Tuesday, December 22

Shop with brain ladies !

Salam

Hi uols... if uols pernah came accross entry sebelum ni pasal shopback.. Tak pernah? alahai uols meh akak nak story sikit...

Since next year 2016 ekonomi agak menakutkan so why don't we find a way untuk berjimat.. Shop with brain uols !!! Apa yang best nya shopping trough shopback ni adalah shopping sambil berjimat. yes, you heard me ! Shopping then dapat cashback balik.. bukan kah sangat best? Takdelah rasa bersalah sangat bila shopping tu. HAHAHA... Walaupun cashback amount tak banyak tapi tetap duit uols.. Biar je dalam akaun tu.. Cukup masa redeem... Daripada uols shopping buta-buta je kan.. No harm done !

Meh akak copy balik entry sebelum ni biar uols faham sikit apa itu shopback okay? Btw just want to update now lagi banyak website dah collaborate dengan shopback ni.. Fashionvalet, poplook ! jom layan...



16 April 2015

Holla online shoppers ! This is for you. Uols pernah dengar pasal ShopBack? Apa ShopBack tu?

Cashback is really just "getting cash back" - when you spend online through ShopBack, we give you a portion of your purchase back as cash!


Wow... don't you ladies lovessss this ? For online chronic shopaholic like me, I definitely love this ! Harus la sebab boleh dapat cash balik.. Maksudnya dapat la saving balik dari total damage yang dibuat kan. Muahahahah ;p


Why use ShopBack ?




Banyak stores yang participate dalam ShopBack ni such as Lazada, Zalora, Agoda, Groupon, Luxola and many more ! Alahai rugi lambat tau sebab boleh jimat banyak kalau awal-awal dah sign up ni...




How to use ShopBack

Easy ladies.. I believe if you are online shoppers for years this should be hassle free and at your fingertips je ..Am I right? Teeeheeee :p

Shop with brain I called this. HAHAHHA So let's shop more with ShopBack and save more simultaneously ! 

Nota kaki : Rugi je iols shopping duck selama ni.. Sebab akak lupa wujudnya shopback ini ! Lepas ni wajib shopping via shopback sahaja.. 



Thank you for reading ~!

Tuesday, December 8

Typo Novelty Tote Bag (Year End Sale)

Salam dearies,

Just a quick update.. As usual I nak order from Cotton On.. Tapi shipping cost tak berbaloi dengan jumlah item yang nak dibeli... Thus I bukak offer siapa nak join beli sekali...



Novelty Tote Bag (Sunshine/Watermelon)
RM25 (while stock last)
Postage WM-RM7 EM-RM11
ETA 1-2 weeks
.
Its perfect to carry your lunch, gym-gear, shopping, or even telekung ! Who can resist its fun and quirky prints !!


Watermelon

Watermelon

Sunshine

Sunshine

Sunshine

Kalau berminat boleh email frzndbizz[at]gmail[dot]com or WA +601118761593
TQ


Notakaki: Comel sangat.. Senang beli letak barang #babyHF dalam ni... 

Thank you for reading ~!

Friday, November 13

Pengalaman Bersalin #babyHF Part 2

Assalammualaikum..

Holla guys ! Memandangkan esok babyHF dah nak masuk 4 bulan maka ada baik nya iols sambung story pengalaman delivering my baby boy... LOL.. jangan nanti final story aku update masa babyHF nak setahun sudah. HAHAHAH

Ok uols boleh refer part 1 di SINI 

14 July 2015

Gigih baca yassin sebab nak buat ape lagi kan. Nak tidur tak boleh sebab rasa makin sakit contraction bila baring. Lagipon pernah baca kalau baca yassin InsyaAllah boleh kurangkan sakit.. Solat subuh pon aku gigih solat berdiri ! Tak sangka... Hahaha.. Tapi solat lelaju la kaedahnya.. Pagi tu contraction makin intense.. Tunggu MO datang untuk cek bukaan... Tapi sebelum tu ada houseman tu datang cek bukaan & nak pecahkan ketuban... baru 3cm dilated... dan air ketuban ku ada meconium.. Apa itu meconium? Teeheee rasa macam poyo gila sebut meconium.. kah kah kah.. Meconium tu cecair hijau (the dark green substance forming the first feces of a newborn infant).. So bising la semua kat situ panggil MO suruh cek balik... Datangla MO (lelaki melayu) cek.. Malu memang malu tapi sakit mengatasi rasa malu... Dah la ganas MO ni.. dia tak peduli aku jerit sakit ke ape.. Sobsss.. Memang betul la babyHF dah membuang dalam perut.. Tapi sikit je.. dah 4cm pon so terus ke labour room...

