Friday, May 29

awundi la pulak!



salam...

hai semua... bertemu kembali setelah lama tak update.... kali ni bukan malas nak update okay! cume taktau nak update apa? haha. my life is so000ooo boring you know! that is why today i want to talk about my friend who apparently gonna make her first debut in anak wayang astro soon! yeay!

you know what i was hoping like since forever that someday somebody that i know going to be on the tv! tak kira la jadi ape pun.. menteri ke, artis ke, jangan jadi yang tak elok sudah la! hehe ;) rasa cam excited semacam bile kita tengok orang yang kite kenal kat tv. be it family members, teachers or friends! macam skarang ni kawan la...

okay.. i just discover that one of my best friend (during high school) being selected to join anak wayang astro.. dapat jugak! ye la masa die jumpe die last month she said that memang die tunggu call je dr astro.. n luckily she's selected to act as a nurse... haha. camne la kan. actually die memang dah berlakon before this. tapi watak extra la. antaranya jula juli, sembilu,jangan main belakang, mya zara, mentua vs menantu, seputih qaseh ramadhan dan banyak lagi la. kalau filem pula yang nad penah tengok die ada dalam filem sepi! best wei tengok kawan sendiri dalam tv. haha! memang selama ni kan tiap-tiap tahun tengok af harap je ada kawan yang masuk ke. tapi takde pulak. hehe. ape pun kami semua kawan-kawan akan support die!! haha. promote nih. eh jap nama die widya taw. meh awundi widya sekali! yeay ;)

meh tengok gambar ni. die kata bile die pakai tudung die jadi orang biasa.. bukan pelakon. kalau nak tengok dalam majalah mangga bulan lepas pun ada die. muka dia ni memang ada iras lisdawati sikit. penah berlakon jadi lisda masa muda. :)




chubby nad n si pelakon wid. :)


*sila abaikan chubbynessku itu. huhu*



*heee.. rindu sume yg ada dalam gambar ni! *



notakaki : i'm off to lcct. so tak dapat tengok anak wayang malam ni.. btw thanks pada yang doakan kesejahteraan nad. i'm fine now. alhamdulillah. syukur :)

Thursday, May 28

berapa banyak sebab daa!

salam

nad tak sedap badan hari ni... sejuk-sejuk je. macam demam tapi tak panas pun badan. selera makan pun takde. haih. badan ni saje je nak attention dari mama kot sebab esok mama pergi perth! nak manja-manja ar tu... haha. tak pun sedih sangat sebab tadi seekor lagi anak kucing nad mati. haih :( dah lama takde kematian kucing. tetibe jek. takpun sedih sebab tak dapat pergi graduation esok kot. aiiyaaakk berapa banyak sebab da! hehe. okay lah. saja nak update. hehe. tu pun nak bagitau kan? eh suka hati i la ni kan blog i! agagaga ;p

notakaki : esok dapat tau peserta anak wayang! tapi tak dapat tengok arrr... huhu. nak hantar mama ke lcct. takpe tengok siaran ulangan. nanti nad update kenapa nak tgk sangat ok.. daa~

Wednesday, May 20

kasut tumit tinggi

** entry ni nad buat autopublish.


salam...

Ni adalah entry yang nad sebut sejak minggu lepas.. baru sekarang dapat update.. ni pon sebab perut tak selesa.. tadi makan gulai nangka. perut ni tak tahan agaknya.. tak selesa betul rasa penuh angin dalam perut. patut la buncit! haha. sengal betul.

last week nad pergi satu tempat ni di mana ramai sangat orang lain pergi jugak.. tak payah la nad cerita dengan detail ke mana dan bagaimana nad ke sana. so bile ramai orang maka kena la beratur.. disebabkan berat badan yang memang berat maka beratur selama 5 minit pun dah rasa sakit kaki. hmmm sebab berat ke atau dah tua? oh tidak.. :( okay sambung cerita.. kebetulan nad pakai heels.. untuk menutup kependekan even dah pakai heels pun still pendek! tapi nad bersyukur sebab kalau tinggi sangat sure tak sesuai pakai heels dan bile tak pakai heels maka tak nampak sexy! haha. ;)

so sambil berborak dengan penuh kusyuk bersama kenalan baru, tiba-tiba... bunyi "tup". nad sorang je yang dengar.. masa tu dah gelabah tapi muka control.. slow-slow tengok bawah tapi still cover.. jeng jeng jeng! confirm memang heel belah kiri dah patah.. aisehhh.. camne leh jadi camni ni.. kepala tetiba rasa serabut.. tetibe teringat iklan mentos (owh sampai sekarang tak jumpa video nye) yang mana ade sorang minah tu patah heel jugak.. pastu dia makan mentos then dengan confident nye dia patah kan lagi 1 heel tu. cool okay! tapi nad ni tak berapa nak cool malah pada masa tu agak hot sebab ramai sangat orang. so takde la adegan patah kan lagi sebelah heel. plus, mentos pun takde. mamat hensem pun takde. jadi takde guna la kalau berlagak cool macam iklan tu kan. haha. alasan.

