Wednesday, June 27

Homemade Baked Macaroni & Cheese

Assalammualaikum

Bertemu semula dalam sesi memasak. Heee. Aku sekarang bila weekend je memang mood memasak membuak-buak. So biasanya on weekdays aku akan cari resipi online. Harus practice untuk manfaat di masa hadapan. Eceh !

So this time another pasta dish; Macaroni & Cheese. Banyak version yang aku jumpa kat internet but I decided to give try based on THIS recipe. Senang je la. Cuma aku punya kurang kick sebab lupa letak keju cheddar. Sobsss. Takpe 2nd attempt mesti kick punya. POSITIVE ~!

Bahan-bahan yang digunakan. Susah gila nak cari Mozarella cheese yang ada tanda HALAL. 
Not in the picture, mushroom..

Bahan-bahan

2 biji bawang besar
7-8 ulas bawang putih
3 biji telur dipukul hingga kembang. 
2 sudu besar tepung gandum
500g macaroni (elbow)
Daging ayam kisar
Susu (sukatan ikut suka hati aku je)
lada hitam
Cendawan ( aku guna cendawan dalam tin)
Mentega

Telur dipukul hingga kembang.  
Campurkan tepung gandum ke dalam telur.

Bawang merah & bawang putih  dikisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan lada hitam. Kuantiti ikut suka.
Setelah naik bau harum semerbak, masukkan ayam kisar dan cendawan. Dah masak, tambah kan susu.

Macaroni tu rebus. Tos dan gaulkan dengan mentega & telur tadi.


Ini dia rupa macaroni & cheese ku sebelum di bakar. Kaya dengan taburan mozarella. nyum nyum ....

Aku bakar 4x sebab terbuat banyak. Haih pembaziran telah berlaku. Takde mangkuk besar. 1st baked aku buat 190c & 30 minit. 2nd baked aku buat 190c & 20 minit. hasilnya bakar selama 30 minit lagi mengkagumkan. Heeee...

Jadi mari tengok hasilnyaaaaa...

tadaaa ~!!!
My 1st ever Baked Macaroni & Cheese
Sukaaaa weh masak simple camni...

Korang boleh improvise resipi ikut selera tekak masing-masing. Aku pun ada improvise sikit-sikit. HEHEHE

Sekian. Jumpa di sesi masak memasak akan datang. 


Nota kaki : Masakan melayu aku tak berapa gemar nak masak. Aku gemar makan je. HAHAHAHA

Tuesday, June 26

Parvo Virus kepada kucing

Assalammualaikum...

Last Sunday bawak Nemok & Lilo ke Mesra Pet Shop Putrajaya sebab budak dua ekor ni flu. Asyik tertunda nak pergi vet sebab takde sapa nak bawak since Boboy dah kat Melaka. Nasib baik lah Sabtu tu aku pergi tanya Ahad vet ada ke tidak. So yeah we went to Mesra Pet Shop on sunday afternoon. Nemok letak dalam carrier, Lilo pulak adik aku pegang je. Masuk je kereta budak 2 ekor tu mula la menjerit macam kena dera. Sakit telinga dengar. Haihhhh.. Nasib baik dekat. Tak sampai 10 minit dah sampai.

Ni kali ke-2 Lilo kat sini.  Timbang berat. Lilo weighed 2.1kg, while Nemok 4.8kg. Oh my patutla berat gila carrier tu. Almost 5kg si Nemok ni ~!!! Then while vet check their condition, chit chat la. Aku sempat story yang Kiki n Pupuk died last month. Vet pun tanya cause of death, bla bla bla. Then baru tau rupanya virus yang menyerang diorang adalah Parvo. Haaa aku suka vet ni dari vet kat Hospital Veterinar UPM tu. Dah la mahal. Bila aku tanya kucing aku sakit apa, dolak dalih. Kan senang kalau cakap Parvo. Boleh aku google. Hurm.

Jadi aku nak share sikit mengenai Virus Parvo ni. Kucing/Anjing memang berisiko untuk kena especially yang belum vaksin.

Parvo virus ataupun sebenarnya dikenali sebagai panleukopenia adalah sejenis virus yang membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ubat yang bersesuaian untuk mengubatinya jika dijangkiti. Malah virus ini pula sangat mudah merebak.

Nama Virus
Ianya terdapat beberapa nama yang dikenali sebagai virus ini adalah merujuk kepada virus yang sama:-
  1. Feline Infectious Enteritis (FIE)
  2. Feline Panleukopenia
  3. Feline Parvovirus
Habitat Virus
Kawasan persekitaran yang tidak bersih yang mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya dan virus ini amat kuat dan daya tahan tinggi serta boleh hidup bertahun. Ianya memerlukan ubat/racun yang kuat untuk menghapuskannya.