Pegi labour room guna wheelchair.. sebab aku memang dah sakit sangat.. dari malam tadi lagi nurse offer ubat tahan sakit sebab dia faham contraction aku memang intense T__T Sampai labour room another doktor pulak buat VE (chinese lady). Aku macam trauma sikit lepas MO lelaki tu seluk sakit.. so yang ni aku assume sakit jugak sekali doktor tu marah bebel kat aku.. Dia kata nak bersalin mental kena kuat.. kalau seluk pun aku sakit macam mana nak push? sobss sedih aku kena bebel time sakit2 ni.. LOL.. Tak lama lepas tu husband aku sampai teman aku dalam labour room.. sian aku tengok dia tak terurus rupa.. dah la puasa time tu.. aku pulak rasa macam dah lemah sebab tak tido semalaman :(

Contraction memang kuat sangat sampai aku genggam tangan husband aku sekuat hati.. dalam masa yang sama aku rasa macam nak lempang dia jugak bagi kurang sakit aku ni.. HAHAHHA.. Nurse ajar guna oksigen tu untuk kurang kan sakit.. tak berkesan uols.. Aku cuba jugak buat teknik pernafasan (tarik nafas dalam-dalam bila contraction datang) tapi tak berkesan jugak.. Masa ni memang sakit sangat sebab air ketuban dah pecah hence takde interval time.. All the time aku rasa contraction plus doktor bagi pitocin untuk cepatkan bukaan (since baby dah berak kena cepat deliver kalau nak normal delivery). So memandangkan aku ni bukan lah seorang yang gagah menahan sakit, tanpa buang masa aku mintak ephidural.. Terpaksa ! sebab aku fikir aku dah la tak tidur semalaman nak menahan sakit ni aku takut aku tak cukup tenaga nanti masa nak push.. At least bila amik ephidural aku boleh tidur sekejp...

Menunggu doktor bius sampai pun lama jugak.. Aku dah separuh gila rasa menahan sakit.. Ya Allah... Memang tak tergambar sakitnya.... Sebelum doktor bagi ephidural kena seluk lagi sebab doktor tengok gaya aku sakit sangat pastu bacaan kat mesin CTG tu pon tinggi. Kalau bukaan dah banyak tak boleh la nak bagi epi.. Seluk lagi... berapa ramai yang seluk aku daaaa.. baru 5cm so boleh ambil epi.. phew... lega mak... done with epi.. Alhamdulillah kurang rasa sakit tapi aku boleh rasa baby mengeras dalam perut.. betapa kuatnya die mengeras dalam tu. Tak sabar nak jumpa mama ye sayang.. hehehe...

Progress bukaan aku agak cepat... Dalam pukul 1pm tu dah 7cm jugak lah... nasib baik in between aku sempat tidur... Masa ni aku dah lali dengan selukan.. hahaha.. dah tak rasa apa dah... yang aku tau aku dah tak sabar nak jumpa baby... Sekali dalam pukul 2.30pm tu datang doktor pakar nak cek bukaan... Doktor nye lembut je... she's not happy with my condition at the moment... sebab meconium makin pekat...

Oklah... stop dulu.. Dah panjang sangat ni.. Later kita sambung lepas babyHF masuk 4 bulan ok. hahhaa,,,

Notakaki: Malaysia's sweetheart is having a baby ! Ya Allah.. aku yang happy and excited sangat... Kalau girl boleh cop jadi menantu. Eh? HAHAHHA

Thank you for reading ~!

Wednesday, November 11

Cotton On Baby Romper

Assalammualaikum..

Hi mommies... just a quick update. I'm taking orders for Cotton On Baby Romper... Hari ni ada exclusive sale. Buy 1 then get another one 50% off ! Only for today sampai midnight okay. Sesiapa nak join just contact me... Kita share then boleh kurang kat shipping cost... Feast your eyes mommies :))



Mini Zip Through Romper Vanilla
Newborn, 0-3m, 3-6m
RM65 exc postage 
Mini Zip Through Romper Moose
Newborn, 0-3m, 3-6m, 6-12m, 12-18m
RM65 exc postage 


Mini Zip Through Romper Whisper Grey
Newborn, 0-3m, 3-6m, 12-18m
RM65 exc postage 

Mini SS Zip Through Romper Vanilla
Newborn, 0-3m, 3-6m 
RM60 exc postage 

Mini SS Zip Through Romper Pale Pink
Newborn, 0-3m, 3-6m 
RM60 exc postage 

Mini SS Zip Through Romper Dazzling Wave
Newborn, 0-3m
RM60 exc postage 

Please WA me at +601118761593 for details/purchase.
TQ !

Oh I'm taking orders for NEXT baby juga... WA me for details okay mommies ;)


Nota kaki : my baby is tall... hence kena pakai saiz 6months and above... kesian anak aku baju banyak dah ketat. sobbsss



Thank you for reading ~!

Tuesday, October 27

Daania Lacey Shawls

Assalammualaikum...

Hey uols sesiapa yang suka lacey shawls boleh dapatkan Lubaina Shawls (Daania Lacey Shawls) from me okay... Warna semua cun-cun Iols sendiri pun teruja dan nak borong banyak sebab cepat betul sold out shawl ni... Kalau nak boleh contact iols ye..

WA: 01118761593 OR email me at frzndbizz@gmail.com OR PM/DM at my page @emeraldbuzz OR shop directly at emeraldbuzz.shoppy.my

Happy shopping lovelies !


Daania Lacey Shawls

DAANIA is exclusive georgette with lace shawl.
It drapes beautifully, covering the chest, making it both practical & syariah compliance at the same time.
Material : Premium Chiffon Georgette + Lace.
Measurement (laid flat) : 1.8m x 0.7m
Type : Rectagular (Straight Cut)
CARE INSTRUCTION : HAND WASH ONLY

** please be informed that colours may differ slightly due to camera flash / computer settings. Stricly no refund/exchange for this product. 


Baby Blue
 Baby Pink
 Custard
 Paloma
 Sage
 Sandy
 Silver Dust
 Cotton Candy
 Tulip Lavender
Vanilla

Nota kaki : My personal fav are Vanilla + Paloma 

Thank you for reading ~!

Pengalaman Bersalin #babyHF Part 1

Assalammualaikum...

Hi uols... Hari ni nak share sikit pengalaman bersalin kan #babyHF ni... Nama nanti lah dekat hujung cerita la kita reveal okay.. At the moment kita panggil #babyHF sahaja dulu.


6 July 2015
Masa ni dah 37 weeks. My last check up before I pop out. Masa check up everything normal. Baby pun dah engaged semua ok la.. So disebabkan next week tu dah nak raya KK kat sini penuh so aku kena checkup di kampung suami.. EDD aku 25 Julai 2015 so nurse siap kata kalau tak bersalin lagi kita jumpa lagi 2 minggu untuk check up at 39 weeks. 


10 July 2015
Last day kerja sebab aku ambil cuti awal 2 minggu. Reason being, iols dah tak larat nak kerja sambil usung perut yang besar ni.. Mengah mak ! Lagipun nak balik rumah mertua puasa sana before balik raya ke kampung sendiri (konon nya). Tapi starting from today I notice ada warna coklat dekat pantyliner & keputihan agak banyak dari biasa. Semasa mengandung iols takde masalah keputihan.. So bila ada show camni terus gelabah. Terus google segala dan sempat tanya kawan baik ku, Ema. Ema kata don't worry it's normal. Tapi hasil google pulak kata keputihan yang berlebihan juga adalah salah satu tanda nak bersalin. Gulp ! Iols takut sebab baru je 37 weeks nak masuk 38. Iols nak raya dulu please !!

13 July 2015
Masih gigih berpuasa.. Setakat ni 1 hari je baru tinggal puasa. Alhamdulillah.. Walaupun loya sangat teruk masa ni... Hari-hari muntah sampai 2-3 kali sekali.. But I have to be strong for my baby.. Eceh !
Okay back to the story... Solat zohor lewat sebab tertidur penat kemas barang..Barang-barang nak balik kampung mertua dah siap packing. Sebab ikut plan esok balik sana. Tapi bangun je terus zapppp rasa air keluar.. Erk my water broke ke? Takde lah banyak tapi panties basah la jugak.. Okay this is serious.. Terus tanya Ema lagi... Ema kata most probably my water just broke. Sebab air apa lagi nak keluar kan... Tapi nya air tu bewarna coklat sikit bukan jernih. Google kan kata air ketuban warna jernih.. I is confuse di sini... Contraction pun takde ni.. Baby just mengeras seperti biasa.. Takpelah relax sambil bagitau suami dan mama... Masa berbuka pun ok lagi.. sempat minum air kelapa.. Tapi masa maghrib tu dah notice macam ada darah.. Gulp lagi sekali... Lepas solat perut sakit lain macam.. Contraction la tu kot. Tapi sekejap-sekejap... Tak sempat nak mengaji...Masih belum pergi Hospital sebab tunggu adik aku pergi beli lemang. LOL. yelah nanti kalau bersalin tak boleh makan lemang. HAHAHA... Contraction come and go.. Still bearable.. Cuba apply teknik pernafasan untuk kurangkan sakit... 

14 July 2015
Dalam pukul 12am lebih sampai la di Labour Room. Masa ni rasa sakit sangat dah. Then nurse check bp semua, & pasang ctg untuk monitor baby... Lama jugak prosedur kat sini sebab bacaan jantung baby tak cantik.. Baby banyak tidur.. Doktor sampai goyang-goyangkan perut aku untuk bangun kan baby...Doktor kata aku maybe dehidrated so masuk air dalam 2 botol... Then another doctor came to do VE (Vagina Examination). Masa ni dah seriau terbayang betapa sakit nya kena seluk. Ni semua sebab baca blog-blog orang la ni.. HAHAHAH. Tapi alhamdulillah doktor ni buat aku tak rasa sakit.. Biasa je..baru je 1cm dilated rupanya... Tapi kenapa iols rasa contraction sakit sangat? LOL.. Doktor kata kena warded juga sebab dah leaking tadi.. Oklah.. Warded pun warded la... Start dah pakai pad sebab macam period darah keluar... Dalam 3.30 baru la masuk wad.. Nurse pun datang check bp and all. Suprisingly one of the nursed did mention that my contraction were very intense. They assume my dilation was more than 4 cm.. Maksudnya aku dah nak beranak la tu., Okay iols pon rasa eh cepatnya? HAHAHA.. They did the VE, again ! 2nd time VE pon was okay..Takde lah sakit mana.. Tapi baru 2cm je dilated.. Frust.. but nurse assure me that my progress makin cepat & cervix aku lembut senang bukak.. Okalah... tapi contraction masa ni memang intense... setiap kali contraction lama dan interval time pon dah makin sikit.. Setiap kali contraction aku cuba bernafas dengan betul & minum air.. Kurang sikit sakit..cuma aku perasan aku tak boleh baring sebab bila baring lagi sakit. So aku hanya boleh duduk dan berjalan....


