Thursday, September 16

Homemade Laksa


100% made by me =D

salam...

heee hari ni 1st time okay nak blog pasal makanan! yang lagi special makanan ni masakan ku 100%. weewittt~ ni lah makanan kegemaranku, LAKSA! actually memang aku pandai masak laksa dari muda lagi. maksudnya dah lama la. hehe ;p sebab senang sangat la nak masak nye cuma aku takde la masak selalu. aku boleh makan laksa sampai 8x sehari! eh tapi kuah die je la. suka ah hirup kuah die... yummy~ okaylah ni aku nak share cara-cara aku aku masak laksa ni.. ni cara aku... lain orang maybe lain cara...

Bahan-Bahan

ikan pelaling/ikan sardin (aku buat dlm 6 ekor)
cili kering
bawang kecil
asam keping
daum kesum
bunga kantan
belacan
garam


cara-cara

1. mula-mula siang ikan.. buang isi perut dan apa yang patut. jangan buang kepala semua. lepas tu rebus ikan tu dengan asam keping... letak la banyak sikit asam keping...

2. sementara tu boleh la masak/rendam cili kering tu. anggaran aku tak berapa pandai nak cakap. ikut suka la nak pedas ke tak... n tu sekali.... aku siap ade tambah cili padi lagi! nak pedas punya pasal. HAHA

3. blend semua sekali cili kering + bawang kecik + belacan tu sekali....lepas tu ikan yang da siap rebus tu asing kan isi dengan tulang... mula-mula blend isi ikan tu.. lepas tu blend tulang ikan tu pulak. gunakan air ikan sebaik-baiknya untuk kuah yang pekat dan sedap! air rebusan ikan tu jangan dibuang ye. 

4. kemudian campur je semua air rebusan + bahan-bahan yang sudah dikisar + daun kesum + bunga kantan + asam keping + garam secukup rasa... tu sahaja.

senang kan? maka inilah menu ku untuk 2-3 hari ni.. selamat tinggal nasi!

nota kaki : macam orang taktau buat laksa je aku nak blog pasal ni. HAHA


2 comments: