Friday, January 20

Tahniah Ally Iskandar & Farah Lee !

Assalammualaikum...

Pagi ni Ally Iskandar & Farah Lee akan dinikahkan (mungkin sudah selamat saat aku updat entry ni)..

Tahniah... Aku sebenarnya suka sangat tengok Farah Lee. Comel sangat.. Bertuah Ally. HEHE.. So just saja nak share gambar yang aku tengok dekat OhBulan !



Cantiknya... Baju dia simple tapi cantik... Sukanyaaaaaa ;)


Pictures ccredit to www.ohbulan.com


Cukuplah tu je. Yang lain boleh tengok dekat blog OhBulan! sendiri ya....

Selamat pengantin baru Ally Iskandar & Farah Lee
Semoga bahtera yang dibina ini kekal bahagia... Amin...

Nota kaki : Dulu berangan nak pergi wedding Ally & ex-tunang dia. Sebab ex-tunang dia tu adik ipar abg sepupu aku.. Tapi apakan daya bukan jodoh mereka. HEHE.

Monday, January 16

Page 14 of 366

Assalammualaikum...

Hai rakan-rakan sekalian. Yeah kali ni entry bertajuk page 14 of 366. Apa tu? Hehe. If you guys ada twitter sure akan notice this trending kan? Actually maksudnya hari ke 14 dalam tahun 2012 je. Saja je buat tajuk supaya ada yg tertanya-tanya. HAHA. So page 14 of 366 is equal to 14 January 201 - what my post is all about. 

Me & nemok ~! Nak jugak letak gambar kucing kesayangan ni. HEHE ;p

From Putrajaya to Gombak.
Nak melawat baby Zara Sofia ! Jumpa jugak si comel ni. Mula-mula dia baik je. Kejap org ni dukung. Kejap org ni. Lama jugak la dapat main dengan baby Zara ni. Tapi budak-budak kan lelama rimas la kot. Sian mama Suraya kena pujuk. Hehehe 

Me & baby Zara yang comel ~! Geram tengok lengan n peha yang ketul-ketul tu..


From Gombak to Jln TAR
Mission keluar hari ni sebenarnya nak shopping di Jln TAR. Biasalah hari sabtu ada pasar malam kan, crowded gila.Rimas. Keluar dari pasar pergi ke kedai yang biasa aku beli tudung.
Sudahnya 6 tudung syria ku rembat ! Mission accomplished =D Happy with my purchases. So next  haruslah pergi makan pulak...

Muka tak boleh blah. Taken using my friend's iPhone 4S !

From Jln TAR to SS2
Since dah lama dengar tentang kehebatan Restoran Murni di SS2 ni maka kami pun ke sana. Excited ni. Maklumlah jauh perjalanan nak ke SS2 ni. Thanks to papago sebab memudahkan perjalanan kami.. Sampai sana, aduhhh ramai nya orang...

Nasi Goreng Soft Shell Crab - RM15
Tak suit my taste buds sebab tak cukup pedas ! HEHE Hence I didn't like it.

Kinda excited ! Portion dah la besar...

So yeah.. Of course la tak habis. Nasib baik tak mahal.

Nasi Goreng Blackpaper Steak (kot). Sebab ni kawan aku yang order. HEHE. 
RM18
Not Bad. Steak dia lembut.. Blackpaper dia sedap.. Okaylah. Tak rugi order yang ni

Tu dia.. Air kitorang. Sedap. Mine is Mango Special (kuning)
RM5

Total loss = RM20 je.  Affrodable& reasonable. Sebab Protion besar kan. Boleh pergi lagi kalau berada di kawasan berhampiran la.

So berakhir la journey kami pusing-pusing bandar pada hari tersebut. 
That's conclude my page 14 of 366.
Till then ~!


Nota kaki : Next nak try William pulak.. Siapa nak bawak ?

Monday, January 9

Day 3 : Road Trip to Johor Premium Outlets

Assalammualaikum...

Finally day 3 ! Yeahhhh.. day 3 ni just singgah Johor Premium Outlets (JPO) je... Maklumlah poket dah koyak kat USS semalam. HAHAHA.. Actually before trip ni aku dah register online to be one of the VIP Shopper Club members of JPO. What I need to is just bring the confirmation letter and present it at the Information Center at JPO to receive my VIP Coupon Book. Tapi memandangkan aku ni dah tua atau terlampau excited nak ke USS agaknya, maka terlupa la pasal hal ni.... What a waste !