nasib baik tengah beratur and tiba-tiba kain jadi melerat macam nak sapu semua sampah. cover sebenarnya. so jalan pun agak slow... pastu bile ade chance nad pergi tampat lain, tengok apa yang da jadi.. owww.. rupanya paku die dah bengkok.

ni masa mula-mula..


giler kuat nad boleh bengkok kan paku.. huhu. so tetiba dapat 1 idea yang tak berapa nak bernas. ambik batu yang berdekatan dan cube memaku paku yang bengkok itu. pastu ketuk-ketuk sikit supaya paku tu masuk balik. well at first menjadi la.. nampak macam tak patah and bile jalan okay..

ni pulak masa nad dah ketuk-ketuk. see nampak cam biase je kan..


tapi lelama dah pelik. terasa macam heel dah melayang.. sekali heel tu betul-betul tercabut! OMG.. time tu pulak nak tercabut. malu giler tapi tak tau ade yang perasan ke tak... nad pun buat-buat tak tau tinggal kan je heel tu. and jalan dengan confident. giler susah nak jalan sebelah ade heel sebelah tak ade okay. aduss.. sepanjang hari tu nad macam tu la.. confirm ramai yang perasan tapi kesian nak tegur. haha. nad buat muka tak malu je.. walaupun muka dah merah-merah hitam macam udang bakar. aduhai. dah memang malang nasib ku..
yang paling geram bile nad nak balik je, lagi 2-3 langkah nak sampai ke gate utama tetibe ade lah seorang manusia yang tidak dapat dipastikan jantina nye *faham2 sendiri la ek* telah menegur dengan agak kuat dan lantang berkata "haha kasut patah!". sengal. nad punye la ayu jalan slow-slow cube cover tapi die senang-senang je cakap kuat-kuat camtu. rasa macam nak patah kan 1 lagi heel tu pastu baling kat die! hoh.

okay cerita dah habis.. giler panjang entry kali ni.. hurm maybe kejadian tu hint suruh nad beli kasut baru agaknye.. akan ku usahakan secepat mungkin.. haha.. okay sehingga di lain entry. daa~

xoxo
N. ---------> (perasan berada dalam gossip girl la ni. haha )

Sunday, May 17

tukar lagi!!

salam

heee ;) da tukar layout. again! hehe. rasa macam nak try 3 column ni...
okay tak?
hehe
okay ke tak yang penting i sukaaaaaaaaa!!
yeeehaaaa
:)
walaupun maybe ramai guna layout ni tapi i tak kisah pun..
sharing is caring kan?
haha

Friday, May 15

si jantung hati

salam..

lama rasanya tak buat entry pasal kucing kan... heee ;) sejak ketiadaan kiki rasanya.. hurmm...
okay lah ni ada beberapa gambar kucing nad.. anak-anak nonen.. ade 4 ekor semua.. semua sama!! warna oren jugak..! semua hidung warna pink.. OMG cute ok! geram! disebabkan semua hampir sama nad tak tau nak nama kan apa. umur da nak masuk 2 bulan tapi sampai sekarang takde name. lagipun kalau bagi name pun nad tak tau yang mana satu. kena teliti betul-betul baru dapat bezakan antara sama satu lain. haih.... actually dah banyak sangat kucing kat rumah ni.. anak tom lagi.. anak baby lagi yang baru lahir 2 hari lepas.. hurmm.. maybe nak bagi pada maksu la sikit.. tapi kene tunggu besar sikit la.. okay lah ni je untuk kali ni.. nad masih lagi berusaha mencari video iklan mentos tu...! lenkali update lagi...

have a great weekend guys!!






mentos commercial vid



salam..

nad sedang cari video iklan mentosl.
yang mana?
yang pasal tumit kasut patah tu.
cari di youtube tak jumpa la.
betul la kan tu iklan mentos?
ke lain?
confuse la pulak..
nad nak update pasal semalam.
tapi kalau ada video tu lagi best. hurmm
do inform me kepada sesape yang tau ye.
Insya Allah tak malam atau esok nad update.


xoxo
N.