Okaylah stop dulu.. Dah panjang sangat... Uols pun boring baca nanti.. Hahaha.. Aku share secara details untuk aku sendiri sebenarnya... Supaya aku tak lupa pengalaman yang berharga ini... laters guys... daaaa


Nota kaki: Tahap sakit setiap individu berbeza... Masa ni baru tau aku jenis tak tahan sakit. HAHAHA



Thank you for reading ~!

Tuesday, October 20

Baby HF

Assalammualaikum...

Hai lah.. Berkurun tak update blog.. hihi... Tak sempat nak update plus mood ke laut lah... Ingat cuti rajin la online.. Rupanya rajin online shopping je. HAHAHA

Okaylah just nak share iols dah selamat bersalin pada 14 July 2015 yang lepas... Nanti kita update lah pengalaman semua... As for now baru hari ke-4 masuk office.. Dah nak berkampung kat Parlimen pastu dengan ada retreat nya.. Tunggu senang sikit iols update banyak okay...

Cukuplah uols tau yang iols dah ada anak.. Wow masih tak sangka.,. Kahkahakah.. Sesiapa nak bagi hadiah masih valid sampai la anak ke-2 keluar ye. HAHAHA


Naaahhh belanja gambar #babyHF sekeping.. jangan kata akak tak payung ;)

Nota kaki: Jangan ditanya kenapa iols masih nampak macam mengandung. Haipppp !!!

Thank you for reading ~!

Monday, June 15

Sesungguhnya mati itu pasti

Asslammualaikum...

Sabtu lepas (13 Jun 2015), adik saudara ku Muhammad Izhar bin Abu Bakar telah pulang ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya... Mohon sedekah kan Al-fatihah buat allayarham.. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

Sehingga saat ini aku masih can't get over the fact that he is no longer in this world... Umur baru 18 tahun... masih belajar form 6

Aku ingin kongsikan serba sedikit kisah kematian yang melibatkan keluarga aku...

Sehingga kini aku telah kehilangan kedua arwah tok, arwah opah, arwah yop naim dan terbaru arwah izhar... Arwah tok Saleh (belah ayah) aku tak ingat sebab masih kecil (umur dalam 2 tahun lebih kot).

Arwah tok Ramli (Mac 1997. Tak ingat tarikh sebenar sebab aku baru form 2)
Arwah tok naik motor kena langgar lori.. Dimasukkan ke hospital Teluk Intan dan di transfer ke Hospital Ipoh beberapa hari selepas itu.. Aku ingat lagi masa tu mak uda (mak kepada arwah Izhar) tengah sarat mengandungkan si kembar (Izhar & Izzat) 8 bulan... Tak lama lepas tu arwah tok meninggal... Sedih memang sedih.. Sebab arwah tok seorang yang lembut bila bercakap, kuat bergurau & macam-macam lagi.. Tapi disebabkan aku pun budak lagi, kesedihan tu tak lama....


Arwah yop Naim (Disember 2000, Puasa ke-5)
Arwah yop adalah cousin yang paling rapat dengan aku.. Rapat sangat... Macam abang & adik... we share everything... Kalau tulis surat tu berhelai2 cerita pasal our love story... Kalau raya wajib gambar berdua... arwah yop merupakan abg sulung kepada arwah Izhar... Arwah yop pun meninggal disebabkan motor... Tak pasti langgar kereta/lori sebab sewaktu kejadian arwah tak bawak wallet.. Selepas 2 hari tak balik rumah baru semua orang start cari arwah.. Pergi hospital Klang takde.. Merata cari akhirnya jumpa arwah di Hospital Kuala Lumpur.. Ingat lagi masa tu aku baru habis SPM terus ke hospital... Arwah yop koma (separa kritikal).. Sempat la melawat... Bila cakap, yop ni kakyong, arwah menangis.. Sebak nya tuhan yang tau.... Tak lama selepas tu arwah menghembuskan nafas terakhir... Ya Allah... rasa kosong.... Tapi aku redha... 

Arwah Opah (Memang tak ingat exact date.. Jun 2007)
Akhirnya opah meninggalkan kami semua... Opah meninggal sakit tua... 10 tahun selepas arwah tok Ramli pergi... Ingat lagi masa tu aku baru kerja... Baru sebulan kerja CIMB.. Sempatlah 1st gaji tu aku bagi arwah opah... Arwah opah sakit agak lama...Tapi takdelah sampai menyusahkan anak- cucu.. Arwah opah tunggu sampai cucu kesayangan dia Yak (Adik kepada arwah yop naim) sampai ke hospital sebelum menutup mata... Allahu.. sedih.... Sangat,,,, Raya selepas tu jadi suram sebab tak mampu rasa raya rumah opah tapi opah & tok dah takde.. Banyak sangat kenangan.. Rasanya raya tahun tu raya terkahir dekat kampung... Lepas tu kitorang raya rumah mak uda je.. Rumah opah tu pun dah dijual... 

Arwah Izhar (13 Jun 2015)
Dan terbaru adalah arwah Izhar.. Ya Allah.. Aku sangat speechless bila tau.. Malam tu selepas balik dari wong solo aku tertidur... Baby asyik mengeras je so aku decide untuk tidur kejap sebelum bangun untuk solat isyak... Dalam pukul 2.30 adik aku (faten) menangis-nangis (macam meraung pun ye) bagitau Izhar dah meninggal.. Aku punya terkejut.. Aku pun sama terus meraung.. Terus teringat mak uda.. Ya Allah macam mana mak uda? Sebab ini kali ke-2 mak uda kehilangan anak.. Arwah yop anak sulung, Izhar pulak anak bongsu... Arwah Izhar meninggal disebabkan motor.. kawan Arwah (meninggal juga) terlanggar lori di depan sebab lori takde lampu. Kemudian arwah Izhar langgar kawan dia. Terjatuh.. cuba untuk bangun nak tolong kawan dia tapi dilanggar kereta di bahagian pinggang... Arwah meninggal di tempat kejadian T____T Kawan-kawan yang lain sempat ajarkan shahadah sebelum Arwah meninggal... Allahu... Sedihnya.. Mengenangkan yang arwah sedar & nampak kereta nak merempuh dia... Sakitnya Ya Allah... Malam tu memang aku tak tidur.. Solat isyak, tahajud & bacakan yassin buat arwah... Esok pagi terus balik Sungkai... Jumpa mak uda, memang menangis la... Lagi sedih mak uda kata anak aku ni bakal jadi pengganti... dan aku dapat tau hari tu adalah hari jadi mak uda.. Ya Allah besar dugaan mak uda T___T Jenazah sampai selepas zohor (sebab buat post moterm di hosp)... Sampai je jenazah air mata memang tak dapat ditahan... Arwah seorang yang baik, ringan tulang & banyak lagi.. Majlis kawen aku dulu dia banyak tolong jadi runner... Itulah, orang baik memang Allah sayang... Mak uda seorang yang kuat & tabah,,, Sebab tu Allah beri dugaan sebegini... Kesian aku tengok abg kembar arwah.. bengkak mata nya... Sedih mana pun aku, sedih lagi dia sebab itu kembar dia.. Kalau dulu arwah yop pergi masa hari ke-5 puasa, arwah Izhar pulak pergi lagi 5 hari nak puasa... Aku tengok fb arwah, pada 5 jun arwah share mengenai roh yang kembali sewaktu bulan ramadhan.. Ya Allah.. dia dah rasa agaknya... Sebab dia tak pernah share apa pun dkt fb sebelum ni... lepas tu dekat wechat arwah update status (rasa lain macam je :( pada 6 Jun 2015) Ada pulak kawan dia yang komen kata "nak mati dah ke?" dan arwah jawap "yela kot" T____T

Sesungguhnya mati itu pasti & tak mengenal usia... walaupun arwah bukan ahli keluarga terdekat tapi kehilangannya terasa sebab keluarga kami rapat.. 

Al-fatihah buat arwah tok Saleh, Tok Ramli, Yop Naim, Opah Minah & Izhar

Entry ni just nak share perasaan aku... Sebab aku masih belum stop fikir pasal Arwah Izhar....

Thank you for reading ~!

Tuesday, June 2

Mee Rebus Mastan Ghani di Putrajaya

Assalammualaikum...

Yob/Yong semua yang suka mee rebus mastan ghani, sekarang ada di Putrajaya.. Bukan cawangan baru, tapi bagi mewakili negeri Perak, pihak Floria telah memanggil Mastan Ghani untuk bukak stall di Royal Floria Putarajaya tahun ni... 

Uols kalau nak tau mee rebus mastan ghani ni famous gila di kalangan penduduk Teluk Intan, Perak.. Ayah aku salah seorang peminat mastan ghani.. Tapi iols kurang la mee rebus.. Selain mee rebus, rojak pun ada... So sesiapa yang nak try tu datang lah Royal Floria di Presint 4.. On weekdays sampai pukul 10 malam Floria ni.. 



Nota kaki: Adik aku la ni yang offer Mastan Ghani bukak di Floria... 

Thank you for reading ~!

Friday, May 29

#frznd Pregnancy Journal - 2nd trimester

Asslammualaikum....

Lama tak update pasal pregnancy journey.,.. Hehe biasalah mood blogging ni up and down... As I type this aku dah 8 bulan pun... Dah halfway 3rd trimester.. Dah tak lama nak jumpa my baby boo.. InsyaAllah...

Okay jom tengok pengalaman sewaktu dalam 2nd trimester...

4 months pregnancy

Nothing much.. Masih lagi loya dan sesekali muntah.. makan masih tak lalu... Berat masih maintain sama macam awal pregnancy.. MGTT done at 18 weeks. Result, normal. Alhamdulillah...

5 Months pregnancy

Alhamdulillah dah takde morning sickness ke apa.. Masa ni rasa macam bertenaga sikit.. Baby bump semakin obvious.. Ade la mengidam sikit-sikit.. Nak makan pulut kuning. Sekali husband iols pergi order 1kg pulut kuning.. dia ingat nak buat kenduri ke apa? HAHHAHA... Masa ni dah seronok layan baby quickening/kicking in my belly... Rasa heaven sangat.... Precious moment... Berat mula naik sikit-sikit... Pergi scan gender di private at 21 weeks.. My baby tanpa rasa segan tunjuk gender.. XX or XY? kita tunggu... Dah start searching for name & beli sikit-sikit keperluan baby... #babyHF it is ! 

