Friday, December 31

welcoming 2011

Salam...

Soon 2010 will be over and we will be welcoming 2011 with a big smile...

I've been thinking back about my 2010 a lot these last few days. It was a great year and one in which I realized how blessed I am. A lot of fun things happened along the way. Tons of great things to be exact. But of course there were some hard things to deal with too. Sigh.

Thus I look ahead to 2011 and I hope it's going to be an amazing year.. InsyaAllah....

Happy new year everyone !

nota kaki : new year's resolution? one of it is, I really hope that on 5th January everything will run smoothly. Amin ;))
Thank you for reading ~!

Wednesday, December 29

Proud to be Malaysian !

Salam

Don't wanna blog about this at 1st cause am very sure there are a lot of bloggers gonna post entry regarding this. Tapi mana boleh tahan... Malaysia telah cipta sejarah baru tu.. Menang AFF Suzuki Cup for the 1st time after 14 years, and being the 4th country to win it ! Awesome =D 

I have to admit that the game was interesting. Terasa macam nak dapat sakit jantung dengan serangan tak henti-henti dari pihak lawan. Tapi our goalie, definitely the best ! Kalau lah dia tak sehebat tadi, sure lagi banyak goal Indonesia dapat... And not to forget, to Safee Sali. Terbaik !! Apa-pun semua nya teamwork! Kalau takde teamwork, kita takkan menang. So congratulations to all players and the coach. U guys made us proud ! BRAVO !!

Malam ni juga Safee Sali & Khairul Fahmi menjadi sebutan. Sampai Khairul Fahmi jadi twitter trend worldwide ! Aweks Indonesia pun ramai yang dah jatuh cinta. HEHE. but too bad, he's taken ! Blog awek dia pun dapat tempias. followers meningkat dari 600++ now dah lebih dari 1k. HAHA.

nota kaki : jumaat cuti !!! yeay ;)) thank you PM ! 

Thank you for reading ~!

Sunday, December 26

Fanatik bola

Salam

Siapa fanatik bola? Me? Absolutely not ! Even match yang baru habis tadi pun aku tak tengok. Yeah I know from my fb's status gaya cam aku tengok je kan. But the truth is I didn't. HEHE. aku tau pasal laser semua tu dari status kawan-kawan kat fb dan tweet dari twitter. Dan aku tau tiap kali gol sebab adik aku kat rumah ni akan jerit, goooaaaalllll !!! sekuat  hati. Terus terganggu lena ku. Tapi takpe sebab Malaysia menang. Good job Msian players ! Cuma yang tak sedap part laser tu. Adoi makhluk mana la pathetic camtu sekali? takde kesedaran sivik apa?? maybe masa buat fikir just for fun, tapi kesan nya? aduh memalukan! habis kat twitter siap ada trending worldwide, #Malaysiacheater !oh my the whole world knows. Walaupun 3 gol tersebut takde kena mengena dengan laser, tapi tetap lah buruk nama negara kan?? Tapi kan, betul ke ade supporters guna laser ni?? Aku not sure sebab aku tak tengok pun. Kalau tak betul, sorry okay. HEHE

Then ada pulak 1 kes ni, seorang fashion icon tweeted about how beautiful those three goals were, and suddenly fanatik bola dari negara jiran reply her tweet saying that wanna punch her in her face! I can't believe this ! Sebab bola tu boleh die nak buat camtu semata-mata sebab dia cakap tahniah dekat Malaysia team? Common la it's just a game okay. duhhhh ni lah jadi bila terlampau fanatik. We tend to let our emotions control our minds ! 

*aku sempat print screen lagi. HAHA*

nota kaki : takpe kita tengok match dekat indonesia nanti macam mana. kalau kita menang lagi, then kita memang hebat la. cuma tak payah balas balik kutukan semua tu. kita kan cool ! ^_^

Thank you for reading ~!

Saturday, December 25

Bersabar lah wahai manusia.