Risiko
  • Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yang berumur antara 4 - 16 minggu kerana antibodinya masih lagi lemah ataupun dalam bentuk pembentukan serta juga di waktu ini anak kucing sudah mula putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yang kaya antibodi)
  • Kucing yang tidak pernah divaksinkan ( kucing aku memang belum vaksin.)
Tanda-tandanya
  • Muntah (kiki muntah pagi sebelum dia mati)
  • Cirit-birit (kekuningan, berbau serta berdarah sedikit)
  • Tidak makan (Pupuk, Kiki, Nemok & Lilo)
  • Demam panas melampau (Pupuk, Kiki, Nemok & Lilo)
  • Letih & tidak bermaya (Pupuk, Kiki, Nemok & Lilo)
  • Menjadi kurus (Pupuk) 
Rawatan
Hanya secara klinikal dari vet bertauliah saja yang boleh membantunya tetapi agak tipis juga kerana antibiotik yang diberikan hanya dapat melawan penyakit yang diserang ketika badannya lemah. Virus ini akan menyerang sel darah putihnya yang berfungsi melawan bakteria dan kekurangan sel-sel ini memudahkannya diserang virus lain.

Apa yang perlu dilakukan
Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, semua tempatnya termasuk sangkar, bekas makanan/minuman, kotak pasirnya serta lian-lainnya perlu dibersihkan sekerap mungkin untuk membunuh virus ini.

Bagaimana mencuci untuk membunuh virus ini
Penggunaan klorox dapat membantu membunuh virus ini dan pencuci biasa tidak dapat membantu dan perlulah dicuci sekerap mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalanm jangkahayat yang lama.

Apa yang perlu dilakukan kepada kucing yang dijangkiti
Setelah mendapat rawatan dari vet, kita boleh membantu menguatkannya dengan cara memberi makan setiap hari kerana kucing yang dijangkiti sudah tidak akan makan lagi. Sekiranya suapan yang diberikan berjaya dimakan beberapa hari iaitu dalam 3-5 hari, berkemungkinan ianya akan selamat di samping ubat dari Vet.

Sumber [ SINI ]
Semoga info ni dapat manfaat kita semua yang ada kucing.

Aku suspect pembawa virus ni ialah kucing stray yang selalu datang rumah 2-3 hari sebelum pupuk sakit.  Mama kata kucing tu nampak sakit , then tak lama lepas tu pupuk terus ada simptom-simptom tu. Hurm

Latest pic of my jantung hati. ♥

Hurm kalau aku tau virus ni dari awal, sure aku suruh Kiki & Pupuk warded jugak. Takpelah dah memang ajal. Lepas ni once Nemok & Lilo sihat both of them akan ku vaksin & kasi. Memang nak vaksin dari dulu tapi asyik tertangguh je.  Semoga Nemok & Lilo kuat !! vet cakap both of them are survival.. Alhamdulillah... Nemok & Lilo jugak start makan iams. Boleh pengsan tengok harga iams sebab dua ekor ni kuat makan. Pasni kena catu makan.! HAHAHA

Nota kaki : Better pergi Mesra Pet Shop dari Hospital Veterinar sebab kat hosp cost mahal, vet tak explain betul2. Kat Mesra pet shop pulak  dahlah Vet handsome, siap explain, suggest bagi makanan yang bagus & cara bagi makan ubat yang betul!



Thursday, June 21

I do, I do !



Assalammualaikum...

Another k-drama. I got hooked and there is no turning back. LOL. I know Kim Sun Ah from her previous drama which is My Lovely Sam Soon and Scented of Women.. I really heart her acting.
From her previous drama I saw that she act as ordinary women and funny.. But, its different 
for this drama she more outstanding always looks impeccable. This drama is alike to Devils wear Prada
when Sun Ah act so bossy. Furthermore she looks really gorgeous in this drama. I envy her figure ~! How to get that figure.... T__T 


This is Kim sun Ah & Hyun Bin in My lovely Sam soon. Not that chubby neither skinny. Just nice.
I've watched this drama 2x okay !

and this is her in Scent of A Woman aired last year in SBS. Slim slender ~!!! She looks old. I don't like it. In fact I didn't finish watch this. HAHAHA


This is her in I do, I do.. I love everything about her in this drama. Her figure, hair, shoes... EVERYTHING ~! Unlike her images in her previous projects, this time she gives off a different vibe as a career woman with a chic city look.



The poster


So cute when both heroes wore that heels. HAHA. pink lagi ~!

