Tuesday, March 24

Renungan bersama #05

salam...


hari ni nad nak kongsi satu video ni..
nad dapat video ni dari sri.. thanks sri! so now nad nak kongsi dengan kawan-kawan blog nad ni pulak.. mari kita hayati keajaiban yang terdapat di dalam video ni.. semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua...

Saturday, March 21

Bila sudah gemuk




Bila sudah gemuk mulalah

1. Rasa down giler-giler jumpa kawan-kawan lama
2. Sensitif sangat
3. Rasa semua baju & seluar ketat
4. Kurang yakin untuk bersosial
5. Ambil gambar tapi malu mau publish di blog
6. Kene sentiasa jaga makan *tak suka nyeeee*
7. Naik tangga sikit dah mengah-mengah
8. Compare dengan diri sendiri 3 tahun yang lepas.
9. Rasa nak makan lagi kuat!! OMG :(
10. Rasa tak suka nak tengok diri sendiri dalam cermin

okay.. begitulah perasaan cik nad sekarang. harap maklum. beliau juga tidak ade mood untuk berblogging kerana asyik fikir cara untuk kuruskan badan tanpa perlu mengawal pemakanan. aduhhh :(


*bola sama.. tapi kenapa saya tidak kurus-kurus?*

short term goal
lose 5kg in three months!
chayok!


Sunday, March 15

I'm blue and purple




Blue and purple
You're calm, intellectual, and like to be alone. You can usually be found reading a book or studying. You like things to be peaceful but can get wild sometimes.

woooo.. yes for reading books (novel & magazines to be exact) but NO for studying. haha :) and the last part is sooo000 true! :)


** this is autopublish entry. im off to pahang**

Saturday, March 14

ponti anak remaja

salam..

semalam nad layan cerita ni kat Astro Ria.. not bad walaupun cerita nya tak logik.. biasa la.. kalau nak cari cerita logik kena tengok filem/drama yang diadaptasi dari cerita sebenar la kan..

image taken from here

Dalam telefilem ni, Lisa bersama Farish dan Hairul berlakon sebagai tiga pelajar kolej yang ditugaskan menjalankan sebuah uji kaji, yang membawa mereka bertemu seorang gadis misteri, Ponti (Liyana). Banyak la scene yang lawak sebab pontianak nak jadi manusia tapi advanced tau. sepupu dia tak tau, tapi cousin dia tau! haha ;)

first time tengok lisa surihani berlakon.. sebelum ni kan nad ingat nama dia lisa suriani.. baru-baru ni baru perasan surihani rupanya. selama ni nampak sangat nad baca tapi tak masuk otak. haha ;) bagi nad, lisa not bad lakonan dia.. takde la kaku.. no wonder la dia menang award pelakon harapan.

lead actor telefilem ni farish aziz. best tengok lakonan dia.. kelakar gak.. tapi yang paling comel of cos la liyana jasmay a.k.a ponti. bila tengok ponti, terus macam tak takut kat pontianak.. hehe ;p comel okay! pelakon lain biasa je. especially yang pegang watak sofia tu. tak tau nama dia siapa tapi banyak gak drama kat astro yang dia berlakon.. watak pun lebih kurang.. awan dania pun dia ada jadi watak cam jahat camtu.. so biasa je la nad rasa..

nad memang suka layan cerita camni.. nad takde la memilih sangat nak tengok drama camne. mostly layan je semua. yes, i am typical malay. so what? huhu.. siapa yang tak sempat tengok semalam, takpe. astro sure tayang cerita ni balik nanti.. okay lah.. daaa~

Wednesday, March 11

new born babies

salam..

hurmm last weekend nad pergi tengok kawan-kawan nad bersalin.. mula-mula pergi lawat syiqi (classmate training) kat ampang puteri.. syiqi dapat baby girl, name-not decided yet at the time we visit her la. tapi syiqi kata nak namakan sara alia~ nice jek.. well syiqi bersalin bukan normal, tru ceasarian. mana taknye syiqi start sakit nak bersalin since petang sabtu.. 24hours lepas tu still tak boleh bersalin secara normal so ceasarian la.. alhamdulillah.. tapi masa kami sampai syiqi agak lemah sebab masa tu epidural dah takde.. tapi baby sara ni baik je... takde dengar suara.. comel giler.. geram je rasa tengok baby ni! isk.. da la nad ni suke je rasa nak cubit-cubit. nasib baik anak orang.. well, this is first baby for D2.. automatically all D2 members now da jadi uncles & aunties la...




then pergi tengok my ex-collegue, Bariah kat hospital selayang pulak.. bariah pun bukan bersalin normal, tru ceasarian jugak. huh.. takut je dengar dua-dua pun bukan normal.. bariah sebab baby ni besar sangat.. baby boy, 4kg! huh.. memang chubby.. macam baby umur 2-3bulan da! huh.. lagi geram tengok!! huhu.. kalau anak sendiri memang dah lame cubit-cubit! hehe ;) well mamanye pun agak tembam..




seronok rasa tengok kawan-kawan dah ada baby sendiri.. nad? oh.. don't know la bile.. just wait n see.. hehe ;) okay lah.. till next entry.. daaa~

Monday, March 9

renungan bersama #04



.....Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum. .
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..
TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
.....Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi
rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Friday, March 6

kawaii

salam

hmmm hari ni nad nak share pasal kawaii.. sebelum ni kan nad tak tau ape tu kawaii.. ye nad ni kadang-kadang memang outdated, ignorant bla bla bla.. hehe ;)

selama ni dok dengar orang cakap kawaii, baca kat blog pon ade entry pasal kawaii stuff la.. ape la.. masa tu macam pelik juga ape kawaii ni? tapi takde la nad pergi google lak sebab takde rasa nak tau..