Salam...

okay aku just nak story yang aku kadang-kadang nyampah betul dengan pemandu kat KL ni. Bukan semua tapi yang jenis tak sabar. Contoh minggu lepas masa tu dah nak sampai rumah dah... confident la aku ni nak pecut kan. Sebab jalan smooth giler dari office, sungai besi dan kat MRR2.  Pastu bile just nak masuk selekoh ke area rumah aku, ada la satu kereta ni (not sure kereta apa sebab aku sakit hati!) aku mati-mati ingat die nak belok kanan (ke area rumah aku) sebab lane yang paling kanan ni memang panjang giler. Dah la tu sampai double lane lagi.  Punya lah  kereta depan aku ni laju. Wah aku pun suka sambil menyanyi-nyayi riang... tiba-tiba, die boleh stop kat depan just before the trafiic light! wtf ! Rupanya die nak ke kanan ! demmmmmmm. bayang kan yer, masa tu lane sebelah kanan dah jadi double , tup tup kereta die leh la nak celah gitu, so jadi triple! dan aku yang nak ke kiri ni tersangkut, sebab kereta die sorang?? I was like??? Die ni tak fikir ke?? 

kenapa perlu tak sabar macam tu sekali? kenapa selfish sangat ni?? dah la bukit. Nasib baik auto. kalau manual mau mati-mati enjin plak aku. Tak pasal-pasal semua kereta lain belakang aku kena stop. Dah la traffic light lama! aaaahhhh aku tak suka orang yang camni... ingatlah sikit jalan tu kita kongsi yer. jadi haruslah beralah... semua orang nak sampai cepat tapi jangan lah sampai susah kan orang lain! tu pun nasib baik jarak kereta aku dengan die jauh. kalau dekat dan aku tak sempat nak brake camne? sengal! Well ni bukan kali pertama.. tapi sebelum ni aku still boleh lalu kat sebelah tu sebab kereta aku kan kecik je... HEHE. 

tak psal-pasal aku membebel panjang. angin je aku... pastu dengan muka marah aku selamba je snap pic kereta die. aku rasa die perasan. peduli apa aku. tu pun aku malas nak hon. nah tgk gambar ni... plat nombor terpaksa ditutup atas dasar kemanusiaan. HAHA

*kereta anda kah itu? hehe *

nota kaki : aku memang tak guna hon walau camne marah or terkejut. sebab bila nak tekan hon, takde bunyi pun. mungkin sebab lembut sangat kot. HAHA

Thank you for reading ~!

Thursday, December 23

Aku dulu tak dapat pun 8A

Salam

Apa punya tajuk daaa?? LOL....

Wah 30 000 lebih pelajar dapat straight A's dalam PMR tahun ni. Terbaik dalam 4 tahun !! Congratulations to all of them ! Hebat betul. Ye lah aku dulu tak dapat pun 8A. Adik-adik aku pun takda yang dapat score camtu. Keluarga ku bukan lah pintar sebegitu. Hebat budak-budak zaman sekarang!

Sekarang ni memang ramai yang bijak,pandai kan? Ye lah sekarang belajar senang. Tution memang banyak, then internet lagi. Sebab tu la ramai yang score. Cuma bila ramai yang dapat result 8A tu saingan semakin sengit. Susah sikit la kot kalau nak masuk boarding school ke, MRSM ke kan? Bagi aku sekolah mana pun yang penting usaha diri sendiri. Tak semestinya tak masuk boarding school tak boleh berjaya kan? Cuma kalau dapat masuk tu advantage la. Ye lah berkawan dengan orang pandai-pandai ni InsyaAllah dapat lah tempias kan? HEHE ;p

Cuma harap-harap semua yang dapat 8A tu dapat score SPM nanti. PMR tu nak minta kerja pun tak lepas tau adik-adik. Tapi SPM sampai bila-bila guna! Even dalam resume pun certain company nak tengok SPM! Fuh. Tu pasal aku malu nak tunjuk resume (siapa yang suruh tunjuk pun??) sebab SPM pun cukup-cukup makan. HAHA. Aku tak pernah lagi cemerlang dari segi akademik sebab aku ni bukan pandai dan malas pulak tu. LOL

Pada yang tak dapat 8A tu jangan lah sedih sangat. It's normal la. Ramai lagi kot yang tak dapat 8A kan? HAHA apa punya kata semangat daa~ My point is, you guys still have time. SPM ada lagi kan? Tapi ingat kalau dah berusaha tu tapi tak dapat juga, maybe itu bukan rezeki. Allah ada rancangan lain untuk kita. Redha je okay? Yang tak lulusPMR & SPM pun ramai je yang berjaya. NEVER EVER GIVE UP !!

nota kaki : Alhamdulillah masa zaman uni dulu aku agak rajin sikit dan berjaya genggam Ijazah, second class upper lagi... tapi tu lah kalau rajin banyak mesti lagi hebat CGPA aku. HAHA. 

