Tuesday, August 24

kau laksana bulan


salam semua..

siapa layan drama ni? hee ;p aku memang suka layan drama tv2. tak tau la kenapa? kawan-kawan suka kata aku ni tah ape-ape tengok tv2. tapi dah suka nak buat camne kan? aku suke tengok drama melayu yang jenis camni. cam sweet je. suka daydreaming pas tengok. HAHA;p
lagi satu aku suke tengok dress up pelakon-pelakon especially kalau yang bertudung.. aku memang suka tengok perempuan cantik dan ayu cam ayu raudhah ni. ooppss aku bukan les okay! hero pon best. zulhuzaimy...! suka sangat ok. tiap kali tengok drama ni aku plak yang senyum lebih-lebih. ngeh3. so sweet & romantic. oh firas!! HAHA ;p btw drama ni adaptasi dari novel. aku tak pernah baca lagi. tapi nak cari la nanti sebab bila baca novel baru lagi feel! drama ni kat tv2 setiap hari isnin pukul 9 mlm. aku rasa dalam 2-3 minggu lagi habisla kot.

sinopsis kau laksana bulan

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"



nota kaki : LBS pon dah start. nak layan tapi aku tak berapa berkenan dengan heroin die. hmmmm.

Thank you for reading ~!

2 thought(s):

//angah// said... Reply To This Comment

haaaaaaaaaaa angah suke!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!;)

nad said... Reply To This Comment

ooo suke ye ngah! ni mesti berangan dgn abg aircond skali ni. hehe ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...