Casts: Kim Sun Ah, Park Gun Hyung, Im Soo Hyang, Lee Jang Woo

Description: ( source: dramawiki )

A drama based on an original comic.

Hwang Ji An (Kim Sun Ah) is a successful mid-30?s career woman (Director in shoe company) with a bright future ahead until she gets into an “accident” one night with the company new employed young male co-worker, Park Tae Kang (Lee Jang Woo) who used to be a fake shoe maker and always ready to run away whenever police raids. Her life and career gets thrown in chaos upon learning that she has became pregnant with his child.

Her strongest rival, Yeom Na Ri (Im Soo Hyang) takes the chance of that moment to overthrow her company position while she meets again with her old love, Jo Eun Sung (Park Gun Hyung) who has became her Gynecologist.

it’s a noona-dongsaeng romance ♥

Hot ~!


Aaaahhhh.... cantik sangat ni...

This drama currently airing in MBC. If you have smartphone or tablet, simply install wiki app and watch it online. Easy peasy ~!

As todate baru episode 6. Aku dah tengok episode 4 okay. Padahal rooftop prince & King 2 hearts tak habis tengok lagi. HAHAHA. Time slip Dr. Jin pun baru tengok episode 1. Gila. Yeah I know. I hope I can stop watch all these k-drama before ramadhan starts.

Nota kaki : K-drama is so addicted. How to stop!!!

Raikan cinta Hafiz & Hafiza

Assalammualaikum...

Akhirnya ku update jua entry ni khas buat pengantin baru Hafiz & Hafiza a.k.a my roomate di office. Congrats Fiza ! The reason of delay is, tunggu gambar dari kawan-kawan. Gambar dari hp aku tak cantik. sobsss. So here we go.

Story based on pictures je la ya? HAHAHA.
Pemalas ~!

Majlis Resepsi di Marang, Terengganu pada 2 Jun yang lepas...

Corner

Apam polkadot & Angry bird ! Comelnesss

So sweet. Tak sangka budak dua orang ni dah jadi suami isteri. HEHEHE


Makan beradab. Sweet kan combination color ni? Aku rasa color ni memang tengah IN sekarang.

Pelamin ni sangat cantik n sweet ~! Kencing manis aku tengok sebab sweet sangat. Okay over. HAHAHAH

Jom view dari OP diorang... Aku save pic dari fb. HEHE
Cantik kan??? Haaa nak kahwin sekarang... cepat siapa nak masuk minang aku? HAHAHAHA
Picture credit to nuzultaufiqart

Suka bunga camni....

Hantaran dari Hafiza kepada Hafiz

Hantaran daripada Hafiz kepada Hafiza

Close up sikit.. Hantaram jam dari suami kepada isteri. Auuwww ;)

kata pengantin kek ni cair sebab petang baru nak potong.. Alahai sayang je..

Jom tengok pengantin pulak
Ni dia Puan Hafiza kita... Cantik warna baju ni. I like ~! Congratss dear.. Okay now aku je yang masih single n available dalam bilik tu *promote*
Me & bride.
Us with the bride. sepatutnya gambar ni aksi bebas. Tapi tengok aku control cun. HAHAHA.


Okay nak promote.. semua dalam gambar di atas adalah single n available ya. Pilih-pilih. Wakakakak ;p


Last pic before went back. Nak jugak gambar berdiri sebab nak nampak baju pengantin itu. HEHEHEH

Begitulah alkisahnya majlis resepsi Hafiz & Hafiza.

To the newly weds
We wish you both long life in consent
whatever happens, try not to break.
No matter sometimes how hard it seems,
You don't give up and follow your dreams.

Together is always easier to fight,
Never forget that and stay unite,
You know that happiness in everywhere:
in dreams, in flowers, in music, and air.

So find it together and share your joy,
Find your own way life to enjoy
Since now stay together, our dear groom and bride,
Be happy, be joyful side by side.


Barakalah~


Nota kaki :Bila nak update pasal wedding sendiri ni ooiii. HAHAHAHA



Wednesday, June 20

Kolej Matrikulasi Melaka

Assalammualaikum

Lamanya tak update blog. Biasalah kemalasan yang melanda. Busy sikit je. HEHE. ada banyak entry dalam draft. Seperti biasa la entry semua bergambar. Bajet orang nak tengok gambar aku sangat la. HAHAHAHA Okay takde apa nak update. 