Thank you for reading ~!

Smile


Fake smiling? I'm professional at that. Sigh

Thank you for reading ~!

Wednesday, December 22

Bertunang Akhirnya !

 *gambar ihsan Google*
Salam

Today is 22 Dec.. 4 days to go. Alhamdulillah akhirnya bertunang juga.. Lama sungguh tunggu saat-saat ini... Semoga sampai ke jinjang pelamin. Maklumlah waktu bertunang ni lah dugaan macam-macam kan? Bila fikir balik macam takut. But on second thought, that's life. Mana ada hidup tanpa dugaan dan cabaran kan? Apa pun aku harap majlis berjalan dengan lancar lah nanti. Walaupun tak ramai yang dijemput tapi tetap meriah hendaknya. Amin.... ;))

Tapi....


Ni bukan majlis aku tau. HEHE. ada yang ingat majlis aku ke? Takkan la takde ribut apa aku tunang pulak. NO no no. Ni majlis tunang kawan ku... Siapa? Nama kena rahsia sebab beliau tak nak heboh-heboh. Kawan-kawan rapat je tau (aku termasuk lah tu). Memang ni yang ditunggu-tunggu oleh kami berlima. Nama geng pun 5 setinggi. HAHA. Akhirnya bertunang jugak kau beb! I'm happy for you.. Doakan adik-adik mu yang lagi bertiga ni bakal ikut jejak langkah kau ok... heeee ;p


nota kaki : saja tajuk bikin gempak. SORRY noooo... ^_^
Thank you for reading ~!

Monday, December 20

Hati-hati di jalan Cameron Highland !

Salam

Takziah buat semua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di KM 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pagi tadi. ;(( Mengerikan!

Kebetulan aku dan kawan-kawan baru je Cameron Highland baru-baru ni. Alhamdulillah. Selamat sampai balik KL. Walaupun memang takut. Sebab kitorang turun dari Cameron dah malam. Around 8pm dan turun pun ikut Tapah which the road memang sangat teruk! Can you imagine jalan takde lampu? Dengan selekoh tajam? Dengan lori dan bas keluar masuk? Dengan takde divider? Memang kena extra careful! I think somebody must do something pasal jalan di situ. Memang daif! Dah la tu lori/bas memang laju tak ingat as if jalan tu diorang yang punya. wtf. Maybe diorang dah biasa dengan jalan tu tapi fikir lah orang lain? These kind of people la yang boleh akibatkan orang lain kemalangan. Ye la masa turun tu ada satu selekoh tu bas tu laju je jalan. Nasib baik sempat perasan dari jauh sebab lampu ada.

Aku macam serik nak turun dari Cameron malam-malam ikut Tapah. Cukup la sekali. Apa pun thanks to the driver sebab bawak dengan penuh berhemah. Alhamdulillah....

Nah tengok gambar kat Cameron ni. Cuci mata jap ok? 3 keping cukup.. HEHE



*bunga yang segar dan cantik ! *

* cactus - cantik tapi berduri ! *

*us + miss photographer (cik azie) before having our dinner.*

nota kaki : di jalan raya ni kena give & take! Laju sangat pun tak bagus apatah lagi kalau slow sangat. Cool sudah ok? ^_^
Thank you for reading ~!

Sunday, December 19

Outdoor activities

Salam...

I love outdoor activities. That's the other side of me, literally. Dah lama tak buat. Asyik buat girly activities je recently. Hehe. yeah. aku agak adventure jugak orangnya. That's why aku suka masa OBS kat Lumut 2 tahun lepas. Masa tu kawan-kawan lain (especially girls) quite reluctant to go. Ada yang takut sunburn dan macam-macam. Tapi aku lain. Aku excited! It gave me satisfation by doing that kind of activities. Jungle trekking, camping, oh rindunya... Cuma jangan ajak aku buat rock climbing sudah. Cukup la sekali tu je. Memang tak nak buat dah. Hehe. sekarang ni nak buat activiti cam ni takde geng la. Teringin nak buat white water rafting. Bila lah berkesempatan ni? hmmm. Paintball pun sounds nice. Scuba diving pun! aaahhhh flying fox pun tak try lg! Maybe dalam masa terdekat ni hiking kat Broga Hill should be okay? Since stamina pun dah pancit tambah pulak dengan penambahan lemak di serata tubuh. :(( Tapi bilanya nak pergi Broga Hill ni?? Weekend asyik shopping dan attend wedding je?? Aaaaahhhhhh.

nota kaki : I should avoid camping buat masa sekarang. Trauma apa yang terjadi kat adik aku masih ada. ;(
Thank you for reading ~!

Jentayu

Salam...

Jentayu, such a nice song. I personally love this song. Tapi apa itu jentayu? I don't know what it is for sure. Aku cuma tau jentayu tu burung. Betul ke? Apa pun mari kita hayati lirik lagu ni... It was beautifully written. I just love it. kudos to the lyricist and composer, and not to forget to the singers as well ;))

Di Paruhmu Kemilauan Sinar
Menyepuhi Sejuta Rasa
Kemulian Di Hatimu
Bening Budi Terdampar Di Jagat Raya

Di Sayap Taufan Kau Jelajahi
Awan Gemawan Membawa Rindu
Kasihmu Menentangi Kezaliman
Ketidakadilan


Jentayu
Patah Sayap Bertongkat Paruh
Jentayu
Patah Paruh Bertongkat Siku
Jentayu
Patah Siku Bertongkat Dagu
Jentayu
Patah Dagu Bertongkat Kuku


Pinjamkanlah Hatimu
Untuk Semua 

nota kaki : Maksud yang ingin aku sampaikan di sini, 90's songs memang the best! be it local or international. Who's with me? Heeee ;p

Thank you for reading ~!

Saturday, December 18

selsema

salam

duhh hidung asyik berair je. bersin tak henti-henti! tuhan je yang tau betapa tak selesa nya. selera makan pun berkurang. asyik nak tidur 24 jam. badan pun cam panas-panas dah ni. tapi apakan daya ku. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. hehe ye lah. bukan aku yang selsema. aku sore throat je baru. hehe ;p tapi si dia ni haaa....

*mocat*

Apakah simptom atau tanda-tanda menunjukkan kucing anda tidak sihat dan lebih menjurus menunjukkan ia merupakan penyakit pernafasan:


  • Bersin yang berulang kali
  • Hidung berair (kucing pada normal akan mempunyai hidung berair tetapi tidak akan mengeluarkan cecair hidung yang berlebihan)
  • Kedua-dua belah mata berdaki atau mempunyai pengeluaran tahi mata yang berlebihan (Jika kucing anda hanya menunjukkan simptom ini tetapi melibatkan sebelah sahaja mata, ia mungkin tanda kucing anda mengalami penyakit mata sahaja)
  • Batuk (hakikatnya kucing tidak akan selalu batuk jika sihat)
  • Ulser pada bahagian dalam mulut atau hidung (jika terdapat bahagian yang bengkak, merah dan agak panas)
  • Demam
  • Hidung tersumbat (Anda akan mendapati kucing anda berbunyi kuat ketika cuba bernafas dan bunyi tersebut seperti keluar dari kerongkong)

nota kaki ; kesian betul aku tengok. lemah je.. alahai sayu hati ini.... mocat, get well soon dear! kucing lain semua dah sihat. tinggal mocat je masih selsema...

Thank you for reading ~!

Friday, December 17

Gambar nikah SM Nasarudin & Marion Counter

Salam..

Sorry ye ni quick update heee ;p sempat gak baca pasal ni walaupun kerja banyak giler ni. ssshhhh jangan bagitau boss i k! HAHA
Saje nak share dengan korang gambar kahwin SM Nasarudin yang handsome ya amat tu dengan Marion Counter or nama Islam die Marion Rose Counter Abdullah. Aku suka outift Marion. Sangat la cantik!!! Aaaahhhh nak kahwin jugak... hehe ;p Pelamin pun memang da bomb!! Sangat jelous. Eh bebel banyak pulak. Jom tengok gambar dorang... Pictures credit to http://mediamalaya.com



*cantik kan?*

Selamat pengantin baru SM Nasarudin & Marion Counter !


nota kaki : Kalau banyak ongkos nya boleh la wat beauftiful wedding camtu kan? aku nanti yang simple-simple cukup. HEHE
Thank you for reading ~!

Thursday, December 16

WHAT BERRY ARE YOU ?

