Tuesday, March 1

Berpisah jua

Assalammualaikum


Tajuk nak gempak aje kan? HAHA. Dengan ini aku ingin umumkan secara official bahawa aku tidak lagi tinggal di Kuala Lumpur. Sobs sobs T__T Dah hampir sebulan sebenarnya. Saja gedik tak nak bagitau konon. HEHE. Tapi sampai bila kan nak sorok? aaahh aku tau aku memang poyo dan gedix. Kah kah kah. So aku pindah mana? Jeng Jeng Jeng.... Tak payah la aku bagi alamat pulak kan? Memandangkan ini bukan lah permindahan yang kekal abadi. Ni transit je sebelum berpindah ke area yang 5 minit sahaja ke office.

Motif aku nak rahsia? HEHE. Takde motif pun. Macam ada yang kisah pulak. Nobody cares actually. Saja je sebab aku terlampau sedih. Perpindahan yang memang dijangka sejak July 2010 tapi tertangguh dan finally 05/02/11 hari terakhir kami duduk di situ. T__T Mana tak sedih sebab 10 tahun aku duduk area tu. Walaupun keluarga macam orang nomad (dalam KL je dah pindah 3x) tapi tempat tu paling lama kot. Mama dapat confirmation pasal rumah baru malam Jumaat, then pagi Jumaat pergi tengok. Hari Jumaat tu sambil layan HKLBR untuk ke 18 kali (exaggerate !) sambil mengemas rumah, membungkus,membuang apa yang patut & mendonwload sebanyak mungkin korean drama. HAHA. then on saturday morning, shoot terus pindah !!! Gila cepat kan? No proper goodbye or whatsoever. Takde siapa yang tau pun kecuali jiran terdekat.




Dengan itu selamat tinggal JJ Maluri, LRT Pandan Jaya, view KLCC,  Pejabat Pos Shamelin ( selalu sangat on9 shopping,. ahaks ;p ), dan kawasan sekitar. I'm so gonna miss this place !! Harap satu hari nanti aku dapat duduk area tu balik sebab aku rasa area tu paling best dalam banyak-banyak kawasan Kuala Lumpur. 

Maka selepas ini aku akan jadi pengunjung setia JJ Cheras Selatan & JJ Bandar Mahkota Cheras. huhu. Tapi JJ Maluri tetap di hati. HAHA. poyo betul aku. Boleh agak kan aku duduk mana? Baru perasan dekat jugak dengan rumah beberapa blogger terkenal. Mana tau boleh jumpa ! heee ;p Ok dulu aku duduk di Cheras, Kuala Lumpur, but now is Cheras, Selangor. Poskod tukar weh dari 56100 ke 43100. Awkward rasanya.

Whatever la asalkan duduk dengan family cukup buat aku happy. Cuma sekarang tak berapa nak happy sebab mocat dah 6 hari hilang. T__T

Okaylah better stop sekarang before aku melalut lagi banyak... toodles !

nota kaki : Yang bikin aku panas sekarang, streamyx tak pasang lagi. dah almost 2weeks kot aku apply. Hampas betul.
Thank you for reading ~!

2 thought(s):

|wawa| said... Reply To This Comment

ooo..ni yg akak ckp kt entry lpas ek..

nad said... Reply To This Comment

@wawa

haah... bukan dkt entry lepas. tp dkt twitter.. HEHE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...