Just nak share last week aku pergi ke Melaka setelah hampir 6 tahun tak jejak Melaka. Finally ! Tapi kali ni pergi Kolej Matrikulasi Melaka di London Londang. Heee. Sebab musabab aku ke sana sebab adinda ku yang bongsu dapat masuk Matriks yo ! Takde lagi adik beradik @ saudara mara (sebelah mama) yang masuk matriks ! Semua sama ada diploma ( aku le tu) takpun STPM (anak-anak Pak Long). Okay yang lagi kelakar nya, adik aku actually tak apply pon matriks... ooppsss ! Mama tak kasi apply sebab mama nak dia masuk UiTM di hatiku jugak. Jfyi, adik beradik ku memang semua UiTM. Tapi tu la zaman sekarang ramai sangat yang bijak pandai. Adik aku ni failed UPU. Result rayuan UPU pulak sehari selepas daftar matriks which adik aku berjaya dapat offer dari UiTM Segamat. Course Dip Analisa Pelaburan. Kat Matriks course accountancy. Berdasarkan observation aku yang dah pernah ke universiti dan menjadi job seeker beberapa kali, jadi aku menasihati adik ku supaya teruskan kehidupan di Matriks tu. Sebab Accountancy lagi senang nak cari kerja berbanding course yang ditawarkan oleh UiTM. Kalau nak UiTM jugak sila apply 2nd intake. Waaahhh kemain aku kan. HAHAHAHAHA. Okay ape intro banyak sangat ni. Jom la layan gambar yang sempat aku snap tempoh hari.



Kolej kediaman C3

Petang-petang boleh la riadah kat sini. How I miss my Uni time. Those were the days. Walaupun aku bukan kaki sukan. HEHEHE


My bro's room #

Kolej Lelaki C3. Aduhai sampai je terkesima tengok bangunan ni guna batu blok okay. Sekali tengok macam penjara janji pon ada.. Alahai.. kesian... Tapi takpe tempat belajar memang tak payah mewah sangat kan? HAHAHAHA


Locker. Spacious jugak lah. Haruslah aku yang kemas kan sikit ni.


Ni yang aku jelous sebab ada ampaian dalam bilik ! Kenapa la UiTM tak buat camni?? Kan senang sidai baju. Sobss

Me & my youngest bro. Adik yang paling ku sayang. haruslah adik bongsu kan. HEHEHE. Sedih. Sebab dia ni la geng aku layan Kwang Soo kat Running Man, partner aku pergi shopping atau ke mana-mana je. Tak banyak karenah.
Budak dua orang ni rapat. Sebab beza umur setahun. Dah la dua-dua lahir kat pahang. Tapi selalu gaduh. Tup tup hari tu si kakak yang beria-ia nangis. Sampai makcik kat situ tegur, takpelah abang pergi setahun je. Abang? Tu adik la makcik. HAHAHA. memang gene family kakak kecik, adik besar-besar.

Mom & her youngest son. pelik bin ajaib sebab mama tak nangis ! cayalah~!

Okay lah should end here. Entry takde hala tuju. Saja nak update sebab teruja adik dah besar. HAHAHAHA

Nota kaki : Masa shopping barang untuk adik aku hari tu, ada akak tu ingat aku yang masuk matriks. hiks ;p masa kat kolej adik aku tu pun ada makcik tu ingat aku yang masuk matriks jugak. double hiks ;pp

Friday, June 8

In memory

Assalammualaikum... 

Warning : this post is quite lenghty and full with pictures. Thank you. 

Pada 25 & 26 Mei yang lepas Kiki & Pupuk telah pergi meninggalkan aku sekeluarga... Sedih okay.. Dah la waktu tu ada seminar kat KL. Dah lama tak experience this situation.. Biasanya kucing aku mati mesti larikan diri.. kali ni lain pulak... Dah la 2 ekor sekaligus walaupun selang beberapa jam. T___T

Actually kesemua 4 ekor kucing aku memang sakit 2 weeks before tu. Nemok siap admitted to hosp for almost a week, Lilo pulak admitted satu hari. Kiki & Pupuk tak admitted pun sebab bawak jumpa vet, doc tak insist suruh warded. So I believe nothing serious. Balik rumah, berhempas pulas lah aku dan adik-adik force feeding & bagi makan ubat. Seksa nya tuhan yang tau. Especially si Pupuk sebab dia ni memang rebellious habis. Lepas makan ubat masing-masing mula la mulut berbuih-buih. Mula-mula risau lama-lama okay sikit. Then dalam 3-4 hari lepas tu both of them (referred to Kiki & Pupuk) boleh dikatakan fully recovered. Dah mula makan, poo, pee & main kejar sana sini. I was relieved. Alhamdulillah ;) Then Nemok & Lilo discharged. Both of them walaupun warded tapi memang tak fully recovered. Especially nemok memang kena force feeding. Ya Allah azab nyaaa... He looks so weak. I was worried !