Salam


Which one is you? KepohBerry? KiamsapBerry? NoobBerry? What berry do you think you are?  Play the fun quiz today and stand a chance to win a limited edition BlackBerry exclusively from DiGi.! Trust me, you will definitely play this more than once, because it's just too addictive to stop!  If you want to add more points just match a Berry friends. There are a lot to choose from!  Try out this fun game and discover what berry are you! Click HERE to join! ;)) 


*that's me! after a few attempts I was on 2208 rank with 466 scores!*

nota kaki : oh I just love this kind of game!

Thank you for reading ~!

Tuesday, December 14

Fully recovered

Salam...

yeay! akhirnya my blogs fully recovered as my private blog dah ada semula.. suka ahhh. sayang blogger sikit. sikit je sebab siapa suruh hilangkan selama 3 bulan. ahaks  ^_^. InsyaAllah will try to update more often after this. And will try to maintain both blogs if possible. Tengok tahap kerajinan ku... okay gtg.. daa~

nota kaki : yesterday was unlucky day for me. sob sob T_T
Thank you for reading ~!

Saturday, December 11

i'm back!!


salam...

aaaahhhh rindu nye kat blog ni !!! been missing for 3 months! ada yang rindu i tak? hee;p selama 3 bulan tak dapat access blog ni. katanya kena removed. sedih giler okayyyyy ! tapi finally hari ni dapat access semula and blog ni masih ada. syukur alhamdulillah..

FYI selama 3 bulan ni aku berblogging kat blog baru. eh blogging harus diteruskan. sila click SINI kalau nak baca. banyak jugak dah entry kat situ. So now aku dah confuse nak maintan blog mana?? duhhhh. sebab followers lain-lain. or should i maintain both blogs? ish ish. haven't deicide yet. dua-dua pun aku sayang!! tengok lah camna nanti...


*nadea's daily drama*

nota kaki : sekarang tengah tunggu my private blog untuk recover ;)

Thank you for reading ~!

Miracle does happen!

salam...

Ya Allah.. tak tau nak cakap camna... balik dari membeli belah (groceries je tau) aku log in nuffnang. Saje nak tengok sambil tengok churp churp kalau ada new assignment. Then aku terperasan yang blog lama aku cam dah ade orang view. Aku pun cam eh? How come pulak? Straight away la aku log in guna ID lagi satu... And guess what??? Blog lama dah ada balik!!!!!! I'm more than happyyyyyyyyyyyyyyy!!!! tapi 1 blog je baru. I guess blogger buat slow-slow. maybe tak lama lagi blog lagi satu (my private blog) pun recover balik.. Alhamdulillah.. syukur!!!! tapi aku pelik tengok chatbox ada orang komen sejak 4 November. Eh?? I guess tu semua spam and that's explain kenapa blog aku hilang.. aku agak la... memang nak kena remove chat box tu! but the problem is now, aku nak guna blog mana ni??? aaaahhhhhh don't know nak maintain yang mana.. ish ish.. korang rasa aku should maintain which blog??

my last post was on September... 


nota kaki : gembira tak terkata sebab banyak kenangan kat blog tu!

Thank you for reading ~!

Friday, December 10

After 3 months

Salam

As to date, genap lah 3 months I've been using this account for blogging. Nevertheless this morning I just wanna test my previous ID for blogger.com. Simply because when I did blogwalking , I've found out that some of my bloggers friends still followed my previous blog. So just wanna give it a try and yeah aku dah boleh log in guna ID lama!!  At the same time I was hoping that blog lama masih ada. Aku siap pejam-pejam mata sikit takut kalau takde. HEHE. masa tu siap fikir kalau lah boleh recover balik blog ni, aku nak guna blog yang mana pulak? Both blog punya followers berbeza-beza. Pening jap. But unfotunately it stated that I am not an author on any blogs yet. uwaaa ;( frust menonggeng aku T_T Sampai hati buat aku macam ni... Padahal aku ada dua blog using that ID. hmmmm. Sedih wehhhh. I hope for miracle tapi hampa. Jadi aku cam terfikir haruskah aku create blog baru using the same URL then direct it to this blog? macam boleh je buat macam tu kan. Kalau boleh pun, macam la aku tau kan? HEHE. Okaylah maka dengan ini aku ingin mengumumkan secara official bahawa blog lama memang dah takda. sob sob ;(


nota kaki : aku sayang blog lama tu. Usaha aku selama 2 tahun habis macam tu je... 


Thank you for reading ~!

Thursday, December 9

We got married-Khuntoria

Salam..

hai hai hai ;)) seperti yang aku bagitau sebelum ni nak update pasal khuntoria kan? so here it goes... sebelum tu nak bagitau aku baru je layan khuntoria ni sejak jumaat lepas.. and silalah percaya aku dah habis tengok 23 episodes. (dua hari cuti boleh la layan. HEHE ) that's explain how addicted I am to this series!

ok 1st what is khuntoria? well ni sebenarnya dari series we got married. sekarang dah season 2 tapi aku baru nak tengok. HEHE. Series ni macam reality show untuk pasangan artis korea kahwin secara olok-olok.. Yes artis-artis korea ni main kahwin-kahwin tau! it looks like real. tapi it just for a show. Siap ada newlywed house la.. macam-macam lagi. Korang kena tengok then baru faham! boleh click dekat SINI kalau nak tau lebih mendalam... Dalam season 2 ni khuntoria adalah pasangan yang paling cute bagi aku!!! plus both are not KOREAN. Nichkhun is a prince from Thailand dan juga ahli group 2pm. while vicotria is from china, leader untuk group f(x). Oh aku lepas tengok khuntoria ni terus bukak youtube tengok f(x) punya lagu. their famous song called NU ABO. layan jugak wooo! Especially part victoria nyanyi yang ade doong doong tu. LOL yang lagi best sebab diorang can speak korean! suka je tengok... sekarang ni dah episode 23, victoria pergi thailand, jumpa family khun!! weheee =D jom tengok gambar-gambar kat bawah.....


ni lepas diorang beli groceries sama-sama dekat supermarket. sweet sangat bila umma vic (victoria) masak then appa khun(nichkhun) basuh pinggan.. and tu appa khun goreng telur betuk heart shape. aaauuuuwww ;))

ni 1st date diorang selepas bergelar suami isteri... nichkhun belikan victoria tiara tu. sangat comel! masa ni diorang karaoke.. nichkhun siap follow step dance dalam video NU ABO. LOL

okay ni masa picnic dengan senior diorang dalam WGM. double date dengan adam couple! comel je... suka ah.. HEHE

aku paling suka part masa victoria cakap dengan adik nichkhun, shirleen. she dosen't know english much, whereas shirleen dosen't speak korean. tapi nichkhun suruh jugak victoria cakap english. She's not bad la. walaupun sangat hati-hati. lepas tu asyik gelak je sebab masing-masing malu... ;))

the other part is when they went to take their driving license. comel je Nichkhun tolong victoria betulkan shirt die sebab luas sangat terbukak. Heeee ;p Such a perfect husband!

well banyak sangat scene yang comel dan cute. sebab tu aku teruja tengok. Bagi yang suka korean drama, I recommend you guys to watch this. Tapi yang tak suka cam program yang santai, this is CERTAINLY not for you. Pergi tengok man vs wild instead! eh tapi aku layan jugak man vs wild tu. HAHA.

nota kaki : tak sabar tunggu episode 24!! sementara tunggu next espisode of khuntoria, aku layan secret garden dulu. Oh hyun bin oppa!! ;))



Thank you for reading ~!

Wednesday, December 8

sorry

salam..

sorry for the lack of updates! Bila sekali je missed blogging, then mulalah nak dapat kan semula mood untuk berblog ni agak susah. Sangat-sangat malas dan tak tau nak blog mengenai apa? Hurm... suppose everyday la update sebab blog pun nama .nadea's daily drama. kan? but what to do penyakit M menguasai diri di samping over sangat melayan khuntoria. HEHE. apa itu khuntoria? nanti aku blog ok. dah ada dalam draft pun cuma biasalah malas. HAHA. okay lah till then.

nota kaki : rasa macam nak cari kerja lain..... tapi sure mak aku mengamuk nanti. aaaahhhhh T_T

Thank you for reading ~!

Thursday, December 2

The reason

Salam,

it's december already and 2011 is approaching!! ;)) Well just wanna share my new fave quote which explained my purpose of blogging...


Moments like these are precious to behold now and infinitely treasured in time to come

The reason why existence of nadea's daily drama. Will try to update more often. ^_^

nota kaki : thanks to new followers! but I can't view some of your blog. Please drop your comment/thought okay!

Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...