assalamualaikum~
wah tajuk kali ni agak menyeramkan. bukan ape sebab baru-baru ni adik aku kene gangguan.. agak teruk jugak. seminggu tak ke sekolah. semalam mama bawa jumpa ustaz lain barulah jin tu dikeluarkan. seminggu tu die jadi penakut sangat. even amik air sembahyang pon kene teman. kesian pon ye jugak. dah la budak tu memang sejak azali penakut, so bile jd macam ni jadi la double penakut!
Definition :Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.
Cara-cara jin masuk ke tubuh manusia :Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.
Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.
Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.
Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.
semua info ni aku dapat dari
SINI
apa pon kita kena kuatkan semangat.. percaya pada tuhan.. takut kan tuhan lebih dari segalanya.. InsyaAllah.
sesapa yang ade petua apa-apa sila la share yer. sebab adik aku tu nampak cam belum ok sepenuhnya lagi~
nota kaki : alhamdulillah aku tak pernah kena. walaupon ramai orang sekeliling aku yang kene. nasib baik masa solo camping kat OBS dulu aku selamat...
Thank you for reading ~!