On Wednesday (23 Mei 2012) Pupuk slept all day long. My mom was worried. Tapi aku lansung tak perasan. Serious. Then all of sudden Pupuk went missing for the whole day (24 Mei 2012). I thought it was normal since she did that quite often. Memang Pupuk selalu tidur luar sebab dia ni kan rebell. HAHA. Okaylah.. Then on Friday, my sis called saying that Pupuk dah nazak. I was like ?? Eh? Bukan dia dah okay ke sebelum ni?? Masa ni aku dah rasa uneasy. Tapi dalam uneasy aku tu time lunch aku bedal salmon kemain banyak. Then waktu nak solat zohor, Mama called nangis-nangis bagitau Pupuk dah mati. Ya Allah. Sedih. Shocked. Semua ada. Sepanjang solat zohor air mata non-stop mengalir. Sedih sebab aku tak sempat jumpa Pupuk buat kali terakhir. Dia ni walaupun rebell tapi sangat manja dan bijak. The only cat yang bila panggil akan menyahut dengan meowww. Lepas tu pandai nak bukak pintu n macam-macam lagi. Aku kecewa sebab baru jumpa vet 2 minggu lepas. Tapi aku redha. Mungkin itu yang terbaik buat Pupuk.

Masa mama called tu mama cakap Kiki & Nemok pun mungkin tak lama since both of them nampak sakit. Aku risau lagi. Kiki pagi tu masa aku bangun untuk subuh siap muntah hijau lagi. Badan dia agak panas. Aku memang plan nak bawak jumpa vet semula keesokan harinya. Tapi Allah lebih sayangkan Kiki. Malam tu aku balik rumah layan Super Spontan gelak bagai nak rak punya. Lupa kejap hal kucing ni. Then after that tengok Kiki sangat lemah. Aku force feeding dia. Tapi yang masuk mulut sikit sangat. Hati sangat risau. Nak sambung tengok karoot komedia pun tak boleh. Turun bawah cakap dengan mama yang Kiki mungkin tak lama... I was right. Tepat pukul 12.36 am (26 Mei 2012) Kiki mati. I saw with my own eyes. How sad is that ? T____T I was crying like crazy. This is my second time watching my cat named Kiki died with my own eyes. Yes. I have a cat named Kiki before this. You can read about her in this ENTRY . Teresak-esak aku nangis sebab Kiki looks fine a day before. This is too sudden. Sobbssss

I know losing cat ni ape lah sangat kan berbanding kehilangan manusia. Tapi aku dah anggap kucing ni sebahagian dari family aku. Mungkin sedihnya tak sama, tapi tetap sedih. Sampai ke hari ni mesti teringat Kiki & Pupuk... Bila tengok gambar lagi lah macam tak percaya diorang dah takde. Hurm....

Gambar Kiki & Pupuk ( In between ada pic Memey, Nemok & Lilo jugak )


Ni Memey ( mama bagi memey kat kawan mama. Aku nangis jugak sebab Memey was my fav cat ! Tapi mama tak nak kucing betina kat rumah ;(( Memey ni mak Kiki, Nemok, Pupuk, Momot & Mocat. Momot & Mocat bagi pada maksu.


On the way balik raya yang lepas.


Ni masa raya lepas. kat rumah maksu. Waktu ni lah Nemok, Kiki & Pupuk dipisahkan dengan Momot & Mocat.

Kiki & Mocat

Kiki si hidung pink !

Kiki & Pupuk masa kecik. Geram ~!

Nemok, Kiki & Pupuk. Nemok paling gemuk. HAHAHA

Pupuk suka tidur dalam singki. Nakal !

Kiki in action. Berjaya tangkap burung. My hero !

Kiki so sleepy....

Tiga beradik. Now tinggal Nemok je generasi ke-5 Baby.... Sobsss


Kiki suka buat muka takde perasaan macam ni... haih rindu !


Kiki main dengan Nemuk... ♥

My hero

Kiki

Pupuk 

Pupuk & Lilo

Kiki & I on my birthday last year. T----T

Kiki & Pupuk waktu bawak jumpa vet. Kiki was shaking. penakut gila. 

There you go an entry dedicated to Kiki & Pupuk. As to date, Nemuk & Lilo seems fully recovered. I was hoping both of them stay alive & kicking for many years ahead. InsyaAllah..

Rest in peace Kiki & Pupuk

160811 - 260512

Nota kaki : I love cats walaupun kucing biasa bukan breed yang comel tu. Tu baru cat lover. HAHAHA