Sunday, May 10

selamat hari ibu





mama ratu hatiku
i LOVE u mama!
♥♥♥



image taken from here

Thursday, May 7

jejak kasih



salam...

alhamdulillah.. sejak nad update entry yang lepas, modem tak buat hal dah.. so far la kan.. so nad pun mengambil kesempatan untuk update lagi walaupun sebenarnya takde cerita nak update pon. haha!

jadi apakah significant nye tajuk di atas dengan entry kali ni? cet. gune ayat significant konon. terasa seperti tengah membuat research sambil kepala pening layan spss. okay dah lari tajuk nampakanya. abaikan!


sebenarnya kali ni nad nak senaraikan nama-nama mereka yang tidak dapat dihubungi melalui surat/handphone/friendster/facebook, etc. mana lah tau satu hari nanti mereka ini ter'google' nama sendiri dan terjumpa entry ini, maka silaturrahim akan terjalin semula. haha ayat skema! weks ;p

calon-calon nya adalah :-

  1. Zanariah Ali- Ex SKBR 1995, 6 Bistari ( Classmate masa sek di pahang. dalam ramai-ramai zana tidak dapat di jejaki)
  2. Nurul Hida Bakri- Ex SKBR 1995, 6 Bistari (classmate masa sek di pahang juga. Ida pun tidak dapat di hubungi)
  3. Lian Novita- Ex Ampang Girls, 1996 (Classmate masa di ampang girls. kawan sama-sama tunggu bus City Liner. )
  4. Nur Azrin Radzi- Ex SMKSB 2000, 5 Sains 1 ( bumped into her once after SPM. Lepas tu senyap terus. kalau jumpe kawan-kawan sek yang lain semua taktau pasal azrin ni dah)
  5. Nuraini Jemari- Ex SMKSB ( bakal saudara yang tak jadi. Used to date my late cousin, naim. di mana kau sekaranag annie? )
  6. Emi Iriani- Ex SMKSB ( lepas SPM terus tak jumpe. tak tau khabar berita)
  7. Asmahani Barkis- Ex SMKSB , Dorm A3 ( my dormate, As.. dulu-dulu ada jugak kirim surat. Harap dapat berhubung semula )
  8. Sahida @ Kak sue- Ex UiTM Jengka, DIA ( arghhh tak ingat nama penuh kak sue! dulu pernah jumpa kat pasar malam Sek 17, ade lah contact. tapi now no kak sue dah takleh guna. rindu kak sue!! huhu )
  9. Mohd Taqiyuddin Nozeli- Ex UiTM Jengka, DIB ( haha. tetiba ada name taqi pulak. harap-harap dapat contact balik sebab kita nak buat reunion tahun ni! di manakah ko taqi? huhu )

So far tu je nama yang nad ingat buat masa ni. List akan di update sekiranya nad ingin berhubuung dengan mereka yang lain.


jadi sekiranya ada di antara kamu yang membaca entry ini mengenali mereka di atas, sila tinggalkan jejak di bahagian komen mahupun di shout box okay.
ATAU
sekiranya kamu adalah orang yang dimaksudkan di atas, sila tinggalkan jejak ( WAJIB).


** harap-harap adalah yang google nama mereka sendiri.
**paling penting sekali, semoga diorang semua ni ingat dan kenal la nad ni. kalau tak , takde gunanye la! haha.
** nad tak ramai kawan lelaki. jadi Taqi adalah insan bertuah kerana namanya tersenarai! hahahah ;)


*** SKBR stand for SEK KEB BUKIT RIDAN,MUADZAM SHAH ,PAHANG
*** AMPANG GIRLS stand for SEK MEN (P) JLN AMPANG 0r SEK MEN KEB PUTERI AMPANG
*** SMKSB stand for SEK MEN KEB SUNGAI BESAR
*** DIA stand for DIPLOMA in ACCOUNTANCY
*** DIB stand for DIPLOMA in BANKING


sekian... terima kasih

Tuesday, May 5

karma

salam...
hmmmm...
disebabkan sebelum ni asyik kata malas nak update... maka sejak hari ahad yang lepas streamyx problem. asyik kena on-off modem. pastu dapat la online dalam 15minit (max). lepas tu modem wat hal balik :( tension betul. ni pun cepat-cepat update. takut tak sempat nak publish pulak. haih :(


lagi sakit hati bile call 100... perempuan tu jawab..
"panggilan anda amat penting buat kami. pegawai khidmat pelanggan kami sedang sibuk, sila tunggu sebentar."

2 hari call asyik tu je yang diulang! sakit hati dibuatnya... arggghhhh!! dah la sekali called, tolak RM1.. bayangkan berapa banyak dah disedekah kan. tapi sepatah haram tak dapat cakap! sengal.

okay.. ni la nama nye karma. haha. okay kena stop. takut tak sempat publish..

take care semua! :)

Friday, May 1

errr




.MALAS.

nak update.
sekian

Selamat hari buruh buat semua pekerja


p/s: mesti semua bosan tengok blog ni kan. asyik malas nak update je. ntah bile yang rajin nya. haha ;)