Friday, October 14

Kanser Servik – Siapa Patut Tahu?

 Assalammualaikum

Baru je aku discuss dengan geng setinggi pasal kanser servik ni..Aku yang agak noob ni konon semangat nak dapatkan injection ni sebab katanya sebelum kahwin memang (perempuan) memang perlu dapatkan suntikan imunisasi HPV ni. Tapi kawan aku kata cost untuk setiap injection thousand plus ! Dah la kena 3 injection. Oooppsss ! Masa tu terus terkedu.  Since last friday PM tabled budget 2012 aku ada dengar tentang suntikan ni... Waaahhh ini sudah bagus.. Tup tup kebetulan baru-baru ni aku dapat tau friend of my friend ada tanda-tanda penyakit ni.. Baru macam tersedar dari lamunan ! Eh ni tak boleh jadi... memang kena amik suntikan imunisasi jugak sebelum kahwin... Bawah ni aku ada share petikan ucapan PM sewaktu pembentangan budget 2012

Petikan ucapan #belanjawan 2012 item 98 & 99

98.   Pada masa ini, barah pangkal rahim (kanser servik) merupakan barah kedua tertinggi di kalangan wanita Malaysia. Kemajuan sains perubatan telah membolehkan penyakit ini boleh dicegah melalui suntikan imunisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan suntikan imunisasi secara percuma kepada murid perempuan tingkatan 1 di semua sekolah Kerajaan, bantuan Kerjaan, swasta dan Antarabangsa mulai bulan April hingga Mei 2010.

99.   Bagi membolehkan lebih ramai wanita untuk mendapatkan kemudahan imunisasi, Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perancang Keluarga di seluruh negara. Kos imunisasi ini adalah RM150 bagi tiga suntikan.

sumber : www.treasury.gov.my

Jadi apa itu Kanser Servik ye? Aku pun kurang pasti sebenarnya, mungkin kanser ni dah lama wujud tapi baru dapat pendedahan kat Malaysia kot?.. mungkin sekarang wabak Kanser Servik mula menular kat orang ramai di Malaysia. So untuk menjawab persoalan di minda aku pun Google pasal Kanser Servik ni dan info pertama aku dapat adalah file PDF dari Kementerian Kesihatan berkenaan punca-punca dan tanda-tanda gejala Kanser Servik ni.

Untuk maklumat tentang Kanser Servik ni korang boleh download attachment dibawah :-
Sumber http://www.infosihat.gov.my/ : Muatturun (136kb)
Mirror (Mohdzaid.com) : Muatturun (136kb)

Ini adalah antara hasil carian di google

Kanser Servik ni adalah kanser pangkal rahim dimana sel-sel di servik dibawah rahim yang bersambung dengan vagina membiak secara luarbiasa. Ianya boleh terbahagi kepada dua iaitu pada peringkat awal hanya berlaku disekitar servik dan peringkat lewat membiak ke tisu-tisu berhampiran organ tubuh yang lain seperti paru-paru yang merebak melalui sistem aliran darah. Ianya merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara dan di Malaysia senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

Setiap wanita yg telah berkahwin atau telah melakukan hubungan seks mempunyai risiko utk mendapat jangkitan HPV & risiko utk kanser serviks. Risiko ini meningkat jika ada faktor2 seperti pasangan wanita yg mempunyai berbilang pasangan atau pasangan lelakinya mempunyai ramai pasangan wanita.  


Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk mencegah kanser serviks;
  1. Menambahkan ILMU tentang prakanser dan kanser serviks
  2. Menjalani ujian saringan pap smear (ini merupakan kaedah berkesan MENCEGAH kanser serviks)
  3. Mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT seperti senaman dan pemakanan seimbang. Buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak antioksida yang boleh mencegah kanser
  4. Mengelakkan daripada tabiat merokok. Bahan-bahan dalam rokok adalah agen prakanser
  5. Suami yang berkhatan boleh mengurangkan jangkitan virus HPV kepada wanita
  6. Mengamalkan hubungan seks yang sihat dan SELAMAT/SAH. Hubungan seks yang dilakukan secara rambang dan dengan ramai pasangan boleh meningkatkan risiko kanser serviks
  7. Vaksin HPV
 (source)

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Pap smear pertama biasanya dilakukan tiga tahun selepas persetubuhan pertama kali dilakukan. Sesetengah panduan mengesyorkan menjalani Pap smear setiap 2 hingga 3 tahun sementara ada yang mengesyorkan pemeriksaan Pap smear untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks, setiap tahun sehinggalah mencecah umur 30. 

What say you?

Nota kaki : google punya google sekali jumpa satu kisah pesakit kanser servik di SINI

Thank you for reading ~!

2 thought(s):

Lin Che Mat said... Reply To This Comment

Vry informative article nad! Love it!

Muslimah Optimis said... Reply To This Comment

beralihlah kepada pemakaian tuala wanita herba yang diperbuat daripada 100% kapas dan kandungan herbannya dapat membantu merawat masalah sakit puan.

Bagaimana untuk mendapatkan tuala wanita herba ini, boleh hubungi saya di shameera.aima@yahoo.com atau boleh layari LAMAN MUSLIMAH OPTIMIS. TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...