Saturday, November 6

I love Bandung Part 3

SALAM....

Kampung Daun

sebelum dinner kami pergi ke FO yang lain seperti branded outlet dan secret. aku suka secret. cantik dan banyak selection. tapi aku tak sempat membeli belah sebab frust battery camero flat! dua-dua DSLR pun battery flat! duhhh. stress sekejap! mana tak stress sebab malam tu kami akan ke kampung daun untuk dinner. luckily member lain punya camera still ade. tapi shot tak secantik kalau guna DSLR. duh bingung! Kampung daun ni pun wajib untuk pergi sekiranya ke bandung. sangat cantik dan nyaman. bak kata my darling eira kalau ada yang propose her kat situ, she'll definitely say yes! hehe ;) it is indescribable lah tempat ni. tu pun kitorang datang malam. kalau siang confirm lagi cantik! food wise, okay. sedap je. price pun takdelah mahal sangat compare kat Malaysia sebab kalau kat sini bila restaurant tu high class sikit price mesti melambung tinggi. huhu.

group photo di signage kampung daun

such a lovely place to dine in

aksi kami di kampung daun
Kawah putih

keesokan harinya kami melawat Kawah Putih, tempat shooting fiLem my Heart tau ni. SubhanAllah, itu perkara pertama aku sebut. Indahnya alam ciptaan Tuhan. Kawah gunung berapi yang tak aktif ni sangat-sangat cantik seperti swimming pool dikawasan pergunungan. Lebih cantik dari Tengkuban Perahu I must say. Dan juga sangat dingin. Sewaktu berhenti untuk bergambar di signage (wajib!) masing-masing menggigil. Hujan gerimis pulak tu. duhhh nyaman! Perjalanan 2 jam dari bandar Bandung. Jangan risau, perjalannya juga indah sekali, ada sawah padi, kawasan pertanian (orang Sunda), tanaman strawberi dan menikmati suasana kampung. 


on the way to kawah putih

Sampai di puncak kabus agak tebal. can't really see the panorama. Tapi kami teruskan dengan bergambar. Menurut kata Mas Hendro air tasik tu bertukar color bergantung pada kandungan sulfur. kadang-kadang hijau, biru atau putih. Oh ya bau sulfur di sini lagi kuat berbanding di Tengkuban Perahu. Di sini juga tak sesak dan takde yang jual-jual macam kat Tengkuban Perahu. Lagi aman la. Cuma yang ada orang untuk ambil gambar and terus print. Sekeping gambar 10,000rp. Murah! jadi haruslah beli. Mula-mula aku memang pakai shawl sebab serious macam kat oversea I tell you! I'm shivering to death. Lantak la dalam gambar tak cantik pun pakai shawl. Tapi lama kelamaan dah okay sikit. Kabus pun lama kelamaan hilang. Bila kabus hilang, Subhanallah memang beyond words! Memang aku tak boleh nak express kat sini betapa cantik. U have to go there by yourself and see it with your own eyes. It's worth every penny! oh lupa untuk masuk bayar 50,00rp. sama macam di Tengkuban perahu. Gambar maybe tak secantik kalau professional yang capture. semua gambar ni our supir yang tolong tangkap kan ;)

nampak kan bila kabus hilang jadi sangat cantik? i like!! rasa macam nak buat pre-wedding shoot kat sini. jom siapa nak ikut? hehe ;p

1st pic- nampak tak kami berpelukan? sejuk bangat dong!!
2nd pic- semua dah pakai shawl...
3rd pic - okay masa ni dah tak berapa sejuk
4th pic- walaupun tak sejuk angin kuat u all! aku dah macam pregnant sebab baju tu asyik kembung kena tiup angin. huhu

okay done for part 3. I will update the final part soon. tunggu!

nota kaki : ramai pula kenalan aku pergi Bandung minggu ni. Rasa nak ikut je! kitorang pun sudah berkira-kira mau book flight untuk pergi next year. HAHA. kami memang giler. Giler ke Bandung!!

0 thought(s):

Post a Comment