then baru-baru ni nad layan japanese series. sementara tunggu bbf (sebab bbf mon & tues je) so layan hana yori dango dulu. lepas tu nad perasan, dalam cite tu banyak kali perkataan kawaii ni digunakan.. and nad tengok translation, owhh kawaii ni cute rupenye! hehe ;)

so nad pun google.. and i found this
The term kawaii is a Japanese word which can be used to describe anything an individual considers cute, sweet, adorable, innocent, pure, simple, genuine, gentle etc.
It can be used as an important keyword to describe happy moments of women's life.

okay now baru la faham.. hehe ;) rasa macam best je bile dapat belajar language lain.. memang niat di hati ni nad belajar language.. nak mantap kan dulu nad punya mandarin.. dulu masa kat uni mandarin dapat A+ je.. tapi sebab nad tak practise now dah lupa.. ingat yang basic je. macam
ni zhu nali, zhu ni shengri kuaile.. huhu..

ade hati tau nak belajar language lain.. english pon tunggang terbalik lagi.. adehhhh
okay la.. till next entry.. daaa~

Wednesday, March 4

jai ho

salam...

thanks to those yang wish nad for my mission tu.. tapi nanti later baru nad share.. bukan misi ape pun.. hehe ;)

okay back to the story.. nad sekarang suka layan lagu ni pulak.. bila dengar je rasa cam terus semangat.. lepas tu lagu ni macam mix culture.. ade sound ala-ala indian song.. so catchy! me likey.. thanks to one of my fb buddy, pakcik aidil.. sebab die yang reccomend me to listen to this song.. to pakcik, i suka okay! thanks :)

okay lagu ni OST utk filem Slumdog millionaire.. nad masih belum tengok filem ni.. siapa yang da tengok? ramai yang kata filem ni best.. da la menang banyak award oscar lagi kan.. nad memang kalau this type of film, i need recommendation from others before i watch it.. hehe ;) kene ade yang recommend baru la nad layan.. jadi siapa yang dah tengok boleh la share your thoughts kat sini okay..

owh tidak.. geng pengembaraan pun tak tengok lagi.. tiap-tiap minggu ajak mama tengok. sebab mama pun teruja nak tengok.. tapi tu la bila weekend kami anak beranak patah kaki tak boleh keluar. sebab kereta tinggal 1 je.. 1 kereta masuk workshop, so yang 1 tu adik guna, die sambung belajar.. so on weekends kena pegi kelas.. hurm... okay la da macam lari tajuk ni, jom kita layan jai ho!!!






LYRICS:
Jai Ho
The Pussycat Dolls

I got (I got) shivers (shivers),
When you touch that way,
I'll make you hot,
Get what you got,
I'll make you wanna say (Jai Ho)

I got (I got) fever (fever),
Running like a fire,
For you I will go all the way,
I wanna take you higher (Jai Ho)

I keep it steady uh-steady,
That's how I do it.
This beat is heavy, so heavy,
You gonna feel it.

You are the reason that I breathe,
You are the reason that I still believe,
You are my destiny,
Jai Oh! Oh-oh-oh-oh!

No there is nothing that can stop us,
Nothing can ever come between us,
So come and dance with me,
Jai Ho! (oohh)

Catch me, catch me, catch me, c'mon, catch me,
I want you now,
I know you can save me, you can save me,
I need you now.

I am yours forever, yes, forever,
I will follow,
Anywhere in anyway,
Never gonna let go.

Escape (escape) away (away),
I'll take you to a place,
This fantasy of you and me,
I'll never lose my chance. (Jai Ho)

Yeaahhhh

I can (I can) feel you (feel you),
Rushing through my veins,
There's an ocean in my heart,
I will never be the same. (Jai Ho)

Just keep it burnin', yeah baby,
Just keep it comin',
You're gonna find out baby,
I'm one in a million.

You are the reason that I breathe,
You are the reason that I still believe,
You are my destiny,
Jai Oh! Oh-oh-oh-oh!

No there is nothing that can stop us,
Nothing can ever come between us,
So come and dance with me,
Jai Ho! (oohh)

Catch me, catch me, catch me, c'mon, catch me,
I want you now,
I know you can save me, you can save me,
I need you now.

I am yours forever, yes, forever,
I will follow,
Anywhere in anyway,
Never gonna let go.

I need you,
Gonna make it,
I'm ready,
So take it!

You are the reason that I breathe,
You are the reason that I still believe,
You are my destiny,
Jai Oh! Oh-oh-oh-oh!

No there is nothing that can stop us,
Nothing can ever come between us,
So come and dance with me,
Jai Ho! (oohh)

Jai Ho!

Baila baila!


Director: Danny Boyle
Loveleen Tandan (co-director: India)
Writers: Simon Beaufoy (screenplay) and Vikas Swarup (novel)
Contact: View company contact information for Slumdog Millionaire on IMDbPro.
A Mumbai teen who grew up in the slums, becomes a contestant on the Indian version of "Who Wants To Be A Millionaire?" He is arrested under suspicion of cheating, and while being interrogated, events from his life history are shown which explain why he knows the answers. full summary | full synopsis
Awards: Won 8 Oscars. Another 62 wins & 29 nominations

Monday, March 2

misi dan visi

salam

kawan-kawan,
nad ade misi esok!
doakan semua berjalan lancar okay..
:)

nanti nad update lagi ye...