6 Months pregnancy

Baby bump semakin membesar... Semakin mengah.. Cannot stand too long.. rasa nak pengsan kalau berdiri lama-lama... Dah mula rasa sindrom CTS (Carpal Tunnel Syndrom).. Hidung semakin mengembang macam Shrek dah aku tengok ! HAHHAA. selera makan maintain.. Takdela makan banyak mana tapi weight gain skyrocketing sampai naik dari yang sepatutnya... Berat baby mungkin? HAHAHHA... Strecth mark start developing at this stage. I is super duper sad T____T Walaupun iols start sapu minyak seawal 3 months pregnancy (tapi tak consistent) tapi strecth mark tetap muncul... Luckily my husband tak kisah sangat.. Tapi iols yg kisah sebab buruk sangat rupanyaaaaaa.. uwaaaaa... Mungkin sebab berat naik banyak dan tumbesaran perut naik secara mendadak dalam masa sebulan ni... Redha je lah demi #babyHF !

Tu je la secara roughly my 2nd trimester journey.. Sebenarnya iols tak ingat sangat dah.. Tapi rasanya memang takde major problem masa 2nd trimester ni.. Agak smooth la compare to the 1st trimester.. Alhamdulillah....

I found this on pinterest... 

 Untuk rujukan mommy to be di luar sana

My mom fwd this doa to me.. Jom kita amalkan sama-sama


Thank you for reading ~!

Monday, May 18

Kuih Raya 2015 pre-order now !

Asslammualaikum...

Pejam celik dah tak lama nak masuk ramadhan.. Then raya pulak lepas tu.. So sesiapa yang berminat nak order kuih raya boleh order dengan iols ok... Order sekarang, 2nd week of ramadhan insyaAllah dah dapat... 


Kindly email me at sweetdina83[at]gmail[dot]com for inquiry/purchase

Nota kaki: Tahun ni ntah dapat makan kuih raya ke tidak.. sobsss

Thank you for reading ~!

Tuesday, May 12

My choice of maternity wears

Assalammualaikum...

I'm back with another review... Uols tau lah iols dah masuk 7 bulan ni... Memang Takde baju yang sesuai dah.. Kecuali a few tops from Poplook.. Tapi takkan la nak pakai hari-hari kan.. Sobs.. so nak tak nak kena jugak berbelanja beli maternity wears... Pilihan daku harusla jubah yang nursing friendly & wudhu friendly... Sebab jubah ni anytime boleh pakaiiii.. Senang jimat duit.. HAHAHAH...

Walaupun there are wide slection of nursing jubah in the market now, tapi iols nak jubah yang cun & harga less than RM150 ! HAHAHAHA.

So mana nak cari harga jubah yang cun macam tu? Of course hanya di Variety Buzz ! Banyak pilihan sampai rambang mata uols.... Bukan jubah je ada, baju kurung, caftan, tops yang semuanyaaaa nursing friendly available di Variety Buzz !

Tak caya ke uols? Jom tengok gambar sikit... Sekarang Variety Buzz tengah ada sale baek punyaaa... boleh la beli jubah ni pakai masa bulan Ramadhan nanti... 

Amani Blouse in turqoise. Before RM99 now RM79

Haela Peplum in Blue.. Before RM79 now RM69

Sara pleated kurung in Blue. Before RM199 now RM150

 Hanim Jubah in Tangerine. Before RM138 now RM110





Jom tengok gambar iols pakai Hanim Jubah ni... My fav color ! 

Yours truly in Hanim Jubah (Blue)... 

Jom serbu cepat.. Sekarang ni kena bijak membeli.. Jadi grab la banyak-banyak bila ada sale ni kan...

Feast your eyes with various selection of jubah/tops/kurung/peplum and all at

http://www.facebook.com/varietybuzz
http://www.instagram.com/varietybuzz

Nota kaki: Can you see my huge baby bump? Teeheee

Thank you for reading ~!

Friday, May 8

#frznd Pregnancy Journal: Carpal Tunnel Syndrome

Salam

Bertemu lagi dalam entry berkaitan pregnancy.. Alhamdulillah iols dah masuk last trimester.. Cepatnya masa berlalu... macam tak caya tak lama lagi nak bersalin.. Nervoussss and of course excited nak jumpa my lil sunshine :)

Back to the topic.. Sejak hujung-hujung 2nd trimester hari tu, jari tangan belah kiri selalu sakit.. Macam susah nak bengkok.. Macam bengkak tapi tak... Masa checkup bagitau nurse kat KK tu pun dia tak cakap apa.. Tapi selalu rasa camtu malam je la.. Dengan selalu kebas... Tapi bila masuk 3rd trimester, it getting worse.. Dan kedua belah tangan n kesemua jari sakit.. Ya Allah.. Memang tiap-tiap malam tido asyik terjaga.. Lepas tu try genggam dan gerakkan jari sebab memang sakit... Tangan rasa macam takleh gerak... Sobsss. Iols sangat risau.. Ingat nak tanya doctor next week sebab ada appointment untuk MGTT.. Tapi hari tu my mom ada tanya doktor, dia kata itu memang one of the syndrome during pregnancy... 


