Lilo kat sini.  Timbang berat. Lilo weighed 2.1kg, while Nemok 4.8kg. Oh my patutla berat gila carrier tu. Almost 5kg si Nemok ni ~!!! Then while vet check their condition, chit chat la. Aku sempat story yang Kiki n Pupuk died last month. Vet pun tanya cause of death, bla bla bla. Then baru tau rupanya virus yang menyerang diorang adalah Parvo. Haaa aku suka vet ni dari vet kat Hospital Veterinar UPM tu. Dah la mahal. Bila aku tanya kucing aku sakit apa, dolak dalih. Kan senang kalau cakap Parvo. Boleh aku google. Hurm.

Jadi aku nak share sikit mengenai Virus Parvo ni. Kucing/Anjing memang berisiko untuk kena especially yang belum vaksin.

Parvo virus ataupun sebenarnya dikenali sebagai panleukopenia adalah sejenis virus yang membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ubat yang bersesuaian untuk mengubatinya jika dijangkiti. Malah virus ini pula sangat mudah merebak.

Nama Virus
Ianya terdapat beberapa nama yang dikenali sebagai virus ini adalah merujuk kepada virus yang sama:-
  1. Feline Infectious Enteritis (FIE)
  2. Feline Panleukopenia
  3. Feline Parvovirus
Habitat Virus
Kawasan persekitaran yang tidak bersih yang mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya dan virus ini amat kuat dan daya tahan tinggi serta boleh hidup bertahun. Ianya memerlukan ubat/racun yang kuat untuk menghapuskannya.

Risiko
  • Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yang berumur antara 4 - 16 minggu kerana antibodinya masih lagi lemah ataupun dalam bentuk pembentukan serta juga di waktu ini anak kucing sudah mula putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yang kaya antibodi)
  • Kucing yang tidak pernah divaksinkan ( kucing aku memang belum vaksin.)
Tanda-tandanya
  • Muntah (kiki muntah pagi sebelum dia mati)
  • Cirit-birit (kekuningan, berbau serta berdarah sedikit)
  • Tidak makan (Pupuk, Kiki, Nemok & Lilo)
  • Demam panas melampau (Pupuk, Kiki, Nemok & Lilo)
  • Letih & tidak bermaya (Pupuk, Kiki, Nemok & Lilo)
  • Menjadi kurus (Pupuk) 
Rawatan
Hanya secara klinikal dari vet bertauliah saja yang boleh membantunya tetapi agak tipis juga kerana antibiotik yang diberikan hanya dapat melawan penyakit yang diserang ketika badannya lemah. Virus ini akan menyerang sel darah putihnya yang berfungsi melawan bakteria dan kekurangan sel-sel ini memudahkannya diserang virus lain.

Apa yang perlu dilakukan
Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, semua tempatnya termasuk sangkar, bekas makanan/minuman, kotak pasirnya serta lian-lainnya perlu dibersihkan sekerap mungkin untuk membunuh virus ini.

Bagaimana mencuci untuk membunuh virus ini
Penggunaan klorox dapat membantu membunuh virus ini dan pencuci biasa tidak dapat membantu dan perlulah dicuci sekerap mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalanm jangkahayat yang lama.

Apa yang perlu dilakukan kepada kucing yang dijangkiti
Setelah mendapat rawatan dari vet, kita boleh membantu menguatkannya dengan cara memberi makan setiap hari kerana kucing yang dijangkiti sudah tidak akan makan lagi. Sekiranya suapan yang diberikan berjaya dimakan beberapa hari iaitu dalam 3-5 hari, berkemungkinan ianya akan selamat di samping ubat dari Vet.

Sumber [ SINI ]
Semoga info ni dapat manfaat kita semua yang ada kucing.

Aku suspect pembawa virus ni ialah kucing stray yang selalu datang rumah 2-3 hari sebelum pupuk sakit.  Mama kata kucing tu nampak sakit , then tak lama lepas tu pupuk terus ada simptom-simptom tu. Hurm

Latest pic of my jantung hati. ♥

Hurm kalau aku tau virus ni dari awal, sure aku suruh Kiki & Pupuk warded jugak. Takpelah dah memang ajal. Lepas ni once Nemok & Lilo sihat both of them akan ku vaksin & kasi. Memang nak vaksin dari dulu tapi asyik tertangguh je.  Semoga Nemok & Lilo kuat !! vet cakap both of them are survival.. Alhamdulillah... Nemok & Lilo jugak start makan iams. Boleh pengsan tengok harga iams sebab dua ekor ni kuat makan. Pasni kena catu makan.! HAHAHA

Nota kaki : Better pergi Mesra Pet Shop dari Hospital Veterinar sebab kat hosp cost mahal, vet tak explain betul2. Kat Mesra pet shop pulak  dahlah Vet handsome, siap explain, suggest bagi makanan yang bagus & cara bagi makan ubat yang betul!




Thank you for reading ~!

8 thought(s):

Fanatik Kucing said... Reply To This Comment

kucing kami 3 ekor mati sebab parvo ni hujung taun lepas. 2 ekor umur 6 bulan, sekor umur sebulan masa tu. 2 ekor yg umur sebulan survive bersama sekor yg umur 6 bulan. Sedih gila masa tu. yg survive pon tumbesaran dia terbantut sikit. tp 2 ekor mati dkt hospital vet UPM. setakat ni kami rasa layanan mereka still ok.

|wawa| said... Reply To This Comment

Sempat lagi usha vet eh :p

nad said... Reply To This Comment

@Fanatik Kucing

alahai kesiannya... tu la sy pun baru tau psl virus ni. b4 this tak pernah tau sebab kucing2 sy selama ni outdoor. Bila outdoor kucing jd lasak sikit.

layanan hosp vet upm mmg ok cuma sy kesal sbb vet yg rawat kes kucing sy tak inform dgn jelas mengenai virus ni. if I was inform ealier then I would take necessary action.

Takpe lah.. yg penting sekarang dah tau kena vaksin kucing. heee

tq 4 ur comment

nad said... Reply To This Comment

@|wawa|

HEHE sbb kwn pernah ckp kalo nasib baik boleh jumpa vet yg hensem..

kebetulan plak mmg jumpa vet hensem. cuci mata laaa... HAHHA

Unknown said... Reply To This Comment

Slm. Mesra pet shop kat mana ye..kucing sy elise dijangkiti virus parvo dri adik nya ellen..2 3 ary yg lepas ellen mati sb parvo...xsngka elise pun sama di jgkiti; ( elise dh strt lemah n xde selera mkn mcm, sama symptoms mcm ellen sblm ni...apa yg perlu sy buat; ( g vet gov kt cheras tp mcm smbil lewa je.; (

nad said... Reply To This Comment

@Ernie Shamieza Ernie Shamieza

Mesra pet shop putrajaya dkt Presint 15, Dkt dgn mydin...

I feel you... memang sedih tgk kucing kita sakit kan...

Sy xde tips.. sbb ni semua depens pd kucing kita punya kekuatan.. doa byk2 k...

Unknown said... Reply To This Comment

mahal x klu nk check up kt mesra pet shop tu..

Unknown said... Reply To This Comment

mesra pet shop tu klinik vet ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...