duhh hidung asyik berair je. bersin tak henti-henti! tuhan je yang tau betapa tak selesa nya. selera makan pun berkurang. asyik nak tidur 24 jam. badan pun cam panas-panas dah ni. tapi apakan daya ku. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. hehe ye lah. bukan aku yang selsema. aku sore throat je baru. hehe ;p tapi si dia ni haaa....
*mocat*
Apakah simptom atau tanda-tanda menunjukkan kucing anda tidak sihat dan lebih menjurus menunjukkan ia merupakan penyakit pernafasan:
- Bersin yang berulang kali
- Hidung berair (kucing pada normal akan mempunyai hidung berair tetapi tidak akan mengeluarkan cecair hidung yang berlebihan)
- Kedua-dua belah mata berdaki atau mempunyai pengeluaran tahi mata yang berlebihan (Jika kucing anda hanya menunjukkan simptom ini tetapi melibatkan sebelah sahaja mata, ia mungkin tanda kucing anda mengalami penyakit mata sahaja)
- Batuk (hakikatnya kucing tidak akan selalu batuk jika sihat)
- Ulser pada bahagian dalam mulut atau hidung (jika terdapat bahagian yang bengkak, merah dan agak panas)
- Demam
- Hidung tersumbat (Anda akan mendapati kucing anda berbunyi kuat ketika cuba bernafas dan bunyi tersebut seperti keluar dari kerongkong)
nota kaki ; kesian betul aku tengok. lemah je.. alahai sayu hati ini.... mocat, get well soon dear! kucing lain semua dah sihat. tinggal mocat je masih selsema...
Virus selesema pada kucen boleh merebak pada manusia tak? Suruhla kucen u selesema dengan bertanggungjawab, tutup hidung dan mulut kalau bersih, elakkan dari kucen len dan pemilik dia kena jangkitan lak. Jangkitan selesema boleh dielak jika individu yang selesema tu bertanggungjawab tak sebarkan virus merata masa tak sihat.
ReplyDeleteThank you for ur concern. :)
ReplyDelete