Lepas tu aku pun terus la google... ini lah hasilnyaa...


Sakit dan kebas pada bahagian tangan dan jari semasa hamil kemungkinan besar disebabkan oleh sindrom terowong karpus (carpal tunnel syndrome). Ia merupakan satu keadaan yang dikaitkan dengan kebengkakan dan peningkatan berat semasa hamil, di mana saraf utama di pergelangan tangan menjadi tertekan. 

Syukurlah tidak semua wanita hamil mengalaminya; anggarannya berbeza di antara 20 hingga 60 peratus. Bagi kebanyakan wanita yang mengalaminya, rasa sakit dan kebas itu sedikit sahaja dan bersifat sementara. Ia hilang tidak lama selepas bayi mereka dilahirkan. Namun bagi sesetengah wanita, keadaan ini boleh jadi teruk dan berterusan selama beberapa bulan. 
Simptom-simptom sindrom terowong karpus biasanya lebih teruk pada waktu malam tetapi ia juga boleh menjejaskan aktiviti pada siang hari. Simptom-simptom ini termasuk:
  • sakit, semut-semut, atau rasa mencucuk atau panas biasanya berpusat di ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan separuh jari manis yang terdekat dengan ibu jari;
  • sakit pada bahagian tangan, dan kadang-kala pada bahagian bawah lengan;
  • genggaman yang lemah, terutamanya pada bahagian ibu jari;
  • jari-jari yang terjejas atau tapak tangan menjadi kebas apabila keadaan ini menjadi lebih teruk

 Sumber Babycenter

Selalunya pregnant women akan dapat sindrom ini disebabkan water retention due to penambahan berat badan dan pengumpulan air dalam badan. Macam mana ye nak explain rasa sakit ni... Takdelah kebas macam biasa tu.. Rasa macam mencucuk-cucuk or dalam english we called it tangling sensation... Ada mom to be share untuk kurangkan masin dan makan calcium.. Tapi iols memang kuat makan fast food waktu pregnant ni sebab selera so-so je la.. minum susu lansung tak sebab loya.. so gantikan amik ostemetrix shaklee je... 

Nota kaki: Harap-harap lebas baby lahir hilang la sakit ni.. kalau tidak kena operate.. I is takut... 

Thank you for reading ~!

Thursday, April 16

Cashback when you spend online through ShopBack !

Salam

Holla online shoppers ! This is for you. Uols pernah dengar pasal ShopBack? Apa ShopBack tu?

Cashback is really just "getting cash back" - when you spend online through ShopBack, we give you a portion of your purchase back as cash!


Wow... don't you ladies lovessss this ? For online chronic shopaholic like me, I definitely love this ! Harus la sebab boleh dapat cash balik.. Maksudnya dapat la saving balik dari total damage yang dibuat kan. Muahahahah ;p


Why use ShopBack ?




Banyak stores yang participate dalam ShopBack ni such as Lazada, Zalora, Agoda, Groupon, Luxola and many more ! Alahai rugi lambat tau sebab boleh jimat banyak kalau awal-awal dah sign up ni...




How to use ShopBack

Easy ladies.. I believe if you are online shoppers for years this should be hassle free and at your fingertips je ..Am I right? Teeeheeee :p

Shop with brain I called this. HAHAHHA So let's shop more with ShopBack and save more simultaneously ! 

Nota kaki : I've made my 1st purchased tru ShopBack the minute I sign up. Hahhaha.. Typical me



Thank you for reading ~!

Tuesday, April 14

#frznd Pregnancy Journal - 1st Trimester

Asslammualaikum...

Iols nak share sikit pengalaman 3 bulan pertama mengandung ni..

5 weeks - 8 weeks 
Lansung takde morning sickness. Sampai terfikir betul ke pregnant? Nasib baik masa pergi klinik private untuk confirm hari tu dah siap scan (5 weeks) dan memang nampak kantung. Hehehe.. Masa ni jugak asyik nak make up. Pakai lipstick semua warna terang (I used NYX soft matte lip cream code Ibiza, Prague & Addis Ababa). Hari-hari before pergi kerja wajib selfie ! Blame the hormone pls. Hiks ;p

6 weeks pregnant.. Attending my cousin's wedding.. Pakai NYX SMLC code Prague


9 weeks - 12 weeks
Ha masa ni lah start segala sickness.. Morning sickness that last all day :( Muntah tak kira waktu. Masa ni memang lembik.. memang tak keluar ke mana.. Balik rumah mertua pun tak.. So fragile... Sobsss.. Rasa malas menguasai diri... Make up pun tidak.. Bibir kering gila... Asyik nak tidur... Tak lalu makan lansung... Kalau makan pun nak home cooked meals je or fast food... Yang paling ak ingat breakfast iols nak makan nasi lemak bungkus daun pisang/kertas minyak. Tu je nak hari-hari. Tapi makan sikit je.. Masa ni memang rasa betul-betul preganant.. HAHAHAH.. Dan jerawat pun mula menonjolkan diri... Besar-besar pulak tu... Stop online shopping ! Memang lansung tak shopping. What an achievement for a shopaholic like me ! hahahha

Basically tu je la yang aku ingat pasal 1st trimester.. Masa ni berat tak naik, tapi tak turun jugak.. Maybe sebab kerja aku tidur je tu yang tak turun kot. Hahahaha.. Hari-hari google pasal pregnancy... Nasib baik lah desk baru ni kerja tak sebanyak previous unit.. Allah punya perancangan kan.. Kalau tidak mesti lagi lembik la aku...

