Monday, August 24

random ramblings

salam

camne puasa korang so far? me, went on well. except for today. totally exhausted! tenaga ku dikerah sampai ke titisan akhir. has been working from 9am until 6.15pm without rest. yes. no rest. cume ade pegi solat zohor & asar je. :( *demotivated mode activate*


isk. sangat penat. then my back ache. tak tahan betul. sampai tak larat tarawikh. dah lubang 1. isk. there goes my azam :((

tak larat nak taip sebenarnye. saje je nak tunjuk gambar. dah lama tak tepek gambar kat blog. heh. ni gambar lama. tapi layan je la ek.



*these are the people yang aku tengok hari2. sampai terbawak-bawak dalam mimpi. hahahahah =P*

notakaki: isk. cmne nk diet ni. bile buke mkn tak hengat byk nye!! help help!!


Friday, August 21

Ramadhan Al-Mubarak

Mata kadang salah melihat....

Mulut kadang salah berucap....

Hati kadang salah menduga.....

Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

MARHABAN YAA RAMADHAN


Marhaban ya Ramadhan,

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,

tidur kita menjadi ibadah,

amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,


Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan. Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan


Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, saya mohon maaf lahir dan bathin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan Aminn.

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci membina mengambil masa meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut
Ramadhan .

Maaf Zahir dan Batin


Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.


Sekian, terima kasih, wassalam


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

notakaki: update dr office. so tak leh ler nak ayat2 sgt.. hehe

Sunday, August 16

AHAD

salam


oh oh oh.. tak suka ahad!

sebab hari ahad akan membawa ke hari isnin
sebab hari ahad kene get ready semua untuk kerja..
sebab hari ahad kene gosok baju untuk isnin-jumaat
sebab hari ahad tak boleh tidur lambat
isk.

tapi hari ahad adalah hari relax sepenuhnya..
bangun pagi lambat :D
mandi pagi lambat :D
makan breakfast lambat :D
tengok tv 1 hari :D
baring-baring atas katil lama-lama :D
online satu hari suntuk :D
dan sebagainya..


tapi saya lebih suka hari jumaat & dan sabtu. hehe :D

anda pula bagaimana?

notakaki: semangat nak berbelog nih. tapi takde idea nak update. haha.

summary

salam...

heee.. hari ni baru berkesempatan mengadap laptop lelama.. jadi boleh la buat summary utk minggu ni. haha.

this week adelah minggu yang sangat hectic... giler busy.. pastu banyak pulak kisah sedih yang berlaku sampai la ke malam tadi.. semuanya membuatkan aku berfikir hidup ini sangat singkat..
manusia di beri ujian melalui pelbagai cara.. yang kadang-kadang tak terfikir oleh kita... hmmm


sesungguhnya aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada hari ni... arghhh. tetibe blank.. tak tau nak summary ape. isk.

ramadhan dah dekat.. jadi di kesempatan ini aku nak minta maaf pada semua... semoga ramadhan kali ni dapat kita lalui dengan jayanya.. amin...

okay lah aku dah betul-betul buntu. tak tau nak taip ape. entry ni memang betul-betul kosong. harap maaf yer semua. sila click x di sebelah atas untuk tutup blog yang tiada hala tuju ini. harap maklum.


notakaki : sedih tak hilang lagi.. terkejut pun yer bila dapat berita semalam... semoga semuanya baik-baik sahaja ye kawanku! amin :)




pergi tak kembali

salam....


yer.. aku tau entry ni agak lambat.. tapi ntah hati ni masih lagi rasa sedih... kenapa sedih sangat ye? ntah.. maybe sebab the day it happen, aku tak tau... tak tau la hari tu kebetulan busy sangat di ofis sampai tak sempat nak baca paper online. then hari tu pulak aku mengada-ngada dengar hitz.fm for the whole day. biasa tukar-tukar jugak, era-hitz. huh. then balik keje biasa la lambat lepas tu terus tertido.. ye betul.. terus tertido dengan tak mandi, tak basuh muka, tak online fb and semua la tak buat. giler penat. tido baik punya sampai ke subuh keesokan harinye. giler terok!! isk :(

then on the way ke office baru perasan muka depan metro ada berita kehilangan beliau.. masa tu tak sempat nak baca sebab nak naik train.. sampai office kelam kabut terus on pc, baca paper online.... oh sedihnye :( tak tau la.. aku rasa pemergian beliau meninggalkan kesan. tambah pulak nak puasa ni.. tapi sesedih aku, sedih lagi keluarga beliau... takziah buat keluarga ustaz asri.. sesungguhnya die pergi tak kembali... al fatihah...

mari kita hayati lirik lagu ni..

pergi tak kembali..

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Monday, August 10

sawang situ sana sini

salam...


heee.. sawang penuh blog ni.. ishhhhh.. sorry guys... lama tak update. excuse biasa, been busy, malas, takde mood dan sebagainye. hehe. tapi memang betul sejak baik dari demam tu nad busy sangat.. plus kat office banyak keje. sebab officemate ade yang cuti la, mc la.. this week pon same. keje pon jadi banyak la kan. haih :( so memang tak dapat la nak online sangat. nanti la nad try update lagi.. proper update ok.. ni pun sebenarnya sangat-sangat penat... nak tido.. but my body refuse to shut down. isk.

btw, kawan-kawan semua jaga diri k..


notakaki: pagi tadi 1st time & last pakai mask. serious, rasa lemas sampai macam nak pitam. sampai office terus sakit kepala. is it me yang ngada-ngada or memang mask tu yang problem?
hmmmmm :((



Wednesday, August 5

tonsilitis


salam semua...

hurmmm... hari ni hari ke-2 i mc. start demam hari isnin.. pagi tu kat ofis dah start batuk.. tapi tak teruk sangat. tapi kat ofis so damn cold! giler!! tak tahan betul. pastu balik keje lambat. biasa la kan. da malam sikit. sampai umah terus solat, masa amik wudhu' masa tu dah gigil-gigil sejuk. giler tak tahan. masa solat pun gigil-gigil. sah memang tak sihat! pas solat terus tido. pastu kul 10 mama masuk bilik, then mama rasa badan, die kata panas sangat dah badan i ni. huh. teruk ke demam ku ini? kataku di dalam hati. eh bermonolog pulak. hehe. tapi i ni degil konon kuat tak nak pegi klinik. cet. pastu tetibe baru teringat masa kat ofis sempat baca kosmo, seorang lagi budak meninggal sebab H1N1. tetibe rasa takut la plak. so dalam kul 10.50 tu terus ajak ayah pegi klinik. mase ni dah lemah 1 badan rasa. slumber je pegi klinik pakai pyjamas yang paras lutut + seluar khakis + sweater.. minah indon pun takde selekeh cenggini. haih. takde makne nak dress up pulak. nak berdiri pun tak larat.

sampai klinik, sume orang pandang. btw, ramai pulak kat klinik time tu. tapi kenapa semua orang pandang? macam la aku peduli. tengah sakit kan so just ignore je la. tak kuasa nak layan.
jumpe doc, check & all. my temperature agak tinggi doc kata. then my tonsil bengkak. sebab tu la demam. ish. selalu betul tonsil ni bengkak tau. doc pesan jangan minum ais & makan benda berminyak. makan sup aje. sekali doc tu bagi ubat bukan main banyak. siap ubat batuk & selsema. padahal aku demam je.

so semalam adalah hari melepek. takde buat ape melainkan tido. giler down betul memang tak larat buat ape. mase tgh hari tu just makan kerak nasi sikit, wat alas perut sebab nak makan ubat. then dozzed off sampai ke maghrib. then pas maghrib cam ok sikit, makan la sup ayam + nasi sikit, makan ubat, update status kt fb (haha. ni pun sempat lg) then sambung tido sampai la ke subuh tadi...

bangun pagi tadi rasa, eh demam da kebah. tapi sakit lain pulak. rasa sakit-sakit badan and kepala rasa berat sangat. solat subuh pun macam nak tumbang rasa. ape kes pulak ni. isk. sudahnye mc lagi la. pegi klinik lagi. check punye check, doc kata tonsil ku da ade putih-putih. apekah itu?? die kata macam ulser.. pulak dah. so kali ni die kena bagi ubat lagi kuat. ubat hisap semalam tak cukup kuat katanya. nasib baik due-due ubat untuk tonsil ni sedap. i loike!! hehe ;) haih tonsil ni... macam-macam la. last year pun macam ni gak. tapi lagi teruk sebab tonsil i sampai bernanah and 3 hari mc. isk :( patut la rasa kelat je...


*huh.. lebih kurang camtu la tonsil i agaknye. *


tapi lepas makan ubat lunch tadi, makan sup lagi, rasa okey da.. cume still rasa kelat sikit. dah boring rasa, nak buat keje lain rasa cam still lemah tu yang google pasal tonsil ni... tengok-tengok gambar pasal tonsil kat google images ni. rasa macam nak attach gambar tonsilitis yang real punye tapi takut korang geli nak tengok pulak nanti. so sesapa yang nak tengok camne keadaan tonsilitis ni or nak tau dengan lebih lanjut pasal ni sile tanya pakcik google ye.

apepun harap-harap esok i da segar bugar untuk ke ofis. i nak keje la. cukup la 2 hari dok umah..
kesian kat my office mate buatkan keje i.. owh prihatin nye daku. hehe

ok lah.... sekian sahaja untuk laporan kesihatan kali ni...
sehingga bertemu di lain masa...

wassalam.