Senang sangat nak pergi JPO ni sebab dari highway dah nampak signboard. Don't worry memang tak sesat punya la... Kitorang sampai sini agak awal sebab JPO tak bukak pun lagi. HAHA. EXCITED lebih ~! Once open, pergi breakfast dulu... Nak shopping kena guna tenaga yang banyak kan? heheheh ;p


Food court dah bukak, tapi takde apa pun lagi.. sedih sungguh.. dari satu kedai ke kedai yang lain... ada yang nasi belum masak la.. ada yang belum bukak la... haih... tapi foodcourt boleh tahan jugak.. Nice ambience !




Mukaku yang agak lapar... maklumlah balik dari USS malam tu aku tak dinner pun. Sebab penat sangat. Huhu


Pink Jambu.. Anyone? Never heard of it before... Saja snap sebab macam comel je... Coach... tak masuk pun.. Tak mampu la... Nanti sakit hati je tengok !


Erk.. This one lagi lah jauh dari mampu... Mampu bergambar depan kedai je la jawabnya....
Okay ni semua di level bawah...

Jom naik escalator tengok outlet lain di atas

1st outlet that caught my attention... Of course once again hanya mampu bergambar sahaja..

My fav brand ! But too bad I don't have extra money to spend. So aku just jeling-jeling je dalam outlet ni.. Tak boleh nak compare harga la.. Sebab tak tengok betul-betul. Takut terbeli nanti. HEHE


GUESS. Bonia. Michael Kors. Charles & Keith. Okay aku masuk Charles & Keith. Memang tempted nak beli wallet & handbags. Tapi aku tahan fikir it's not necessary. Serious bukan senang nak tahan nafsu wei.. harga, not bad ! Rendah dari outlet kat KL. Memang kalau lama kat situ banyak jugak aku rembat. Fossil pun sale hebat jugak. Especially watches. Rambang mata 0_o

Then lepak kejap. Around 15 minutes duduk and observed orang sekeliling. Ada yang keluar dari outlet penuh tangan dengan paper bags ! daku jelous !! huh.. 

Then intai kejap Levi's outlet.. Aku takdela nak beli jeans.. TAPI... tengok price, a pair of jeans RM119 je terus tempted laaaa ! Terus cari-cari size.. Nasib baik size aku takde. Yang tinggal size besar-besar je. 29 and above. So selamat duit aku... Tapi frust jugak sebenarnya. Sebab tak berjaya menambah koleksi Levi's. Sobssss...

Vincci, Tak best. Tak banyak choice. PDI biasa aje.

In a nutshell, kalau setakat bawak 2-3 ratus tak perlu la ke JPO ye. Sila bawa Credit Card/Cash/Debit Card more than 1k baru berbaloi... HEHE.. Serious aku bored to death on that day sebab takde duit nak melabur. I went out empty handed ~!

Dengan ini berakhirlah road trip untuk 2011. Sekian...

Last but not least let's check it out last pic for today's entry...

Eh? Remember my last entry about USS? haaa ni la gambar ku dengan mamat no 8 yang aku suka tu. Hiks ;p Hari tu kata blur kan.. Ni aku dah edit bagi sharp sikit. Baru nampak rupa. Tapi sikit je la... So siapa hebat sila teka yang mana... HAHAHHA

Nota kaki :  Next is wedding entry ~!

Wednesday, January 4

Day 2 : Road Trip to JB & Universal Studios Singapore

Assalammualaikum...

1st entry in 2012 ! Heeee dua tahun aku habiskan untuk up entry pasal USS ni tau. HAHA. Busy sangat la hujung tahun lepas.. terbawak-bawak sampai tahun ni... Tapi since aku dah tak larat nak buat kerja, aku pun update kejap la... HEHE...
Since aku tak upload gambar kat FB so aku letak banyak sikit dekat sini.. Sila lah tatap... Kalau tak nak tatap sila exit. Sekian, harap maklum.

So here goes my entry for Day 2... As I mentioned in my last entry we took bus from JB to USS. Since bus ni dari tempat lain so agak lambat lah sampai ke Merlin Tower tu... After that check in dekat kastam JB, kena la turun dari bus. Cop passport then jalan kaki cari bus semula... Dekat kastam ni kejap je sebab banyak counter... Then another stop dekat Woodlands Checkpoint... Haaaa dekat sini agak lama sikit beratur. Sebab counter nye sikit.. !

Dari Woodlands Checkpoint ke Sentosa Island ade lah dalam half an hour. Aku siap menguap-nguap lagi.. Hilang excited sebab penat dah beratur lama.. HAHA. orang tua sungguh aku ni... Tapi bila nampak signboard USS, terus semangat semula... ekekekeke ;p

Once there perkara wajib adalah bergambar tanpa ada rasa malu di setiap sudut USS !! HAHA. One of the wajib spot ialah dekat globe UNIVERSAL ni... Disebabkan cuti sekolah so memang penuh la manusia.. Jangan la berangan dapat bergambar sorang kat situ yer....

Aksi-aksi comel kami.. erkkk comel ke? Muahahaha ;p

Nak masuk pun beratur lagi.. Adoi laaa.... punya ramai umat... Masuk sikit yang penting cari schedule ride/game/show sebab tak terlepas Live water show.. Later story pasal tu... Masa mula-mula sampai ni panas terik ! Especially masa dekat Madagascar... Sebab tu tak banyak gambar dekat situ... Terus je pergi ke Far Far Away sebab nak tengok Shrek 3D show....

Far-far away

Memang macam istana.. Lawa....
Shrek 3D show, best !
Tak puas rasa.... Macam real je Shrek, donkey & Fiona dekat depan mata... Degan effect kerusi goyang, air & mcm-mcm lg.. You all kena pergi baru dapat tau best ke tidak ;)

Then terus ke Ancient Egypt... Jauh cross dari Far far away ke Egypt.. We spent most of our time here... Sebab live Water Show dekat The Lost World tu sebelah je.. Show starts at 3.30pm (kot) so pergi sini dulu. Dekat sini ada 2 ride.. Revenge of the mummy & treasure hunters. Tapi aku tak naik dua-dua... revenge of the mummy tu roller coaster ye.. Dalam gelap.. Memang takdela aku nak naik kan... Sebelum tu singgah makan dekat Oasis Spice Cafe.. Since everything is in SG Dollar, so pilih yang paling murah je la... HAHA. Aku pilih Cairo chicken wing.. Sedap je... SGD5.90 kot...

Since dekat Egypt ni lama so dapat la jumpa & bergambar dengan character-character dalam the mummy ni...

Cleopatra tu sangat sexayyyyyy ok ! Tapi badan tough. I like ;p

Then tepat pada masa, kami gerak ke live water show.. Sampai je memang pintu nak dibukak.. great sebab tak lama sangat nak menunggu.... Okay dalam ni ada 2 side of seating... If korang tak nak baju basah sila duduk bahagian atas... Dekat seat tu ada tulis water spalsh or not.. Jangan fikir row tu agak atas tak kena air ye.. Sebab memang diorang akan pastikan semua orang basah... Actually byk lg rides/show tp kitorang tgk watershow ni je..

Watershow ni basically based on the blockbuster film, "Waterworld", witness a tidal wave of death-defying stunts, along with thrills and spills from real explosions of fire and water at this sensational live water show.So diorang berlakon semula... Perghhhh meletup, api bom sana sini.. Memang macam real... best !

Next is Sci-Fi Zone !!
Kat sini la terletak nya rides yang memang aku takkan naik tu.. macam Accelerator &Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON



Too bad tak jumpa 1 character pun dekat Sci-Fi zone ni...
Transformers Ride 3D
Get ready to experience this hyper-realistic 3D thrill ride, right in the middle of all the action in the incredible world of TRANSFORMERS. The fate of humanity hangs in the balance as villainous DECEPTICONS invade NEST Headquarters to steal the ALLSPARK. And you’ve been volunteered to take it to safety and save our planet! Race through the city, zipping through subway tunnels, down city streets and across high-rise rooftops, hanging on for dear life. Join OPTIMUS PRIME and the AUTOBOTS as you become a freedom fighter in the ultimate 3D battle against the forces of evil.
Terbaik ! Serious ride ni best.. errr walaupun aku ada pejam mata sebab gayat. HAHAHAHA.. Fyi, aku memang seorang yg gayat... No way la aku nak naik roller coaster tu semua. Aku naik kat fun fair pun mengucap sejuta kali.. Tapi sebab aku dah terberatur untuk transformers ride ni aku pun naik la... Sebenarnya bukan la apa pun. Cuma skrin gambar tu macam real sbb 3D kan...Robot-robot tu real mcm depan mata kita.. Siap jatuh bangunan bagai... Berpusing-pusing.. Fuhhhh memang aku gayat la kejap.. Tapi best ! Puas hati. Recommended untuk naik ride ni kalau pergi USS ~!!

New York City
Feel the spirit and energy of America’s biggest and grandest city as you stroll along the sidewalks and enjoy all the classic landmarks. Soak in the impressive city skylines, neon lights, and facades that set the scenes for big city fun and real-time movie production.

Feeling ala-ala Blair Waldroft lepak kat stairs dengan minions.. HAHA. National Library ni memang macam dalam Gossip Girl tu

NYC street

Memang rasa macam kat NYC habis laaa... sempat la tengok dan the rockafellas menari.. Mula-mula tengok dari jauh.. Makin lama makin dekat... HEHE. Dalam hati berkata, eh handsome pulak yang no 8 tu ! Ape lagi haruslah bergambar.. Tapi gambar blur... -_- tu yang tak tepek kat sini..

Next is Lights, Camera. Action!™ Hosted by Steven Spielberg
Be blown away by incredible special effects as an empty soundstage becomes the setting for a Category 5 major hurricane about to hit New York City. As you stand in a boathouse by the harbor, watch how a calm day suddenly turns stormy.

Brace yourself as hurricane-force winds sweep in from the sea and drive a cargo ship and debris towards the boathouse you’re in. Calm soon returns and the damaged boathouse restores itself, all thanks to movie magic.
Hebat ! Canggih ! Tips to you, duduk lane 2-3 sebab ada effect lain.. HEHE

Okay now let's see the character I've met that day...


Me with Betty Boop & Marilyn Monroe and errrr didn't catch her name. Antara 3 tu bagi aku betty boops yang paling comel ! Setiap orang yang bergambar mesti dia suruh pose lain-lain... Comel je. Kalau yg dtg tu couple, haaa siap la dia pose menggoda ok....Yg lain-lain tu biasa je.. Aku punya la tunggu Marilyn Monroe tu... Tapi kureng sebab pose biasa.. Skirt pun tak kembang ! tak feel lansung. HAHAHAH


Me with Po, si kung fu panda ~! Yeayyyyy gebu sangat.. syok peluk woiiii.... Yang sebelah kanan tu my new boyfie ! HAHA. Charlie Chaplin.... setiap orang, pose lain.. Kelakar je tengok aksi-aksi dia ni... Cuma a bit frustated sebab tak dapat gambar dengan Puss in Boots ! Sebab kitorang lepak dekat Madagascar tu sekejap je ;(
Last but not least gambar yours truly berlatang belakang kan H O L L Y W O O D

Nampak tak? HEHE. sebenarnya kat Hollywood ni snow ada turun sekejap. Tapi masa tu aku tengah pening kira duit nak beli souvenir untuk kengkawan kat ofis. So aku just pandang snow tu tanpa ada perasaan nak bergambar. We missed the chance to watch the street shows too !What a waste !

Masa dekat Hollywood ni pun aku jumpa schoolmate aku... Actually memang expect jumpa dia pun sebab tau dia pergi hari yang sama... tak sangka dah nak balik baru jumpa... Happy kejap jumpa rakan senegara di negeri orang... HEHEHE 

Me & Wahiza at H O L L Y WO O D 

All in all, it was a fun trip. Enjoy sangat... Tak rugi lah pergi.... Okay meh aku share berapa bajet

Tune hotel for 3 days 2 night - RM120++
Transportation fro and to JB-USS - RM200
Food - RM50
Souvenir - up to you !

Lebih kurang RM500 dah boleh la pergi USS... Affordable I must say..

Okay I'm done. Next is JPO.... Stay tune !

Nota kaki : This year plan nak pergi lagi USS. HAHAH