Apa pun alhamdulillah.. 1st trimester dah lepas... Fasa yang sangat fragile... Takut miscarriage... 

Nota kaki: Nanti iols share 2nd trim pulak yang bakal berakhir dalam 3 minggu je ni.. 

Thank you for reading ~!

Tuesday, April 7

#frznd Pregnancy Journal: MGTT

*Autopublish post*

Assalammualaikum...

Aku minggu ke-18 hari tu dah kena buat MGTT(Meal Glucose Tolerence Test). Orang lain dah hujung-hujung baru buat MGTT tapi iols awal-awal dah kena... Reason being, my mom ada diabetes. So those yang pregnant umur 25 and above dan ada family history KK akan suruh buat 2x MGTT ni.. Week 18 & week 28.. 

Masa minggu tu dah la baru baik dari demam & URTI.. Tapi batuk still teruk sampai muntah & terkencing.. Ahaaa... Memang  tak menahan lah bila batuk ni.. So bila nak buat MGTT memang rasa takut.. Takut muntah sebab bila muntah kena buat semula.. Uwaaaa...

On the day itself, puasa dari pukul 10 malam sebelum tu.. Ya Allah hausnyaaaa rasa sebab bila malam nak minum banyak... Takpelah tahan... Datang lah 7.30 sebab nak awal.. tapi masa kat lab nombor ada problem pulak.. scan 2x pun tak boleh nak detect nombor.. Saje je bagi tambah nervous kan....



Iols sehari sebelum tu memang google la blog-blog mommy to be yang pernah buat MGTT.. Macam-macam version dan pengalaman... Ada yang muntah ada yang tak.. Ada yang kata kalau ada flavor tu sedap... So Iols  pun mula-mula masuk je lab terus tengok air gula tu.. Pure air gula or ada flavor.. Alhamdulillah dapat flavor blackcurrant... Masa amik darah memang takut sebab aku takut jarum. Kih kih kih.. Selesai je terus pilih cup mana yang nampak sikit.. hahah... Minum sekaligus.. Oklah rasa macam ribena pekat je...Alhamdulillah.. I survived ! My tips, minum sekaligus and be positive.. after all it just air gula guys.. Kah kah kah.. Next MGTT week 28 nanti.. Blerghhhhh...

Petang tu jugak tau result MGTT.. Alhamdulillah.. Normal.. Syukur... Petang tu jugak dapat dating dengan my lil sunshine.. I can see his/her spine.. Doktor kata baby aktif.. Alahai jatuh cinta tengok... Cuma ada bad news.. Doktor kata uri aku kat bawah (low laying placenta) I is sad.. So repeat scan at 28 weeks..

Please pray for me.. Mintak-mintak uri naik lah nanti...

Nota kaki : Apart from low laying placenta, Doktor pesan juga kalau batuk masih tak baik, bawak sample kahak ke klinik.. Alahai.. tak suka :((


Thank you for reading ~!

Wednesday, April 1

29 Things Only a Pregnant Woman Would Understand


1. What it feels like to be completely terrified and excited at the same time.




2. Morning sickness that lasts. All. Damn. Day.



3. That pantiliners aren’t just for periods.



4. That sometimes you get diaper rash even when you don’t wear diapers.


5. Mucus plugs. ‘Nuff said.



6. What Dolly Parton must feel like.



7. Cankles that engulf your entire leg.




8. How to waddle like a penguin.



9. The awesomeness that is the ability to grow a freakin’ human being.



10. Willing the worst pain of your life to come. SOON.



11. How you can be hot when there is ice dripping from the air conditioner.



12. What it is like to have to pee every 15 minutes. All. Night. Long.



13. Crying because the fast food worker got your order wrong.



14. The urge to punch complete strangers in the neck when they comment on how big you are.



15. The need to organize. ALL THE THINGS.


16. The first time you feel the life growing inside of you move.



17. How to trim the hedges when you can no longer see them…



18. How Jabba the Hutt really feels.



19. The importance of fiber.



20. When a baby does a flip off your cervix and lands on your bladder.




21. That you plan every trip out of the house around access to clean restrooms.



22. What it feels like to be punched in the stomach from the inside.



23. Getting excited when you get diarrhea because it means the baby might be coming soon.



24. What it’s like to pee a little when you cough. Or sneeze. Or breathe.


25. The reason ASPCA commercials make you cry.


26. What that dude in the movie Alien felt like.



27. Sleeping in a fortress of pillows.



28. Why you put dirty dishes in the cupboard and mayonnaise in the dishwasher.



29. Loving someone deeply before you even meet them.



Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...